Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 30 January 2014

Catatan terakhir untuk hari terakhir



Hari terakhir sebelum bercuti panjang bersempena Chinese New Year......masih lagi bertenggek kat tempat kerja masa ni. Settlekan apa yang belum settle, sudahkan apa yang belum disudahkan. Bila dah bercuti nanti dapat la bersenang hati.....Aku paling tak suka bila time cuti masih menguruskan hal2 kerja. 

Alhamdulillah.....sejak berpindah ke tempat kerja baru ni, dah jarang sekali aku kepit kerja bawa balik untuk berdakap bersama. Bukan tidak ada langsung. Ada, tapi tak la sebanyak yang ada seperti sebelum2 ini. Sekarang ni boleh la kalau nak melenggang kangkung sedikit. Mungkin ini salah satu penyebab kenapa berat badan aku makin bertambah dan aku semakin kurang produktif....HaHaHa....

Kalau dulu, sepupu sepapat yang sealiran dengan aku selalu bertanya...."kerja apa sampai berkoyan2 bawa balik ke kampung?" "Macam tak cukup jer masa ngko 24 jam kat Johor sana?"....Ayat2 nyenyeh diorang memang tak boleh blah....bisa buat hati aku calar balar dan mengalami kecederaan umpama kemalangan sebuah kenderaan yang dipandu laju 360km/j. Namun....pada kebiasaannya, pertanyaan mereka tu aku jawab dengan senyuman paling sweet (walaupun dalam hati membuak2 lahar gunung Karakatua).

Sekarang ni aku bagaikan pengidap parkison (nauzubillah). Terasa sangat2 ketidakproduktifan aku. Sebenarnya aku rindukan cara kerja yang dulu walaupun bukan semua....HiHiHi...Tapi takpe kot, setiap apa yang dia bagi tu adalah yang terbaik buat hambanya yang kurang rajin macam aku ni (maaf yer, bukan malas).

Cuti Chinese New Year tahun ni tak la lama mana pun, tapi pelan bukan main lagi...nak ke sana...nak ke situ....semua tempat aku nak serbu....HaHaHa.....ilang akai betui!


InsyaAllah, petang nanti aku bergerak kayuh balik. Cuti ni nak duk diam2 kat rumah. Cuti ni balik jumpa bonda ayahanda. Raikan mereka seadanya. Gunakan masa yang ada sebaik-baiknya. Cuti ni nak tambah berat badan juga. 

Kepada korang yang bercuti tu selamat bercuti aku ucapkan. Cutilah dengan bermanfaat. Pandu cermat tika di atas jalan raya. Tak payah nak racing2 bagai. Ingatlah, anda sentiasa diperhatikan AES....HiHiHi...

Kepada sahabat2 tinghoa saya, selamat bercuti dan Happy Chinese New Year buat anda semua. Terutamanya, warga2 Ban Foo. Semoga tahun kuda tahun ini memberi semangat kuda yang ohsem dalam melayari kerjaya dan kehidupan.


Aci dop buat macam gini untuk tahun ni???

Jumpa lagi selepas cuti CNY andai dipanjangkan umur. Kalau balik umah parents aku gerenti line internet akan membuatkan usus aku mengalami keketatan teramat sangat.

Bila la kawasan tu nak maju menjadi sebuah bandar metropolis macam godam city erk? Mohon maaf pada yang terlelas hati bila terjah kemari.

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.