Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday 31 March 2014

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARUH MASA/SAMBILAN (HLPS) KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS)




Sukacita dimaklumkan ini adalah entri berita gumbire buat seluruh cikgu dan cikgi yang ada kat tanah melayu ni. Tiada yang mengumbirekan melainkan yang gumbire sahaja.

Nampaknya, cikgu dan cikgi dapat durian runtuh lagi. Alhamdulillah, rezeki dari Allah swt untuk para cikgu dan cikgi. 

Walaupun dewasa ini banyak tomahan dan nista khalayak lemparkan buat warga cikgu dan cikgi, anda tetap jua dilimpahi rezeki dari Ilahi.

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi program skim Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) di peringkat sarjana dan kedoktoran telah dibuka untuk permohonan mulai 26 Mac 2014 – 25 April 2014.  Kepada warga cikgu dan cikgi yang berminat dan berkelayakan, anda boleh memohon secara atas talian di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau di pautan ini. 

Well, kepada korang yang datang terjah sini boleh la tolong war2 kan kepada rakan taulan serta sedara mara dan adik beradik korang yang cikgu dan cikgi tu untuk laju2 terjah isi permohonan yang julung kali diadakan ini. Memang ohsem baq ang.

Macam mana nak bagitau depa? Senang jer, korang tekan jer button LIKE atau SHARE kat ruang bawah entri ini.

Gossip boleh korang LIKE dan SHARE lelaju tak kan entri yang cenggini korang segan silu pulop nak LIKE dan SHARE....HiHiHi

Gambar lama diberi nafas baru.
Niat memang nak sambung belajar lagi.
Tapi tak sesuai pula nak bergelar mahasiswa.
Selayaknya jadi mahasitua....HaHaHa..

Ok la, aku stop dulu. Aku nak rehatkan mata dan manjakan badan. Esok masih lagi ada urusan dunia untuk aku santuni jika dipanjangkan usia.

Kepada korang, jangan lupa taw LIKE dan SHARE entri ini untuk hebahan.

Jazakallah.




Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Thursday 20 March 2014

'Khazanah' dulu kala




Sedang melayan mata dan kepala, tertiba hati rasa nak menyelongkar 'khazanah' lama yang tersimpan rapi bertahun tak dipeduli. 

'Khazanah' yang pernah melatari dan mewarnai hidup aku......Zaman bergelar mahasiswa dulu mana ada wechat.....whatsapp dan muka buku. Pada waktu itu teknologi masih terhad. Tak seperti muda mudi zaman ini, advance dia sentiasa diupdate setiap hari.

Walaupun begitu, zaman oldschool itu kreativiti diri sememangnya melatari. Puitis bahasa yang diguna juga penuh makna. Masih relevan untuk diguna sepanjang gerak masa.

"Kadang-kala kita tak tahu apa yang kita cari dalam hidup ini......Kadang-kala kita tak tahu  siapa (faham) diri kita sendiri. Dan kadang-kala kita tak dapat menilai antara fantasi dan realiti."



'Zaman' itu pengaruh watak2 cerita masyarakat dalam majalah satira Ujang memang kuat. Watak 'Budak Hostel', 'Aku, Dia & Wolkswagen' dan 'Blues Untuk Aku' begitu dekat dengan jiwa remaja.

Lagi satu, 'zaman' itu tidak sah jika tak tulis 'perutusan' dengan tulisan yang colourful. Meriah baq ang. Sekarang ni dah tak ada semua ni. Tersangat rugi buat bebudak yang lahir di era Y2K sehingga la era ipad dan tablet sekarang ni. Otak kiri mereka sudah jadi kondem disebabkan teknologi. Kalau pernyataan aku ni bengkok, sila tolong lurus betulkan.

Bagi aku, 'khazanah' ni bukan sahaja nostalgia....tapi ia sesuatu yang ohsem lagi awesome. Kategori 'khazanah' yang rare. HeHeHe....Boleh ke??

