Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday 24 January 2014

Kejang betis | Serius sakit!



Korang pernah tak mengalami cramps kat betis? Kekejangan atau sakit pada bahagia betis....Sape yang pernah rasa kejang betis ni memang tau la azab dia kan.....Dulu selalu gak aku kena cramps ni sebab terlalu aktif dalam sukan. Tapi awal pagi tadi dah masuk hari yang ke-3 aku kena kejang tang betis. 

Dua ari lepas kena dalam jam 4.22 pagi. Sedap2 duk lena tetiba terbangun sebab sakit dia memang tak boleh nak cerita. Sape pernah rasa memang tau la macam mana sakit duk ada.....Kelmarin pula kena masa tengah kusyuk solat subuh. Terhincut-hincut ke tempat kerja. Tak pasal2 aku yang kesakitan menjadi bahan....ada rakan2 sejawat cakap aku kena gout. Nauzubillah....lawak hampeh betul diorg....HaHaHa....Ada yang cadang aku minum air garam. Katanya ahsab kemenjadian cramps ni akibat kekurangan garam dalam badan.  Takpe ke aku minum air garam erk? Nanti kan sebab aku minum air garam, harga garam jadi  naik......ahaks3.....Takde la, aku gurau je la pasal harga garam naik tu. Korang kalau pasal naik memang geli geleman nak dengar erk? Bab turun tak pula korang nak puji-pujian sama diorg. Dengar ceghite suhu kat beberapa tempat kat Malaysia ni dah turun. Jadi.....sila la puji-pujian sama diaorg sebelum diaorg meminta-minta....HeHeHe....

Serius baq ang....azab wei......awal pagi tadi kena pula. Kejang betis, serius sakit...Tak pasal2 cancel outim sunrise kat Telok Kalong usai subuh tadi. Hatrik kena kejang betis ni....aduhaiiiiiiiiii....

Ini bukan betis aku mahupun betis neelofa

Dari apa yang aku baca......punca kekejangan otot betis yang aku alami tiga hari berturut-turut ni mungkin disebabkan oleh beberapa punca antaranya adalah dehidrasi, kekurangan unsur mineral seperti magnesium,potassium, calcium dan sodium, dan kurangnya pengaliran darah ke kaki akibat posisi kaki semasa tidur yang tidak baik dan juga terdedah kepada suhu yang sejuk dalam bilik juga menjadi salah satu faktor. 

Memang suhu sekarang ni sejuk gilos babas. Patut la otot betis aku asyik kejang je 3 hari ni. Lepas ni terpaksa la off kipas dan berselimut tebal bagai masa tidur. Kalau tak, berangkalian kemenjadian cramps tu berulang pasti ada. So, sediakan payung selimut sebelum tidur....HeHeHe...




Support us MansuhPBS



kredit photo: google


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.