Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 30 January 2014

Catatan terakhir untuk hari terakhir



Hari terakhir sebelum bercuti panjang bersempena Chinese New Year......masih lagi bertenggek kat tempat kerja masa ni. Settlekan apa yang belum settle, sudahkan apa yang belum disudahkan. Bila dah bercuti nanti dapat la bersenang hati.....Aku paling tak suka bila time cuti masih menguruskan hal2 kerja. 

Alhamdulillah.....sejak berpindah ke tempat kerja baru ni, dah jarang sekali aku kepit kerja bawa balik untuk berdakap bersama. Bukan tidak ada langsung. Ada, tapi tak la sebanyak yang ada seperti sebelum2 ini. Sekarang ni boleh la kalau nak melenggang kangkung sedikit. Mungkin ini salah satu penyebab kenapa berat badan aku makin bertambah dan aku semakin kurang produktif....HaHaHa....

Kalau dulu, sepupu sepapat yang sealiran dengan aku selalu bertanya...."kerja apa sampai berkoyan2 bawa balik ke kampung?" "Macam tak cukup jer masa ngko 24 jam kat Johor sana?"....Ayat2 nyenyeh diorang memang tak boleh blah....bisa buat hati aku calar balar dan mengalami kecederaan umpama kemalangan sebuah kenderaan yang dipandu laju 360km/j. Namun....pada kebiasaannya, pertanyaan mereka tu aku jawab dengan senyuman paling sweet (walaupun dalam hati membuak2 lahar gunung Karakatua).

Sekarang ni aku bagaikan pengidap parkison (nauzubillah). Terasa sangat2 ketidakproduktifan aku. Sebenarnya aku rindukan cara kerja yang dulu walaupun bukan semua....HiHiHi...Tapi takpe kot, setiap apa yang dia bagi tu adalah yang terbaik buat hambanya yang kurang rajin macam aku ni (maaf yer, bukan malas).

Cuti Chinese New Year tahun ni tak la lama mana pun, tapi pelan bukan main lagi...nak ke sana...nak ke situ....semua tempat aku nak serbu....HaHaHa.....ilang akai betui!


InsyaAllah, petang nanti aku bergerak kayuh balik. Cuti ni nak duk diam2 kat rumah. Cuti ni balik jumpa bonda ayahanda. Raikan mereka seadanya. Gunakan masa yang ada sebaik-baiknya. Cuti ni nak tambah berat badan juga. 

Kepada korang yang bercuti tu selamat bercuti aku ucapkan. Cutilah dengan bermanfaat. Pandu cermat tika di atas jalan raya. Tak payah nak racing2 bagai. Ingatlah, anda sentiasa diperhatikan AES....HiHiHi...

Kepada sahabat2 tinghoa saya, selamat bercuti dan Happy Chinese New Year buat anda semua. Terutamanya, warga2 Ban Foo. Semoga tahun kuda tahun ini memberi semangat kuda yang ohsem dalam melayari kerjaya dan kehidupan.


Aci dop buat macam gini untuk tahun ni???

Jumpa lagi selepas cuti CNY andai dipanjangkan umur. Kalau balik umah parents aku gerenti line internet akan membuatkan usus aku mengalami keketatan teramat sangat.

Bila la kawasan tu nak maju menjadi sebuah bandar metropolis macam godam city erk? Mohon maaf pada yang terlelas hati bila terjah kemari.

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday 28 January 2014

Rezeki Hostel Raudhah



Rezeki ni kan, bila2 masa Allah nak tarik Dia boleh tarik.....bila2 masa Dia nak bagi, Dia akan bagi pada kita hambaNYA tanpa banyak songeh tanpa banyak bicara.....tak macam kita, time nak ke Dia je kita bersungguh2 mengadap Dia....sujud dan tadah tangan beria-ria bagai apa......Kita acapkali lupa Dia, tapi Dia sedikit pun tak melupakan kita. Sentiasa ada untuk kita.....sentiasa mendengar rintihan dan keluh kesah kita.....cuma kita jer kekadang tu leka....lupa dan alpa tetang kewujudanNYA.