Aku rasa korang pun ada menyimpan 'khazanah' yang korang jadikan 'harta karun' bukan? HaHaHa....Toksah konar baring la dengan aku. Sekilas ikan di air, aku dah dapat agak MH370 berada dimana. Nak tahu, pm aku laju2. Itu pun jika korang sengal nak percaya.....Y(^___^)Y

Kadang2 kita perlu juga menoleh kebelakang walau sedetik cuma tatkala kita laju berlari menuju ke hadapan. 

Ok la, aku stop dulu. Bagi laluan untuk rehatkan diri dan melayan ilusi. 

Jazakallah.



Support us MansuhPBS



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday 19 March 2014

Kemisterian kehilangan MH370 satu 'permainan'?





Hari ini masuk hari yang ke-12 pesawat Malaysia Airline MH370 hilang tanpa jejak. Kemisterian kehilangannya menjadikan Malaysia bahan berita dan bahan lawak jenaka seluruh dunia.

Sehingga ke hari ini, pesawat MH370 serta isinya masih juga belum ditemui walaupun pelbagai teori dan penemuan telah dihighlightkan kepada umum. Namun, apa yang aku bimbangkan, ini adalah 'permainan'......'permainan' yang telah dirancang dengan teliti sejak sekian lama mengambil teori 'problem > reaction > resolution'. 

Problem yang 'mereka' cetuskan > reaction dari 'kita' yang buntu > resolution yang 'mereka' tawarkan buat 'kita' yang keliru dan celaru. 

'Mereka' sudah mengkaji persepsi kita sejak sekian lama. Mereka tahu 'kita' suka share, suka parodi, suka melantah. Facebook, twitter, whatsapp, wechat, blog dan lain2 media sosial sendiri menjadi tempat ujikaji mereka. 

Boleh jadi, 'bomoh' itu juga sebahagian dari 'permainan' mereka, untuk meletakkan maruah 'kita' sampai ke kaki. Buktinya? Lihat sahaja reaksi kita terhadap bomoh itu dan reaksi dunia terhadap reaksi kita terhadap bomoh itu. 'Mereka' telah berjaya mencipta pesepsi dunia terhadap 'kita'. 

Di awal fenomena MH370 ini aku telah tulis diblog ini. "Aku mulai bimbang ini satu 'permainan' walaupun melibatkan ratusan nyawa dan jiwa, kerana sejarah telah membuktikan kisah 'permainan' ini ada....nauzubillah...."

Nampaknya, 'permainan' ini masih panjang lagi walaupun tanda2 penamat sudah ada. Teruskan berdoa. Hanya dengan doa sahaja mampu mengubah segala. Insyallah.

Sekadar pendapat peribadi.




Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

MH 370 dan Aku | Suratan atau kebetulan?



Hampir seminggu juga aku tak murnikan blog aku ni dengan agenda2 yang aku fikir patut dikongsikan dengan khalayak. Namun kebusyan dan tahap kesihatan yang kurang baik muktahir ni membataskan aku untuk bertenggek depan laptop lelama.

Ada sahabat aku pesan, "Sakit itu kifarah dosa". Alhamdulillah, ada juga sahabat mengingatkan aku tentang ini. Sekurang2nya aku tak alpa.....lupa dan leka. Setiap apa yang diberiNYA ada asbab dia. Husnuzon pada Allah itu comei.....Betul tak? 

Dalam seminggu busy dan 'ketat' dengan tahap kesihatan yang merundum, aku just online sekejap2 sahaja. Itu pun sekadar mengLIKE karya2 rakan taulan yang bertebaran di wall muka buku aku dan bersiaran langsung di wechat official Digital Raudhah (Yang ni nanti aku publish). Selebihnya aku banyak mengikuti perkembangan terkini kemisterian kehilangan kapal terbang boeing 777-200 MH370, mencari kunci dan clue terhadap fenomena MH 370 serta meningkatkan perang saraf terhadap #MansuhPBS (HaHaHa......amik kau dop perang saraf starang - loghat t'ganu).

Insyallah, aku akan bersiaran seperti biasa tanpa unsur2 luar biasa walaupun aku tahu masyarakat kita sekarang hidup penuh dengan tanda tanya. 

