Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 8 February 2014

Ulang Tahun Kemenjadian

Sepatutnya entri ni aku up siang tadi. Tapi macam mana boleh terlepas pandang perkara ni. Adoiiiiiiiiiiiii......ternyata serembrum kiri kanan aku yang comei ni tak dapat nak berfikir untuk banyak perkara. Gerenti serta dijamin Sirim, pasti akan ada yang tertinggal dan terlupa.

Tapi tak kisah la yer. Ulang tahun kemenjadian aku ni bukan pun penting mana untuk aku publish pada khalayak. Aku bukan celebriti pojaan wanita2 Malaya. Aku hanyalah seorang photog nubis....blogger hingusan dan kaki pesbuk tegar.

Tanggal dinihari 7 Februari, lahirlah ke dunia seorang bayi lelaki yang sweet dan hot. Lahirnya ia adalah hasil benih cinta antara bonda dan ayahandanya. Lahirnya ia ke dunia membawa bersama janji2 yang telah terpatri antara dia dengan Tuhannya. Aku la bayi lelaki itu wei....HeHeHe


Terima kasih kepada yang wish dan menghantar ucapan, sama ada melalui pesbuk....tagged....wechat....whatsapp....sms dan telegram (twitter memang aku takde). Terima kasih atas ingatan khalayak semua.

Semakin bertambah usia semakin dekat aku dengan kematian. Dengan saki baki usia yang ada, harap aku dapat manfaatkan ia ke jalan yang lurus...bukan jalan yang bengkang bengkok. Harap dengan sisa2 hidup aku ini bisa bermanfaat untuk semua. Paling utama untuk agama.

Kekadang kita tidak sedar bahawa setiap tahun hasil dari peningkatan usia kita itu menandakan hubungan kita dengan dunia yang penuh tipu daya ini semakin singkat. Sampai masa nanti, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari rantingnya di syurga. Dan, tibalah perpisah selamanya antara kita dengan kehidupan dunia. Kita akan hidup dialam barzakh seorang diri, sehinggalah kita dibangkitkan kembali nanti.

Jadi apa sebenarnya yang aku dan kamu cari dalam kehidupan fana ini???

Jazakallah.


Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

  1. Happy belated birthday..wahh samakan tarikh lahir kita :).ade geng!

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.