AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday, 14 February 2014

Kewajipan Solat | Dari Mimbar Jumaat



Semua orang muslim yang berilmu dan berakal tahu tentang kewajipan solat. Solat adalah merupakan suruhan Allah swt yang paling utama kepada hambaNYA. Solat merupakan manifestasi sifat kehambaan umat manusia terhadap Tuhannya. Solat juga seringkali diingatkan kepada kita sebagai 'tiang agama'. Jika rosak tiang tersebut, maka rosak juga la agama yang ada pada diri kita.

Khutbah Jumaat tadi khatib sampaikan perihal pentingnya kewajipan solat kepada umat islam. Terutamanya buat kita semua umat akhir zaman. Dengan solat yang sempurna, kita akan terlepas dari fitnah dunia dan segala kemungkaran yang ada. Insyallah...


Jika kita teropong apa yanga ada dipentas dunia ini, apa jua permasalah hidup yang ada kini, segalanya berpunca dari ketidaksempurnaan solat yang telah didirikan. Umum telah mengetahui bahawa dengan mengerjakan solat dan solat yang sempurna dapat menghindarkan diri kita dari melakukan sesuatu yang Dia tidak suka.

Zaman sekarang ni berapa kerat sangat parents yang menitikberatkan solat kepada anak2 mereka? Alasan...anak2 masih kecil dan tidak bersedia......Sedangkan kita maklum tentang peribahasa orang lama2, "melentur buluh biar dari rebungnya". Tak gitu???

Berapa ramai parents atau penjaga yang solat berjemaah bersama ahli keluarga (anak-anak) dimasjid waima dirumah??. Lihat sahaja masalah sosial-jiwa yang melanda masyarakat kita muktahir ini.....anak bunuh ibu....ibu buang bayi.....derhaka kepada ibu bapa....derhaka kepada guru2....rogol...curi....dan banyak lagi jikalau nak disenaraikan segala canggung yang ada dalam masyarakat kita terutamanya orang islam kini. Kenapa semua ini terjadi?? Sebabnya 'tiang seri' yang ada pada diri kita tidak kukuh kedudukannya.

Kita semua maklum tentang asal-usul solat 5 lima waktu yang diwajibkan kepada kita. Kita juga maklum tentang fadhilat solat 5 waktu dan juga kesan buruk meninggalkan solat 5 waktu. Tapi kita tetap juga, lupa....leka dan alpa. Sedangkan Allah telah memerintahkan kita untuk mengerjakan solat hatta kita dalam peperangan mahupun dalam keuzuran akibat penyakit sekalipun, solat tetap perlu. Cara dan praktikalnya telah pun Allah swt ajar melalui   al-quran. Terpulang pada diri kita memasing untuk follow atau ingkar arahan.

Antara kelebihan mendirikan solat fardhu

Firman Allah swt bermaksud, "Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka?" Jawab orang-orang yang bersalah, "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan sembahyang." [Al-Mudassir : 42-43]

Rasulullah saw juga pernah bersabda peripentingnya solat kepada umat islam. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Lima waktu sembahyang yang Allah wajibkan ke atas hamba-Nya. Sesiapa yang melakukannya dengan baik dengan tidak meringankan hak-Nya, maka Allah menjanjikan dia dimasukkan ke dalam syurga dan bagi sesiapa yang tidak melakukannya, maka Allah tidak mempunyai janji dengannya. Jika Dia (Allah) mahu Dia akan menghukumnya dan jika Dia mahu, Dia akan mengampuninya." [H.R. Ahmad, Abu Daud & Al-Nasaei]

Dari mimbar jumaat tadi, khatib ada berpesan. Supaya orang laki2 (terutamanya bapa) supaya mengajari atau praktikan solat berjemaah bersama anak2 dimasjid ataupun dirumah.  Selain dapat mengeratkan kekeluargaan, solat berjemaah dengan anak2 juga dapat mendidik jiwa anak2 lebih mencintai agamanya bila dewasa kelak. Sepertimana yang aku lontarkan buah fikir sebelum ini..... sebenarnya, pendidikan anak2 bermula dari rumah bukan di sekolah.



Well.....mengerjakan solat ni tak susah pun jika kita betul2 faham dan ada sifat kehambaan. Cuba kita pakat2 check diri kita, dimana level kita dalam mengerjakan solat....muhasabah diri itu adalah sebaik2 mengakui khilaf diri...Renung-renungkan dan selamat beramal.

Kalau tak nak solat juga boleh, tapi pastikan korang dalam kategori 'datang bulan' (bagi wanita)....gila dan juga dah tak bernyawa....HeHeHe...

Oppssssssssss.....korang yang baca blog aku ni dah solat ke belum?? Jangan lengah2 kan solat sahabat2 aku yang kacak dan cantik semua.... (~___^)

Jazakallah.




Support us MansuhPBS



kredit photo: Google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.