Aku baru tak bersiaran di blog ini seminggu. Ada korang tertanya2 dan cuba menjejaki aku? HaHaHa.....aku cuba melawak mega sama korang semua. Harap korang jangan cepat melatah. Keep cool and calm. You are my freinds!

Aku 'hilang' dari bersiaran diblog yang ohsem ini baru seminggu, Kapal terbang MH 370 dah dua belas hari hilang beb. Dunia masih belum kiamat. Rileks santai. Well, adakah kehilangan aku seminggu dan kapal terbang Malaysia Airline MH 370 yang masuk hari ke-12 ini disengajakan? Suratan atau kebetulan?

Jawapan ada pada perenggan pertama untuk 'kehilangan' aku (sila skroll ke atas). Korang memang best.....kenapa korang best? Sebab you are my freinds.....HeHeHe....Mesti korang kata aku 'berspekulasi' tentang MH 370 dengan menulis entri ini. Tapi sebenarnya, tentang  kemisterian kehilangan MH 370 aku telah pun tulis dalam entri sebelum ini. Karang nak tahu, kena la baca. Macam mana nak baca? Korang godek2 la cari dalam arkib entri aku yang lepas2. Insyallah, masih bertenggek kat situ. Apa yang aku feeling well ada kat situ. Masuk hari ke-12, perasaan aku tetap sama sepertimana yang penah aku tulis sebelum ni.

Apa yang terjadi pada aku seminggu tak bersiaran ada absab dia. Segalanya adalah ketentuan DIA. Hidup aku...mati aku......semuanya adalah milik DIA.  Begitu juga dengan apa yang telah tertulis dalam riwayat MH 370. Semuanya adalah perancangan DIA. Baik mana pun perancangan manusia, tak sehebat dan secantik perancangan DIA. Dalam hal ini, aku....kau dan keluarga kau perlulah yakini. DIA lebih berkuasa dari US, RUSSIA, CHINA dan juga DSN sendiri. 

Bagi aku, kisah yang dipertontonkan ini sudah tak lama. Setiap benda baru pasti ada awal dan akhiranya. Ia tetap akan berakhir. Jadi, korang jangan bimbang. Keep pray (bagi yang muslim tu jang pray sahaja, jaga juga solatnya). Betul ke akan ada penamat? Inshallah.....Yakin la pada Allah. Jika ada to be continued sekalipun maybe dalam episod yang lain. Bese la kan, drama korea kan berkoyan2 episod kisah dia. Apa kata k-popper seluruh tanah jawi ni, betul tak?? HiHiHi...

Apa yang aku tulis kat sini bukan clue dan bukan juga spekulasi tentang kemisterian kehilangan MH 370. Aku tulis ni sebab aku nak bagitahu keadaan aku. Jika korang cari bangkai pesawat MH 370 memang tak jumpa la kat sini. HaHaHa.....Jangan pula korang marah aku.....Y(~__^)Y

Korang tengok tak PC ( Press Conference) MH 370 petang tadi?? Korang analisis tak setiap apa yang disampaikan? Ke korang terima bulat2 jer apa yang disampaikan? Kepada yang pernah amik subjek pemikiran kritis dan teknik berfikir jika tak nak guna ilmu yang korang belajar itu memang sesia je la.

Ok la, aku nak mententeramkan perut aku dulu. Lepas tu aku nak buat kerja2 editing sikit. Dan juga memurnikan rekod book aku. Lepas ni aku nak cuti lama. Nak cuti dengan sesenang pankreas aku tanpa memikirkan urusan kerja. Oh ya, sebelum aku lupa....kempen #MansuhPBS dari segi moral dah sedikit berjaya bilamana kerajaan melalui Menteri di Kementerian Pendidikan Malaysia (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah pun memansuhkan bebarapa elemen dalam PBS (yang ni nanti aku story next entri) sehingga wujudnya PBS Baru yang bagi aku tak sama tapi serupa.