Tadi dapat panggilan dari student Politeknik Kota Bharu. Diorg nak booking Hostel Raudhah untuk next semester. Memula tu kompius juga......maklum la kan, semester baru je buka......tak kan dah ada yang book untuk next semester.....Cuak juga memula terima panggilan tadi. Bila student poli tu bagitau apa yang patut aku tau, lapang sikit fikiran.....Syukur, rezeki Hostel Raudhah tak penah putus. Belum lagi Dia hijab rezeki untuk aku yang satu ni...Alhamdulillah..

Aku memang begitu.....suka membuat pesepsi awal dengan sesuatu yang negatif. Jarang sekali aku nak menerima sesuatu berita itu dengan nilaian positif. Nampak gayanye lepas ni aku kena lebih kritis la kot.....

Sebetulnya Hostel Raudhah ni biasa2 jer. Takde pun yang istimewa. Selain kemudahan yang tersedia ada......service kena juga cemerlang. Aku jika ada apa2 masalah berkenaan dengan Hostel Raudhah, cepat2 aku kasi settle. Walaupun aku jauh.....aku usahakan juga agar masalah penghuni dapat dimaksimumkan. Kalau tak boleh settle on the spot, berterus terang dengan penghuni. Baru diorang tak kelam kelibut. Lagi satu.....sebolehnya gaps antara penghuni dengan owner jangan menjarak sangat. Buat seperti kawan2. Supaya senang nak berurusan. Tapi jangan sampai hubungan baik tu nanti diorg amik kesempatan....berpada2 dalam perhubungan...

Untuk semester ni pun dah banyak juga penambahbaikan di Hostel Raudhah yang telah aku lakukan....antaranya ganti tv lama dengan tv led 32" Philips.....cadar tilam yang comei berwarna warni dan juga papan pengosok....Atap rumah juga aku dah ganti baru....Semua ni semata-mata untuk patuh pada tagline Hostel Raudhah "Keselesaan anda keutamaan kami"....Aku pun bab2 bayaran sewa ni tak berkira mana pun dengan student2 ni. Aku dulu pun pernah bergelar student.....memang azab sikit la sesape yang hanya bergantung harap pada PTPTN semata.....Jadi, pengalaman pernah bergelar mahasiswa dulu2 menjadi pemangkin untuk aku lebih toleransi dengan student2 yang menghuni Hostel raudhah..



Bila kita buat baik dengan orang, orang pun segan nak buat tak baik pada kita....betul tak?? Tapi, jika dia nak buat tak baik pada kita itu dah ketentuan dari Dia. Hanya mampu berusaha dan berdoa. 

Well....untuk penghuni Hostel Raudhah next semester aku dah tak payah nak sakit2 kan kepala pikir lagi. 

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Tak akan pernah berhenti meminta dariNYA. 

Jazakallah.





Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Monday 27 January 2014

VIDEO YAKUZA | YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim seorang barua?



Wowwwwwww yakuzaaaaaaaaaaaaaa la puloooooooppp!!!

Sekadar hiasan.

Giler kentang ar suhu politik Malaysia sejak akhir2 ini......macam2 duk ada.....kalau nak ulas memang sakit jiwa dan boleh buat pening kepala. Aku ingat dengan suhu cuaca yang makin menurun maka suhu politik Pakdir dekat Malaysia ini juga mampu jadi cool sama, tapi rupanya tidak. 

Dekat Malaysia ni, isu politik dah jadi macam makanan ruji pula.....paling utama....paling mendapat tempat dimedia massa arus perdana berbanding isu2 yang lebih mustahak...yang bersangkut paut dengan kemashalatan rakyat muktahir ini.....baik dari segi sosio-ekonomi...sosio-agama....sosi-budaya.....Rakyat dah cukup haru sebenarnya.

Kekadang tu, naik meluat pula dengan tahik2 politik ni. Yer la kan, pemimpin depa kat atas sana cool dan steady jer.....siap boleh bergurau senda lagi sambil minum kopi mahkota dewa...tahik2 politik ni jer yang terlebih sudu dari kuah. Apa pun tak boleh!

Sebelum ni heboh pasal demo kekangkungan yang dibuat oleh ahli2 NGOk dan ahli2 parti politik yang pernah diharam serta ahli2 persatuan 'bela' diri konon2 tak puas hati atas kes memberi makan kangkung ke atas sebuah replika. Sekarang dah senyap kangkung2 tersebut....layu terkulai la kot para kangkung yang berdemo tempohari...

