Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 16 January 2014

Demam + Selsema + ? = Ketaklaratan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari thursday yang sangat2 merimaskan. Terasa sangat2 ketaklaratan hari ni. Walaupun begitu, tugasan dan tanggungjawab tetap juga disantuni seperti biasa tanpa ada unsur2 luar biasa.

Nasib baik la arini lastday kerja. Kalau tak, mau lembik dan lunyai segala urat saraf aku yang makin ketat dan tegang ni. Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan sedikit sukar masih mampu membanting keringat membantu rakan2 sejawat yang lain handle program sukaneka dan majlis penutup Transisi edisi 2014 (cite pasal ni aku malas story coz takde gambar aku nak tepek kat entry...HiHiHi..)

Aku dari tempat kerja lama lagi memang lagu ni......Selagi aku mampu berdiri dan mampu ketawa, aku sememangnya payah amik mc (cuti sakit). Tetap juga datang kerja buat apa yang terdaya.


Menu sarapan tadi untuk orang tengah ketaklaratan
Hari ni nak menelan pun payah lagi susah. Kesat je rasa tang tekak ni. Memang azab sedikit. Tapi makan tetap kena makan. Kalau tak, ubat yang aku mentekedarah tak bermakna. Ni menu sarapan. Menu tengahari tak sempat nak snap sebab laju sangat masuk perut. Hari  thursday blues ni aku telah langgar pantang.......hancus program diet aku....aduhaiiiiiiiiiiiiii.....Tapi tak kisah la kan, kurang2 aku perlukan tenaga tambahan untuk badan aku yang tengah ketaklaratan.

Bintang2 hati aku arini semuanya perangai baik2 sayang.....depa tau kot emosi aku tengah tak berapa nak stabil. Today memang depa dengaq kata dan berdisiplin tahap dewataraya. Hari ni tak susah nak handle depa. Alangkah baguih duk ada jika depa lagu ni tiap hari dan tiap masa. Tak dak la aku nak kena penyakit kencing manis dan buasir belum sampai tua....HaHaHa....aikkksssssssss....awat korang tak gelak?? tak lawak ka??. Aku baru sudah bikin lawak tau...angpa jangan macam2.... (^_^)

Sebelum balik tengahari tadi sempat la landing dan manja2 kan badan atas sofa milik kerajaan. Rasa sangat2 selesa duk ada. Korang ada???? HaHaHa


Gambar ini di shoot secara curi oleh rakan sejawat aku. Walau pun sedang tidur, masih terserlah kesweetan dan kemachoan aku.  Kenapa?? Tak percaya?? Well.....korang adalah ditegah untuk tiru aksi ini....HaHaHa...tak pasal2 aku jadi bahan dalam wassap group...
Balik rumah sambung rehat semula. Memang terasa sangat2 ketaklaratannya. Aku tahu.....Allah tidak akan memberikan beban kepada seseorang di luar batas kemampuannya......'ketaklaratan' aku ni semata-mata untuk memcuci dosa2 kecil yang ada. Mungkinkah???? Wallahualam...

Petang ni ingat nak ke Pantai kemasek. Shoot apa yang ada kat sana. Tapi cuaca pula mega mendung dan ketaklaratan yang amat sangat. Jadinya aku conteng la apa adanya kat blog ni untuk korang baca.

Ok la. Stop dulu. Masa untuk mensucikan diri.

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.