Aku stop dulu. Nanti ada masa aku sambung lagi. Kepada korang semua, sudi2 kan lah diri menghayati apa yang ada dalam grafik kat bawah ni.


Kredit photo : Google 

Insyallah, aku dan korang semua akan temui apa yang dicari. Sesungguhnya, hidup ini sendiri adalah satu pencarian. Teruskan mencari.

Jazakallah.


Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

A Picture Speaks a Thousand Words | Wordless Wednesday #35

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Wordless Wednesday - Biar sahaja gambar yang berbicara. Terpulang pada sahabat-sahabat untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. 

Boeing 777-200 MH370
Photo by: Google images
Sahabat-sahabat boleh juga ke Digital Raudhah Photography untuk melihat hasil berphotography yang tak seberapa dari akutukang gambar nubis kubis tahap teletubbies.
 
Jazakallah fiikum.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday 12 March 2014

A Picture Speaks a Thousand Words | Wordless Wednesday #34

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Wordless Wednesday - Biar sahaja gambar yang berbicara. Terpulang pada sahabat-sahabat untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. 

Photo by: Google images

Sahabat-sahabat boleh juga ke Digital Raudhah Photography untuk melihat hasil berphotography yang tak seberapa dari akutukang gambar nubis kubis tahap teletubbies.
 
Jazakallah fiikum.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday 11 March 2014

Hingga Hujung Nyawa

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Aku tak mampu tuk melupakanmu...
Aku tak mampu berhenti mencintaimu...
Sungguh ku tak mampu,
Sungguh ku tak mahu,
Biarpun masa itu terhenti buatku....
Selamanya dirimu bertakhta disinggahsana merah hatiku.

Disetiap hela nafasku
Hanya ada kamu
Disetiap mimpi lenaku
Hanya kamu

Biar lelas dihati,
Biarpun lelah diri,
Kan ku kendong cinta dihati ini sampai penghujung denyut nadi...

Tak kan ku mungkiri,
Cinta anugerah Ilahi ini...
Biarpun takdir menemukan engkau dengan dia...
Biarpun cinta kita hanya sebuah arca nostalgia...
Tak pernah ku lupa,
Detik-detik indah kita yang terakam dalam ruang masa.

Dirimu kan ku cinta....
Sampai bila-bila,
Hingga hujung nyawa...
Hanya kamu...
Cinta pertama dan terakhirku..



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Amir Aiman Akashah Bogel




Ini entri berani mati. Kalau korang yang datang singgah sini nak sentap pun terpulang la. Sebab awalan blog ni aku dah bagitau kat korang dah. Jadi.....segala kerosakan minda akibat blog ini korang tanggung la sendiri....Saman dari korang aku tak layan.....perabis kan bores aku jer...HeHeHe...

Entri ni aku sahaja nak belanja korang gambar yang bagi aku, penuh dengan nilai estetika bonganza alavista....Gambar macam mana Amir Aiman Akashah bogel tanpa baju dan dishoot dengan penuh profesional dari rakan sebilik aku.

Aku bawakan eksklusif buat korang yang sudi terjah blog aku. Harapan aku, entri berani mati aku ni tidak menghampakan korang lagi. Well, terima la gambar tanpa baju aku yang sedang enak di buai mimpi kat bawah ni.



Sila abaikan caption pada gambar......So, macam mana? Korang nak muntah hijau atau nak amnesia terus lepas tengok aku tanpa baju? Sila beri maklum balas pada ruangan komen yang comel kat bawah ni laju2 yer.....Kerjasama dari korang aku dahului dengan ucapan, "ada ubi ada batas.....sedap makan ubi rebus panas2"...HaHaHa...

Aku buat entri sengal cengini bukannya apa, aku sekadar nak memuaskan hati segelintir makhluk Allah swt yang bersusah payah datang terjah blog aku ni semata2 nak tengok gambar Amir Aiman Akashah Bogel. Jadi aku belanja la sekeping yang kat atas tu. Gambar tu gambar betul aku. Yang dishoot oleh roomate aku 12 tahun yang lalu. Evergreen bak ag....KahKahKah.....Tak caya?? Korang boleh try tengok print screen kat bawah ni....