Lepas sahaja barisan kekangkungan berdemo.....timbul pula puak anti sunrise. Berdemo....berarak.....bergembira......konon2 boss depa bangga dengan pendek akai yang depa miliki. Siap buat aksi membakar 'sesuatu' yang menyerupai bendera sesebuah negara lagi....konon2 tunjuk rasa mereka itu sungguh ohsem. Walawey....tak kan sebab boss anda tak diberi kebenaran masuk sesebuah negara maka anda selayaknya boleh membakar 'sesuatu' yang menyerupai maruah negara mereka.....Biar kita nampak bodoh, tapi jangan biadap....HeHeHe...

Sekarang ni timbul pula isu Yakuza....pengaruh filem dan media massa ke apa ni....aduiiiiiiiiiiiii.......berat 66 dah politik Malaysia ni.  Sila la guna cara lain yang lebih kreatif dan bermoral high class untuk mengipas golongan atasan. Dari korang buat dan perjuangkan sesuatu yang sia2 ada baiknya korang ikut berjuang dalam ISU HOT (klik) ini.

Jom tonton video kisah Yakuza bawah ini. Harap korang (terutama yang tahik2 politik) dapat menonton dengan berlapang dada serta merimbun iman di dada.




Well.... korang dah tonton video kat atas ni kan, jadi korang nilai la sendiri. Cikgu aku pernah pesan, "Banyak bercakap nanti memperlihatkan kebodohan sendiri."

Rakyat bukan nak tengok semua wayang2 murahan ni la.....rakyat nak tengok dan dengar hal2 yang dapat melegakan ruang bernafas mereka.....hal2 yang bisa membuatkan ruang pergerakan mereka selesa.....bukan menambah kesulitan supaya mereka bertambah tersepit dan terhimpit.....Besar sangat ke Yakuza tu berbanding dengan kerajaan Jepun yang ada sekarang???

Jadi, kurangkan kontroversi....tingkatkan prestasi. 

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Hitech Filter, Adator Ring & Holder




Sekadar gambar hiasan
Kekadang....sesuatu yang kita sayang itu terpaksa juga kita lepaskan bila tiba masanya. Sayang macam mana sekalipun, jika dah bukan jodoh apa lagi nak disembangkan. Pasrah dan redha. Mungkin penganti yang baru nanti lebih baik dia beri. Siapa tahu bukan? Itu pun jika ada pengantinya. Andai tiada.....terima la seadanya takdir dari yang esa...

Tapi ternyata, jodoh tak lama......sampai masa perpisahan pasti jua datang tiba.....tak sanggup macam mana sekalipun, andai ia telah tertakdir......perlu aku berlapang dada. Sayang tetap ada...kenangan sememangnya diminda, tapi apa boleh buat....aku rasa, sudah sampai masanya aku lepaskan apa yang aku punya agar ia berbahagia dengan 'orang baru' yang lebih memerlukannya.

HaHaHa......mesti korang suspen kan baca mukadimah aku tu? ....KihKihKih....Aku sebenarnya jarang jual barang2 yang aku sayang. Kadang2 tu walaupun tak digunakan lagi aku still simpan.....sahaja untuk buat koleksi dan juga kenangan. Memang pesem aku lagu tu.

Tapi kali ni sedih la sikit. Sebabnya aku terpaksa juga let go barang yang aku sayang dan banyak berjasa kepada aku. Lagipun, bukan sikit duit nak dapat mende alah dalam gambar ni. Atas dasar minat dalam photography, terutamanya landscape, aku korek juga poket2 seluar aku sampai lunyai-rabak semata-mata agar mereka aku miliki.
Untuk landscaper tegar, mende alah dalam gambar kat atas ni memang sangat2 diperlukan bagi mendapatkan hasil yang terbaik (bukan aku kata tapi orang2 lama dalam photography yang kata).

Opppppssssssssss.....terpanjang pula aku bercerita yer. Niat asal buat entri ni coz nak kempen a.k.a iklan barang2 dalam gambar atas tu, tapi tetiba emosi plop....HaHaHa....Ok la, aku staright to the focus point.

