Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 25 January 2014

Sup super duper power



Layan suhu sejuk yang melanda Malaysia sekarang ni dengan sup tulang panas2 memang menyangkut baq ang.....Tak pasal2 diet hancus hari ni. Siap menambah nasi tadi. perrrhhhhh....memang super duper power la sup Anie ni. 

Sup dia memang mantap.....tangkap leleh baq ang.....pekat....likat.....super marbeles. Sesiapa yang lalu lalang jalan dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu melalui Durian Guling kalau tak singgah pekena sup ni memang kerugian la. 

Aku kalau pergi pekan Kuala Berang memang tak sah jika tak pusing stereng ke Durian Guling. Walaupun perjalanan ke sana menentang  arus hala tujuan tapi tetap juga terjah restoran sup ni. Bagi tekak aku yang cerewet ni, memang berbaloi-baloi singgah makan restoran Anie ni....lagipun restoran ni bukan sahaja sup dia power, burung puyuh goreng dia pun best juga....macam-macam lauk duk ada, korang pilih jer apa lauk korang nak rasa...(harap maaf, ini bukan iklan berbayar).

Korang dapat rasa tak kebestan sup ini??
Shoot by Samsung S1
Restoran Anie ni terletak dekat Durian Guling. Dari Kuala Berang nak menuju ke Kuala Terengganu. Duk sebelah kiri bahu jalan. Tak jauh dari Shell Wakaf Tapai. 

Dah setahun lebih juga aku jadi customer tetap sup super duper power Restoran Anie ni. Asal je ke Kuala Berang aku akan singgah. Asal je ke Kuala Terengganu aku akan singgah. Jarang sekali aku tak menyinggah. 

Sejak Malaysia mengalami fenomena suhu sejuk ni terasa bertambah-tambah sedap pula hirup sup dia panas2 tahap meletop tadi. Eh.....korang macam best je baca entri aku ni tak rasa ke nak cari sup panas2 untuk menu korang nanti?? Sedop wooooo hirup sup pepanas musim sejuk cenggini.

Aku taip entri ni pun dah meleleh ayaq liuq tau.....Korang?????

Ok. Aku jalan-jalan cari makan jap.

Jazakallah.


Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.