Korang tengok petak yang aku merahkan tu. Pelik....dalam banyak2 entri yang bermanfaat, gambar bogel aku juga yang dicarinya. Maaf la yer, aku ni walaupun gila2 tapi belum lagi jadi gila. Takdenya aku nak meretiskan diri aku semata2 untuk femes tahap tenuk seantero tanah melayu dengan gambar yang dicari tu.....HaHaHa.....Sengal kuasa dua betul yang search keywords cenggitu....Apa pun tak boleh....KiKiKi...

Well, ada baiknya korang terjah tengok gambar2 aku yang ada kat SINI dan di SINI untuk terapi mata dan jiwa. Sekurang2 korang akan rasa best dan cool bila tengok gambar2 tersebut yang aku sedia. 

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Hasil karya photography



Semalam aku ada janji dengan korang semua nak updates entri berkenaan hasil sunrise dan sunset masa hadiri kelas Amazing CLICK! Workshop Photograpy  kan.....Well, untuk tidak menghampakan korang semua, aku tepek beberapa keping gambar menarik karya peserta2 merangkap sahabat2 sehobi aku semua.

Aku up kat sini, bukan apa...untuk kita sesama menghayati keindahan alam milik Tuhan.  Agar kita mampu belajar erti kehidupan waima dari sekeping gambar. Alam ini Dia bagi percuma kepada kita, tak perlu bayar sikit pun hatta dengan harga RM1 (sila jangan politikan  ayat ini). Apa yang perlu kita buat adalah kita just follow apa yang Dia suruh dan larang sahaja. 

Well.....terpulang pada sahabat-sahabat untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. 

Sunrise at Pantai Penunjuk (Sleeping Giant), Kemaman, Terengganu.

Photo by: Mafiaburger burger
Photo by: JW Hisham Marmin

Sunset at Pantai Marina Beach (Telaga Simpul), Kemaman, Terengganu.

Photo by: Saikhul Awang

Photo by: Digital Raudhah Photography

Photo by: Raja Bulyamin Raja Abdullah

Photo by: Pok Jek
Tak ramai yang up karya memasing. Maybe masing2 masih dalam mood ketaklaratan. Nanti aku share lagi dengan korang gambar2 best dan menarik. Insyallah. Gambar dari Digital Raudhah Photography tu sedikit terganggu coz masa aku tengah sedap mengeshoot tetiba tripod tak balance....gegar....tapi aku up juga sesaje mengisi ruang yang ada....HeHeHe...

Sesungguhnya alam ini telalu indah untuk kita musnahkan. Dan sesungguhnya Dia maha berkuasa, dan kita tak sepatutnya bersikap sombong sesama manusia apatah lagi dengan Dia..


Jazakallah.


Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Kunci untuk menemui pesawat MH370



Nampaknya pelbagai spekulasi dan teori yang diolah oleh orang ramai tentang perihal kehilangan pesawat MH370 sabtu lepas. Dalam banyak2 artikel berita yang aku baca dari berita luar negara, rasa nak sangat buat rumours berdasarkan pembacaan aku. Tapi, secara logiknya....rumours aku tu maybe sikit pun tidak membantu atau menjadi kunci untuk menemui pesawat tersebut. So, baca...tunggu dan lihat.

Bukan apa, orang ramai yang keliru akan bertambah keliru dengan jutaan teori dan spekulasi yang berlegar2 di dunia maya dan juga kaca televisyen serta laporan akhbar. Semua orang tertanya2 kenapa ia berlaku, bagaimana ia berlaku dan seribu satu tanda tanya tanpa apa2 jawapan konkrit. Kehilangan MH370 itu bukan lagi menjadi tragedi tetapi menjadi satu fenomena. 