WANT TO SELL
Filter GND & ND Hitech dan Hitech Holder+ Adapter Ring 77mm + Big Stopper Filter
Beli pada 3/13/2013

Filter Hitech (GND)
Pakej:
1- GND 0.3s
2- GND 0.6s
3- GND 0.9s
[Plastik dan kotak asal]

0.9s sahaja kerap guna.
0.6s guna 2-3kali je.
0.3s tak pernah guna, 

Filter Hitech (ND)
Pakej:
1- ND 0.3s
2- ND 0.6s
3- ND 0.9s
[Plastik dan kotak asal]

0.9s guna 4-5 kali je
0.6s tak pernah guna
0.3s tak pernah guna, 

Hitech Holder + Adapter Ring 77mm + Kotak asal.

Big stopper Filter
Baru guna 4-5 kali sahaja
[Plastik dan kotak asal]

Reason jual: Tak reti guna, retired dan mak marah main kumira

Berminat? 
Contact no di bawah untuk best price.
009-2038292 (Call, SMS, WhatsApp, atau pm di Diari Seorang Lelaki)

**COD diutamakan area Kemaman & Kota Bharu.
**Pos boleh diuruskan.

Aku harap ada la sudi menjadi tuan baru untuk mereka nanti. Dari aku tak guna ia dan disimpan begitu sahaja, ada baiknya aku jual...sekurang2 ia bakal bermanfaat kepada tuan barunya nanti. Insyallah

Sebenarnya sayang nak berpisah.....tapi apa kudrat aku nak menghalang takdir Tuhan.

Jazakallah.




Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Saturday 25 January 2014

Sup super duper power



Layan suhu sejuk yang melanda Malaysia sekarang ni dengan sup tulang panas2 memang menyangkut baq ang.....Tak pasal2 diet hancus hari ni. Siap menambah nasi tadi. perrrhhhhh....memang super duper power la sup Anie ni. 

Sup dia memang mantap.....tangkap leleh baq ang.....pekat....likat.....super marbeles. Sesiapa yang lalu lalang jalan dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu melalui Durian Guling kalau tak singgah pekena sup ni memang kerugian la. 

Aku kalau pergi pekan Kuala Berang memang tak sah jika tak pusing stereng ke Durian Guling. Walaupun perjalanan ke sana menentang  arus hala tujuan tapi tetap juga terjah restoran sup ni. Bagi tekak aku yang cerewet ni, memang berbaloi-baloi singgah makan restoran Anie ni....lagipun restoran ni bukan sahaja sup dia power, burung puyuh goreng dia pun best juga....macam-macam lauk duk ada, korang pilih jer apa lauk korang nak rasa...(harap maaf, ini bukan iklan berbayar).

Korang dapat rasa tak kebestan sup ini??
Shoot by Samsung S1
Restoran Anie ni terletak dekat Durian Guling. Dari Kuala Berang nak menuju ke Kuala Terengganu. Duk sebelah kiri bahu jalan. Tak jauh dari Shell Wakaf Tapai. 

Dah setahun lebih juga aku jadi customer tetap sup super duper power Restoran Anie ni. Asal je ke Kuala Berang aku akan singgah. Asal je ke Kuala Terengganu aku akan singgah. Jarang sekali aku tak menyinggah. 

Sejak Malaysia mengalami fenomena suhu sejuk ni terasa bertambah-tambah sedap pula hirup sup dia panas2 tahap meletop tadi. Eh.....korang macam best je baca entri aku ni tak rasa ke nak cari sup panas2 untuk menu korang nanti?? Sedop wooooo hirup sup pepanas musim sejuk cenggini.

Aku taip entri ni pun dah meleleh ayaq liuq tau.....Korang?????

Ok. Aku jalan-jalan cari makan jap.

Jazakallah.


Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Perubahan cuaca di Malaysia satu fenomena?



Heboh satu media sosial bila mana suhu sejuk kian mencengkam tulang hitam disesetengah tempat di Malaysia ni. Ramai la yang up status dan gambar2 wheater yang diambil dari aplikasi telefon pintar bijaksana memasing. Laju2 upload kat media sosial.....agar seluruh  penghuni planet bumi tahu kegusaran dan keterujaan yang dirasai. Konon2 fenomena ini sebagai satu alamat atau pun peringatan Allah swt kepada umat manusia tentang betapa dekatnya kiamat dengan mereka. Ramai yang pelik dan risau dengan fenomena yang ada kini.

