AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday, 22 February 2014

Kempen #MansuhPBS sampai ke kemuncaknya



Nampaknya kempen #MansuhPBS kini berada pada fasa terakhir. Segala persiapan untuk merealiasikannya telah pun berada pada gerak kerja terakhir. Segalanya telah disetup....semua telah disusun rapi. Ternyata, gerakan #MasnsuhPBS telah menjadi bom jangka buat penguasa disinggahsana. 

Esok, 22 Februari 2014 bakal mencipta sejarah sekali lagi bilamana ramai guru yang akan turun ke jalanraya mengerakkan suara rakyat dalam memperjuangkan agenda pendidikan yang semakin pelik dan huru hara.



Walaupun koordinator atau pengerusi penaja SGMM (Suara Guru Masyarakat Malaysia) yang lantang bersuara menentang kepincangan KPM (Kememterian Pelajaran Malaysia) dan SPPBS itu sendiri telah dikenakan tindakan tatatertib, dipindahkan sekolah dengan notis 24 jam, namun ugutan tersebut sedikit pun tidak mengusarkan para guru untuk turun menunjuk rasa terhadap sistem SPPBS yang pincang dan penguasa KPM yang ego setinggi bangunan KPM.

Nampaknya, sekali lagi parti pemerintah (UMNO-BN) terpaksa berdepan dengan kebangkitan guru dan masyarakat setelah sekian lama golongan ini hanya menjadi 'pak turut'. Himpunan Mansuh PBS 222 pasti akan menjadi momentum untuk para guru bangkit menyelamatkan sistem pendidikan Malaysia yang kini berada ditangga ke-2 tercorot di asia tenggara. Himpunan ini pasti menjadi permulaan untuk perjuangan seterusnya. Terutamanya hal2 kebajikan para guru dan pelajar sekolah.

Sedikit sebanyak Himpunan 222 mansuhkan SPPBS dan sistem SPPBS bakal menjadi duri dalam daging YB TPM yang memegang portfolio Menteri Pendidikan. Nampaknya, isu ini menjadi bola tanggung untuk PM menyekat kemaraan TPM yang kini umum mengetahui tidak senada dengan PM dalam mentadbir negara (betulkan aku jika kenyataan aku ni tersasar).

Pengerusi penaja SGGM berharap agar Himpunan 222 Mansuhkan PBS esok akan diserta oleh ibu bapa dan pelajar sendiri. Kerana, perjuangan ini bukan perjuangan untuk guru semata tetapi untuk pelajar2 dan ibu bapa serta generasi Malaysia seluruhnya. 

Kenapa seluruh warga Malaysia harus bersolidariti dengan Himpunan 222 mansuhkan SPPBS ini? Jawapannya, ini adalah isu nasional. Isu pendidikan. Isu untuk semua warga Malaysia. Anda tentu ada adik beradik yang masih dibangku sekolah.....anda tentu ada anak2 di bangku sekolah (setidak2nya bakal ada anak)......anda tentu sahaja ada cucu cicit yang masih bersekolah......adakah anda ingin melihat zuriat anda belajar dibawah sistem yang korup dan pincang? Sistem pendidikan yang ke-2 tercorot diasia tenggara? Mahukah anda?? Well, tepuk dada tanya nafsu anda masing2.

Isu permasalah SPPBS ini juga telah mendapat perhatian dan kritikan dari bijak pandai seperti Profesor Dr Mohammad Agus Yusof dalam tulisan beliau Kesesuaian Sistem Pentaksiran Sekolah Dalam Membangunkan Murid Cemerlang. Pendapat Profesor Dr Mohamad Agus Yusof juga sahkan oleh Ungku Aziz.



Jadi, kepada para guru yang kelapangan...ibu bapa yang ada waktu senggang serta pelajar yang terkesan dengan sistem ke-2 tercorot diasia tenggara ni ada eloknya berkumpul ramai2 untuk menunjukan SATU SOKOGAN - SATU USAHA - SATU SUARA demi masa depan pendidikan yang lebih gemilang.

Orang ramai dijemput hadir ke Himpunan 222 Mansuhkan PBS sepertimana yang telah diwar-warkan seperti banner di bawah. 



Jika hari ini perjuangan ini tidak disambut, maka kita akan merintih dan menangis dimasa hadapan. Jangan sampai generasi kita nanti menyalahkan kita kerana sikap berdiam diri dan dayus yang kita miliki. 
Katakan kepada penguasa disinggahsana sana, sudah cukup sudah menjadikan sistem pendidikan untuk kayakan kroni. 

Menentang bukan pertualang, tetapi berjuang. 





Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

  1. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.