Aku ada terbaca satu laporan yang mengatakan bahawa ada ahli keluarga mangsa dari negara China telah menelefon mangsa (penumpang MH370), walaupun panggilan tersebut dapat disambungkan namun tiada siapa yang menjawabnya. Situasi ini secara tidak langsung telah mematikan spekulasi bahawa pesawat MH370 telah terhempas dilautan. Tumpahan minyak yang ditemui juga bukan hak milik pesawat MH370 yang hilang. Petanda2 yang keluar masuk menyebabkan orang ramai (termasuk aku) bertambah keliru dan celaru.

Alhamdulillah, video ulasan kemisterian kehilangan pesawat MH370 dari Kapteen Norudin Abd Majid sedikit sebanyak dapat membuka mata hati dan minda aku. Korang boleh terjah tonton video kat bawah ni. 


Kupasan yang sangat ohsem bagi aku. Ada hikmah atas apa yang berlaku ini. Tidak kira sama ada ia disengajakan atau ianya adalah suratan. 

Well, sebenarnya kunci untuk membuka dan menutup kisah misteri pesawat MH370 ini ada. Jika sains dan teknologi tak dapat nak merungkai misteri ini, kita boleh guna ikhtiar 'doa'. Bukankah senjata orang mukmin itu doa?

Firman Allah swt yang bermaksud,
"Dan apabila hamba Ku itu bertanya engkau dari hal Aku,  maka sesungguhnya Aku dekat, Aku perkenankan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepada Ku." [Al-Baqarah:186]

Aku yakin semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia tengah berdoa sekarang ni untuk MH370. Aku harap setiap yang menulis "pray for MH370" bukan sahaja menaip semata tetapi disertakan dengan perbuatan. Insyallah.....



Bila aku semakin banyak membaca perihal kemisterian pesawat MH370 ni aku mulai bimbang. Aku mulai bimbang ini satu 'permainan' walaupun melibatkan ratusan nyawa dan jiwa,  kerana sejarah telah membuktikan kisah 'permainan' ini ada......nauzubillah...



Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Sunday 9 March 2014

Warna-warni Amazing CLICK! Workshop Photography.



Petang semalam tamat bengkel workshop photography Amazing CLICK! yang diguide by Ngkuli yang julung kalinya diadakan di Kemaman. Lokasi pilihan CLICK! kali ini di Pantai Telaga Simpul untuk kelas dan shoot sunset.


Memang tempat rare bagi photo landskeper untuk bersunset.
Photo by: Ngkuli
Bengkel CLICK! memang santai. Memang awesome. Banyak ilmu photography yang diperolehi. Ukhuwah juga semakin berkembang biak. Alhamdulillah.

Banyak menda baru yang aku dan peserta lain dapat. Pengulangan ilmu yang dah tahu sebelum ni just untuk pengukuhan semata agar dapat dipertajamkan lagi di kendian hari dan dilain masa..... Semua enjoy walaupun sedikit ketaklaratan. 


Santai berilmu
Photo by: Ngkuli
Port untuk sesi pembelajaran pun sememangnya awesome. Terbuka....nature.....santai berilmu. 

Bagi korang yang minat photography tu, jangan segan silu untuk hadiri kelas Amazing CLICK! Workshop Photography. Banyak yang akan diajar dan dikongsi. Pendek kata memang berbaloi dan sedikit pun tak rugi apatah lagi patah hati....HeHeHe..

Dalam kelas, peserta akan didedahkan dengan hal2 berkaitan gear dan sedikit photo editing. Antaranya, apa itu exposure, aperture, shutter speed, iso, f-stop, white balance, histogram, matering mood, filter dan sedikit pengkongsian pengalaman bersama. 

Well, nak jadi pandai kena la belajar......nak ilmu kena la berjumpa tuan guru. Memang adat dan role dia cengitu. Ke korang rasa macam mana?

Pasal semua mende alah yang aku bold kat atas tu nanti aku kongsi dengan korang semua. Mana la tahu kot2 suatu hari nanti aku pula jadi instructor untuk korang2 yang berminat...HeHeHe....Aku poyo? Poyo memang perlu ada, tanpa poyo aku tak macho.....ahaks3

Ok la, aku belanja korang warna-warni sekitar amazing CLICK! workshop photograpy  untuk senaman kornea korang.