Panas pun kita susah.....sejuk pun kita ambil kisah. Konon2 ianya satu hal yang maha serius.  Aku akui yang kejadian suhu sejuk sekarang ni adalah dari kekuasaan Allah swt. Tapi korang yang up status dan up gambar wheater tu biar la berpada2. Tak payah la tunjuk yang korang terlalu excited bagai....Sampai keluar cerita pasal kiamat.....Tapi yang peliknya, dah tahu itu tanda2 kiamat tapi kita masih juga berlenggang kangkung.....tak juga pergi mengimarahkan kat masjid....tak juga reti2 nak menutup aurat.....tak juga pandai2 nak bertaubat.....Tapi status kita pasal fenomena suhu sejuk kat media sosial punya la hebat. Well, tak hebat mana lagi la kita yer......

Bagi aku, tak salah pun nak pikir fenomena ini. Tapi biar la bertatasusila. Tak pelik pun sekiranya salji boleh turun dekat Malaysia. Itu semua kekuasaan DIA. Sekali DIA sebut "kun fa ya kun"......maka jadi la apa yang perlu terjadi. Nak heran apa. Yang penting fenomena ini bisa menguatkan ketakwaan dan keimanan kita pada DIA. Tak gitu??

Sebelum Malaysia mengalami suhu sejuk yang luar biasa ni, negara2 arab yang tandus tu dah pun turun salji. Nak pelik apa kan? Semuanya anugerah Allah swt. Bila baca status kat pesbuk macam2 duk ada......Ada sesetengah tu tak sabar nak tunggu salji turun kat Malaysia. Beria sangat orang kita ni nak main salji rupanya yer? Ingatkan beria nak beramal ibadat bila dah ada tanda2 sedemikian. Pelik tapi benar.

Dah ada gambar troll salji turun kat Malaysia rupanya.....HaHaHa...Giler kentang betol

"Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga tanah arab kembali menjadi padang rumput dengan sungai-sungai yg besar." (Hadis Muslim)

Kenyataan akhbar oleh Jabatan Metrologi Malaysia
Korang boleh check suhu dan cuaca tempat korang di website Jabatan Metrologi Malaysia untuk informasi terkini. Cuma aku sedikit kompius dengan penyataan pada perenggan terakhir dalam surat tu jika nak dibandingkan dengan laporan berita dekat bawah ni. Atau korang boleh terjah video ni kat link Indonesia's 1st recorded snowfall highly unusual phenomenon untuk maklumat lanjut.



Ada yang kata video berkenaan tidak benar. Ada yang kata ia benar2 berlaku...tidak seperti kisah Villa Nabila tempohari. Ntah la.....apa perkaitannya aku sendiri kurang pasti.

Sebenarnya perkara pelik kalau kita nak amik kira bukan pada fenomena suhu sejuk sekarang ni sahaja. Pada diri kita sendiri pun dah banyak benda pelik duk ada kalau kita rajin nak pikir tanda-tanda kebesaran DIA. Tapi itu la kita kan......yang dekat dengan kita tak pernah pun kita nak amik cakna. 

Well, sementara masih bernafas....sedut la udara sejuk sekarang ni pelahan-lahan dan hembus la juga dengan perlahan-lahan. Akuilah kebesaran Tuhan. Tingkatkan ketakwaan dan keimanan kita dengan perbuatan dan amal ibadat. Bukan dengan up status dipesbuk semata......itu belum dikira hebat. Bersyukur la atas segala nikmat pemberian Yang Maha Esa. Tanpa kasih sayang dan cinta DIA, kita bukanlah siapa2.

Jazakallah.


Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Iklan Young Heart Chinese New Year yang ohsem



Tinggal seminggu lagi rakan-rakan tionghoa aku nak sambut Chinese New Year. Macam biasa la.....setiap kali ada event2 besar dekat Malaysia ni, berlumba2 syarikat multinasional akan buat iklan bersempena sambutan tersebut. 


Nampaknya Petronas mendahului syarikat lain dalam iklan bersempena CNY ni. Korang dah tengok belum iklan CYN terkini dari Petronas?? Sejak zaman arwah Yasmin Ahmad lagi apa sahaja iklan yang dibuat Petronas berkenaan sambutan perayaan besar2 kat Malaysia ni memang ohsem dan awesome. Meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa siapa sahaja yang menontonnya.

Walaupun arwah Yasmin Ahmad dah tak ada lagi, namun kerja buat beliau masih diteruskan oleh Petronas. Kat bawah ni iklan CNY 2014 | young Heart dari Petronas. Taniah dan syabas buat team Petronas.


