AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday, 11 February 2014

Mulai semalam aku berpeluh sakan



Dah lama rasanya aku meninggalkan kehidupan yang mengeluarkan peluh ni. Berbulan2 rasanya.....makan tahun pun dah ada kot.....Aku dah planning slow2, mulai tahun ni aku dah kena back to the rule. Kembali pada aktiviti2 berpeluh yang pernah aku jalani dulu2. Walaupun aku dah ada hobi baru sekarang ni, aktiviti mengeluarkan peluh tak boleh aku tinggalkan.

Alhamdulillah, aktiviti menyedut 'ubat kematian' telah pun dapat aku tinggalkan lewat2 tahun yang sudah (pasal ni nanti aku story next entri). Terima kasih pada yang menasihati. 

Sebelum ni memang susah nak tinggalkan balapan atau padang, kalau tak main bola sepak aku akan berabiskan masa dengan berlari.....berlari....berlari......dan terus berlari dengan harapan larian yang aku lakukan itu dapat melupakan segala masalah yang ada......masa berlari tu aku bayangkan yang aku telah tinggalkan segala duka dan nestapa jejauh batu nautika dari mendiami relung hati. Antara cara aku membuat terapi diri dan terapi hati....

Well...next week dah tournament......tak banyak dah masa yang ada. Latihan terpaksa ditingkatkan. Motivasi diri perlu aku beri. Supaya tidak runtuh segala keyakinan diri. Nak capai kejayaan bukan suatu yang enteng. Semudah menonton anugerah meletop mahupun semudah bergelak tawa menonton maha raja lawak.

Jarang bebenar dalam kalangan kita sekarang ini yang memikiri kesihatan diri....dan juga kesihatan orang2 tersayang yang dekat dengan kita. Kita tahu, dengan bersenam dan bersukan dapat memberi kesihatan buat diri....minda juga akan cerdas....bebas penyakit....tapi yang duk ada sekarang ni ramai yang pilih berpenyakit. Sedangkan kita tahu merawat itu lebih susah dan mahal dari mencegah. Betul tak??

Lepas training atlit olahraga sambung pula kejar bola. Banyak berjalan ditengah padang berbanding berlarian menendang dan mengejar bola. Semput. Adakah faktor usia membatas kelincahan? Atau sebab meninggalkan arena terlalu lama?? Mulai semalam aku berpeluh sakan...

Muka ketaklaratan
Semalam adalah permulaan. Hari ini adalah kesinambungan......esok dan hari2 mendatang semoga ia berterusan dan berkekalan. 

Hari ni aku lihat dari tengah padang moment dilangit ohsem sekali. Hanya mampu menyebut Subhanallah Subhanallah Subhanallah hanya dalam lelas hati.

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.