Sesi photo sharing
Photo by Mafiabuger
Sesi menambah lemak2 dipembuluh darah. Jadi chairman baq ang .....
Photo by: Ngkuli
Shoot and edit  by : Digital Raudhah Photography
Shoot and edit  by : Digital Raudhah Photography
Alhamdulillah....syukur pada Tuhan sebab menghadiahi lukisan alam yang indah buat aku dan kawan2 rakam sepanjang dua hari bengkel Amazing Click Academy dijalankan. Sesungguhnya Dia berkuasa ke atas segalanya dilangit juga dibumi. Untuk gambar sunrise dan sunset tu nanti aku post untuk next entri. Sabaq na...

Kat bawah ni ada sedikit buah tangan berupa timeslape untuk tatapan korang semua menghayati kebesaran Allah swt. Lihatlah, betapa kerdilnya kita hamba Dia. Itu pun masih ramai lagi dalam kalangan kita yang 'sombong' dengan Dia.



Terima kasih buat korang semua yang sudi singgah baca celoteh aku ni. Jangan lupa LIKE dan SHARE supaya mahkluk Allah kat luar sana juga boleh mai terjah baca. Kalau korang kawan2 aku tak tolong sapa lagi mau tolong kan?? You are my friends....


Jazakallah.




Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Friday 7 March 2014

Photography Workshop




Amazing Clik! Photography Workshop kini kembali lagi. Kali ni diadakan di Kemaman. Aku bab2 ni memang gagal untuk meloloskan diri dari tidak join....HeHeHe....Jadi, aku antara salah seorang peserta dia.

Macam aku selalu bagitau la, kita kalau nak ilmu kena pergi cari ilmu.....bukan tunggu ilmu tu datang singgah lepak bawah dagu. Prinsip ilmu itu sendiri suh kita cari tok guru, bukan sebaliknya.

Kursus ni dua hari je, hari ni dengan esok.....nampaknya tak berupdates pula la kot blog ni seminggu lagi. Ye la kan, balik kursus dah tentu penat......banyak lagi kerja buat yang perlu aku hadap.....Padahal banyak menda yang aku nak kongsi dengan korang.

Tapi aku harap korang boleh sabar la yer. Belum ada lagi kes pasal tak baca entri baru kat blog aku ni maka mengidap penyakit diabetis atau kencing tak lawas.....Nanti dah ada yang sedemikian baru aku updates blog laju2 360km/j everyday eveready....ahaks3.....tapi aku harap dan doakan korang yang singgah baca blog aku ni sihat2 belaka. 

Insyallah.....nanti aku story pasal kurus kursus photography workshop yang aku join ni untuk membakar semangat korang dalam aktiviti mencari ilmu. Insyallah juga, nanti aku tepek gambar2 yang comei dan sweet untuk tatapan kornea korang semua.

Jadi, sementara aku pergi kursus photography workshop ni. Korang lepak2 la kat blog aku ni, jamah baca la mana yang korang rasa suai. Ingat! ambik yang baik2 jer dari apa yang aku tulis kat sini. Kendian share kan dengan kengkawan. Supaya kita semua dapat kebaikan darinya. Yang tak baik tu korang jangan pula follow. Biarkan sahaja ia membatu diblog ni.


Equipment dah setup. Semua dah get ready. Cuma aku sahaja yang tak berapa nak ready2 lagi. Rasa sejuk panas...sejuk panas je satu badan. Sakit kepala dari semalam belum lagi hilang. Sakit tekak nak menelan pun dah slow2 datang. Cobaaaaaaaaaaaannn....

Aku nak rest dulu barang sekejap. Kasi longgar segala urat sarat yang ketat. Lepas tu baru pikir macam mana nak kayuh. Perasaan teruja meluap2 melebih rasa sakit yang kian melingkari diri. Apa pun, petang ni sunset wajib.

Poster by : Raja Kamal Raja Hussin

Korang yang minat dalam photography jika terserempak dengan poster seperti kat atas ni jangan segan silu, terus daftar lelaju. 