Walau bagaimanapun aku sedikit ralat bila menonton video iklan Petronas kali ni. Ada sedikit ketidaksesuaian moment pada tempoh masa 1.04 minit. Pengarah seperti nak buat  sedikit atmosphere of past pada video ni.....tapi elemen motorsikal Yamaha SS tu melintas seperti menganggu sedikit mood. Mungkin ianya terlepas pandang. Mungkin juga ada sebab2 ianya diadakan......hanya pengarah yang maklum tentang ni.

Apa pun, mesej yang hendak disampaikan melalui video iklan ini memang sangat2 awesome. Budaya masyarakat tionghoa yang baik sememang sentiasa dalam hati aku. Tempoh bersama mereka amat2 berharga buat aku.

Semoga gembira menyambut Chinese New Year buat seluruh warga Ban Foo dan seluruh sahabat aku yang berbangsa tionghoa.

Tahun ni masuk tahun ke-2 aku tak merasa angpau dan berkotak2 limau mandarin. Nampaknya kena pi kedai la lepas ni.....HeHeHe....(^__^)




Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Friday 24 January 2014

Tidur Cara Rasulullah | Mimbar Jumaat



Sekadar hiasan | Super kiut meow ni tidur kan?
Alhamdulillah.....usai sudah solat Jumaat untuk 22 Rabiuawal 1435. Tadi dengar khatib baca khutbah macam best jer. Tajuk dia 'Tidur Cara Rasulullah'. Semua orang tahu pasal tidur, tapi tak semua yang tahu cara tidur yang ohsem macam mana yang Rasululullah sarankan buat kita. 

Jadi, aku nak share rumours dari mimbar Jumaat dengan korang semua (terutama kaum hawa) yang tak berkesempatan nak dengar khutbah.

Macam mana nak dapatkan tidur yang berkualiti? Antara cara tidur mengikut Rasulullah saw ajarkan. Jom baca dan amalkan.

1. Berwudhu ketika akan tidur.
“Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan sholat.” (HR. Al-Bukhari No. 247 dan Muslim No. 2710)

2. Membaca doa akan tidur.
Rasulullah Muhammad saw jika mau tidur berdoa, “Bismika Allahumma Amut wa Ahyaa” (Dengan nama-Mu ya Allah aku mati dan hidup). Bila bangun tidur berdoa, “Alhamdulillahillaji ahyana ba’da maa ama tanaa wa ilayhinnusur.” (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami mati, dan kepada-Nya kami kembali.” (HR. Muslim) 

Al-Bara’ bin ‘Azib ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Muhammad saw bila berbaring di tempat tidurnya, beliau letakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, seraya berdoa: Robbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Robbi, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu)." (HR. At Tarmidzi)

3. Miring ke sebelah kanan.
Dari al-Barra` bin Azib, Rasulullah Muhammad saw pernah bersabda, "Apabila kamu hendak tidur,maka berwudhulah (dengan sempurna) seperti kamu berwudhu untuk shalat, kemudian berbaringlah di atas sisi tubuhmu yang kanan".

4. Meletakkan tangan di bawah pipi sebelah kanan
"Rasulullah Muhammad saw apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya." (HR. Abu Dawud no. 5045, At Tirmidzi No. 3395, Ibnu Majah No. 3877 dan Ibnu Hibban No. 2350)

5. Membaca surat surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas.
Aisyah ra. berkata: “Bila Rasulullah Muhammad saw berbaring di tempat tidurnya, beliau kumpulkan kedua telapak tangannya, lalu meniup keduanya dan dibaca pada keduanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua tangannya. Beliau mulai dari kepalanya, mukanya dan bagian depan dari badannya. Beliau lakukan hal ini sebanyak tiga kali.” (HR. At Tarmidzi)

6. Tidurlah di awal malam.
"Beliau saw tidur di awal malam dan menghidupkan akhir malam." (Mutafaq ’Alaih)

7. Tidak tidur dengan posisi telungkup.
"Sesungguhnya (posisi tidur tengkurap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla." (HR. Abu Dawud dengan sanad yang shohih)

