AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday, 20 March 2014

'Khazanah' dulu kala




Sedang melayan mata dan kepala, tertiba hati rasa nak menyelongkar 'khazanah' lama yang tersimpan rapi bertahun tak dipeduli. 

'Khazanah' yang pernah melatari dan mewarnai hidup aku......Zaman bergelar mahasiswa dulu mana ada wechat.....whatsapp dan muka buku. Pada waktu itu teknologi masih terhad. Tak seperti muda mudi zaman ini, advance dia sentiasa diupdate setiap hari.

Walaupun begitu, zaman oldschool itu kreativiti diri sememangnya melatari. Puitis bahasa yang diguna juga penuh makna. Masih relevan untuk diguna sepanjang gerak masa.

"Kadang-kala kita tak tahu apa yang kita cari dalam hidup ini......Kadang-kala kita tak tahu  siapa (faham) diri kita sendiri. Dan kadang-kala kita tak dapat menilai antara fantasi dan realiti."



'Zaman' itu pengaruh watak2 cerita masyarakat dalam majalah satira Ujang memang kuat. Watak 'Budak Hostel', 'Aku, Dia & Wolkswagen' dan 'Blues Untuk Aku' begitu dekat dengan jiwa remaja.

Lagi satu, 'zaman' itu tidak sah jika tak tulis 'perutusan' dengan tulisan yang colourful. Meriah baq ang. Sekarang ni dah tak ada semua ni. Tersangat rugi buat bebudak yang lahir di era Y2K sehingga la era ipad dan tablet sekarang ni. Otak kiri mereka sudah jadi kondem disebabkan teknologi. Kalau pernyataan aku ni bengkok, sila tolong lurus betulkan.

Bagi aku, 'khazanah' ni bukan sahaja nostalgia....tapi ia sesuatu yang ohsem lagi awesome. Kategori 'khazanah' yang rare. HeHeHe....Boleh ke??

Aku rasa korang pun ada menyimpan 'khazanah' yang korang jadikan 'harta karun' bukan? HaHaHa....Toksah konar baring la dengan aku. Sekilas ikan di air, aku dah dapat agak MH370 berada dimana. Nak tahu, pm aku laju2. Itu pun jika korang sengal nak percaya.....Y(^___^)Y

Kadang2 kita perlu juga menoleh kebelakang walau sedetik cuma tatkala kita laju berlari menuju ke hadapan. 

Ok la, aku stop dulu. Bagi laluan untuk rehatkan diri dan melayan ilusi. 

Jazakallah.



Support us MansuhPBS



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.