Ok la, aku stop dulu. Jadi, macam pesanan aku kat perenggan ke-enam tu. Harap korang tidak lupa dan alpa. Your are my friends!

Aku akan bersiaran macam biasa dekat pages rasmi Diari Seorang Lelaki. Stay tuned!

Jazakallah.



Support us MansuhPBS



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Telekom Malaysia punya cengkadak.



Alhamdulillah....akhirnya dapat kembali akses semula ke blog aku yang ohsem ini (ayat mempoyokan diri)....hampir dua minggu juga tersadai tanpa entri serta catatan terkini. Semua gara2 perkhidmatan streamyx Telekom Malaysia (TM) yang 'sumbat' dan jeng kreng. 

Aku pun tak tahu apa masalah depa. Apa yang aku tahu, jika lambat bayar bil jer diorang akan kol. Kalau tak kol pun terus perkhidmatan dipotong. Itu sahaja yang aku tahu perihal kecekapan TM. Berdasarkan pengalaman sendiri. Tapi mesti korang kata, "Pasai pa nak guna TM lagi jika dah tau depa teruk? Tukar saja pada yang lain."....HaHaHa....Aku hanya mampu gelak bila dengar ayat tanya kekangkungan sebegitu....Well, Kalau ada pilihan, dah lama aku curang. Nasib la duduk kat ceruk sebuah ladang.....kalau kat luar sana, dah tentu berlambak2 aku punya pilihan....sekarang ni, apa pun tak boleh!

Apa yang buat aku rasa tak best bukan kerana hampir dua minggu terganggunya perkhidmatan internet yang dibekalkan oleh TM. Aku bengkak hati bila janji depa mungkiri. TM janji nak call aku balik dalam tempoh 24jam selepas aduan dibuat. Sampai saat entri ni aku taip dan internet dah kembali berfungsi dua ari lepas, janji tetap tinggal janji. Yang paling best, bila aku call depa bagi alasan lain....bila jiran2 aku call buat aduan dab bertanya, jawapan versi lain pula. Berapa banyak versi jawapan TM create? Korang nampak tak kecelaruan TM dalam menangani permasalahan dan duan pelanggan?

Disebabkan internet terganggu hampir dua minggu banyak urusan kerja dan urusan hidup aku tergendala. Tak pasal2 reputasi aku dipertikaikan....Agak2 nya, yang ni TM nak bertanggungjawab juga tak??  Berlonggok2 kerja tak terusik. Kementerian Pendidikan Malaysia pun satu hal, dah tahu seluruh Malaysia belum bersedia nak guna sistem online tetap juga nak teruskan. Semuanya kerana perniagaan. Hampeh! 

Atleast, TM bagitahu la aku apa masalah yang depa hadapi. Ini tidak, suka buat pelanggan macam aku ni tertunggu2 dan tertanya2....Bukan sekali, tapi dah banyak kali berlaku. Sebelum ni pun aku dah buat entri tentang perkhidmatan streamyx TM yang bermasalah ni. Last2 terjadi lagi....jeng krengggg!

Perkhidmatan terganggu nak masuk dua minggu baru settle, sedangkan bil tetap bayar untuk tempoh sebulan. Memang untung la berniaga cara TM cenggini.....Hmmmmm.....Tapi kan, ada kawan aku bagitahu, aku kena isi form kat pejabat TM untuk deduct bayaran yang tak sepatutnya aku bayar akibat permasalahan dari TM sendiri. Ntah la, aku ingat nanti datang bil baru nak pi tanya TM tentang kesahihan cerita kawan aku ni. Kalau korang tahu, maybe boleh share dengan aku apa yang patut...



Let's click la sangat.....apa pun tak boleh.....manopoli perniagaan sememangnya tak pernah menguntungkan pelanggan. Dasar kapitalis....hanya menguntungkan pihak tokey2 dan para 'politikus yang berwajah-wajah'.

Kata biar terasa!


Support us MansuhPBS



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.