Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 8 February 2014

Mini Outing Kemaman Photography Club



Alhamdulillah, petang tadi selesai program mini outing pertama bagi sesi 2014. Outing petang tadi tu semata untuk edisi memanaskan sensor kumira. Insyallah....akan ada lagi aktiviti2 photography dalam masa terdekat ini dan sepanjang tahun 2014.

Petang tadi bertemakan sunset. Lokasinya di Pantai Kemasik. Boleh tahan juga la yang hadir meraikan majlis petang tadi. Aku sampai lewat kat lokasi. Kalau tak, boleh join shoot outdoor untuk wedding sekali. Tapi nak buat macam mana kan, dah ada yang membujur lalu dan melintang patah.....redha.

Tema: Siluet
Kredit Photo: K-Mang Hakim | Kemaman Photography Club

Walaupun dah agak kelewatan tapi kayuh juga ke lokasi. Turun tadi pun sebab nak meraikan kawan2.....untuk mengeratkan siratulrahim sesama ahli club dan berukhuwah fillah. Dalam berphotography ni bukan sahaja dapat menghayati keindahan milik ilahi sebenarnya, tetapi lebih dari itu yang akan kita dapat. Apa yang kita akan dapat tu bergantung pada diri kita sendiri, apa sebenarnya yang kita nak.

Adanya komuniti seperti Kemaman Photography Club ni sekurang-kurangnya khalayak dapat bernaung dalam satu bumbung untuk berbicara dan berkongsi ilmu-hobi berkumira antara satu sama lain. 

Aku ada shoot juga tadi, tapi setakat main siluet jer. Masih tak cukup alatan untuk berlandskep seperti selalu. Filter dah selamat menemui tuan barunya. Insyallah....akan ada yang menganti nanti. Bak kata seorang ahli falsafah, "patah tumbuh, hilang berganti". Tapi bagi aku pula, "jual yang lama, yang baru pasti akan tiba jua"...HahaHa.....sekarang tengah usya2 dulu, dah berkenan nanti akan hantar rombongan meminang.

Kepada korang yang nak nak skodeng hasil berphotog tak seberapa dari aku yang nubis ni boleh la terjah blog usang aku Digital Raudhah Photography. Atau korang boleh terjah juga hasil berphotog aku di Flickr Amir Aiman Akashah dan juga 500px Amir Aiman Akashah. Untuk hasil petang tadi aku peram kasi masak ranum dulu.

Well, sabar je la yer.....HeHeHe..

Jazakallah.


Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.