8. Berdoa ketika bangun tidur.
“Rasulullah Muhammad saw jika mau tidur berdoa, “Bismika Allahumma Amut wa Ahyaa” (Dengan nama-Mu ya Allah aku mati dan hidup) Bila bangun tidur berdoa, “Alhamdulillahillaji ahyana ba’da maa ama tanaa wa ilayhinnusur.” (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami mati, dan kepada-Nya kami kembali).” (HR. Muslim)

9. Mengusap Bekas tidur.
"Maka bangunlah Rasulullah Muhammad saw dari tidurnya kemudian duduk sambil mengusap wajah dengan tangannya" (HR. Muslim No. 763 (182)

10. Beristinsyaq, beristintsaar dan bersiwak ketika bangun tidur.
Beristinsyaq dan beristintsaar adalah menghirup kemudian mengeluarkan atau menyemburkan kembali air dari hidung.

"Apabila Rasulullah Muhammad saw bangun malam membersihkan mulutnya dengan bersiwak." (HR. Al Bukhari No. 245 dan Muslim No. 255)


Sekadar hiasan | comei tak saya tidur?

Antara perkara yang perlu dielakkan sebelum korang masuk tidur. 

1- Elakkan tidur terlalu lama waktu siang.
Bila dah tidur terlalu banyak waktu siang. Mata menjadi segar bila waktu malam. Jadi sukar untuk melelapkan mata. 

2- Elakkan merokok sebelum tidur.
Jangan merokok adalah yang terbaik. Tapi jika korang smoker tegar ada eloknya korang jangan merokok sebelum tidur. Elakkan merokok sejam atau dua jam sebelum tidur. Ini bertujuan untuk merehatkan jantung korang tu dari bekerja menyedut asap kotor.

3- Elakkan minuman berkafien dan beralkohol sebelum tidur.
Air berkafien ni akan menyebabkan korang cerah mata. Akibatnya korang jadi payah nak tidur. Aku tiap2 malam kalau buat kerja memang tak terlepas dari air nescafe. Nampak gayanya aku kena kurangkan pengambilan air berkafien ni waktu malam lebih2 lagi bila lewat malam.

Air beralkohol pula boleh menyebabkan jantung berfungsi lebih dari kadar yang sepatutnya. Jadi, ia akan menyebabkan korang tak selesa untuk melelapkan mata. Yang ni aku tak biasa buat......mungkin yang dah terbiasa tu dia tahu la kot macam mana dia punya fiil bila teuk air setan ni sebelum tidur.

4- Elakkan makan dan minum terlalu banyak sebelum tidur.
Bila korang isi perut korang sarat dengan makanan dan minuman menyebabkan korang rasa sebu. Mula la nak berulang ke tandas. Akibatnya korang rasa tak selesa nak tidur lena. Kejap2 bangun ke tandas, buang segala muatan yang korang isi berlebihan.

5- Elakkan makan pil tidur.
Kalau tak boleh tidur jangan terlalu bergantung pada pil tidur. Ia hanya akan memudaratkan kesihatan jika menjadi ketagihan. Jadi, elakkan mengambil pil tidur untuk memaksa diri anda tidur. 

Keburukkan tak cukup tidur.
Banyak keburukan timbul jika korang tak tidur dan tidak punyai tidur yang berkualiti. Sebelum ni aku ada tulis tentang Lose sleep.....Lose your mind and health.

Kurang tidur yang cukup juga boleh menjejaskan tahap kerja korang. Mungkin korang akan lebih banyak buat taik mata ditempat kerja berbanding dengan kerja yang korang buat. 

Korang juga akan menjadi seorang yang mudah baran dan pemarah. Maklum la kan.....otak korang penat dan badan korang letih teramat...jadi korang tak boleh nak berfikir secara waras dan cantik. Akibatnya, tindakan korang nanti berada diluar kawalan manusia normal.

Kurang tidur juga menyebabkan wajah korang menjadi lebih tua dari usia sebenar korang? Well, korang rasa nak ke nampak tua sebelum tiba masanya?? HaHaHa.....(^__^)

Aku rasa cukup kot untuk kali ini. Ini bukan lagi rumours aku rasa...dah jadi macam jurnal pula.....HiHiHi.....Aku kalau dah menaip memang tak reti nak stop. Tapi, kalau takde idea....memang mati kutu depan keyboard.....HeHeHe..

Well, aku harap entri ni bermanfaat buat semua. Nak petua untuk kesihatan? Korang boleh klik link Petua dan Kesihatan

Jazakallah.




Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Kejang betis | Serius sakit!



Korang pernah tak mengalami cramps kat betis? Kekejangan atau sakit pada bahagia betis....Sape yang pernah rasa kejang betis ni memang tau la azab dia kan.....Dulu selalu gak aku kena cramps ni sebab terlalu aktif dalam sukan. Tapi awal pagi tadi dah masuk hari yang ke-3 aku kena kejang tang betis. 

Dua ari lepas kena dalam jam 4.22 pagi. Sedap2 duk lena tetiba terbangun sebab sakit dia memang tak boleh nak cerita. Sape pernah rasa memang tau la macam mana sakit duk ada.....Kelmarin pula kena masa tengah kusyuk solat subuh. Terhincut-hincut ke tempat kerja. Tak pasal2 aku yang kesakitan menjadi bahan....ada rakan2 sejawat cakap aku kena gout. Nauzubillah....lawak hampeh betul diorg....HaHaHa....Ada yang cadang aku minum air garam. Katanya ahsab kemenjadian cramps ni akibat kekurangan garam dalam badan.  Takpe ke aku minum air garam erk? Nanti kan sebab aku minum air garam, harga garam jadi  naik......ahaks3.....Takde la, aku gurau je la pasal harga garam naik tu. Korang kalau pasal naik memang geli geleman nak dengar erk? Bab turun tak pula korang nak puji-pujian sama diorg. Dengar ceghite suhu kat beberapa tempat kat Malaysia ni dah turun. Jadi.....sila la puji-pujian sama diaorg sebelum diaorg meminta-minta....HeHeHe....

Serius baq ang....azab wei......awal pagi tadi kena pula. Kejang betis, serius sakit...Tak pasal2 cancel outim sunrise kat Telok Kalong usai subuh tadi. Hatrik kena kejang betis ni....aduhaiiiiiiiiii....

Ini bukan betis aku mahupun betis neelofa

Dari apa yang aku baca......punca kekejangan otot betis yang aku alami tiga hari berturut-turut ni mungkin disebabkan oleh beberapa punca antaranya adalah dehidrasi, kekurangan unsur mineral seperti magnesium,potassium, calcium dan sodium, dan kurangnya pengaliran darah ke kaki akibat posisi kaki semasa tidur yang tidak baik dan juga terdedah kepada suhu yang sejuk dalam bilik juga menjadi salah satu faktor. 

Memang suhu sekarang ni sejuk gilos babas. Patut la otot betis aku asyik kejang je 3 hari ni. Lepas ni terpaksa la off kipas dan berselimut tebal bagai masa tidur. Kalau tak, berangkalian kemenjadian cramps tu berulang pasti ada. So, sediakan payung selimut sebelum tidur....HeHeHe...




Support us MansuhPBS



kredit photo: google


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Edit Photo Wedding



Mata dah layu....cuaca pula terasa dingin membeku. Sejuk yang amat sekarang ni. Memang terasa ketat mata dan tak sedap jiwa dibuatnya.

Tapi kerja masih menimbun lagi. Banyak yang perlu aku beresi dan santuni dengan cekal hati. Dah ini pilihan aku....jadi terima dan redha la seadanya. "Demi sesuap nasi", orang tua2 kata.

Masa ni masih dimeja kerja.....Masih lagi mengetuk papan kekunci......Masih lagi setia godek2 tetikus aku yang comei.....Masih lagi menyiapkan saki baki photo wedding yang perlu diediting. 


Macam aku bagitau dulu, nampak je jadi wedding photographer ni senang. Tapi hakikatnya susah lagi payah. Bukan sahaja tekan shutter. Balik rumah kena godek2 pula dekat adobe photoshop. Touch up mana yang perlu. Kasik edit cantik2...biar berbaloi client bayar dengan wang ringgit dia yang cantik2.

Ni pun take five kejap. Mata seakan2 dah berpinar. Dah tak boleh beza kaler2 yang ada. Jadi, sebelum aku merapu meraban edit ntahapa2 ada eloknya aku tak a break. Betul kan urat badan dan segala otot2 yang kejang.

Aku kalau bab mengatuk ni satu je ubat dia, Nescafe. Dia akan teman aku sentiasa bila aku sedang bekerja. Baik waktu siang mahupun tika malam merembang. tanpa dia tak mungkin aku mampu bertahan. Lembik mata beb!


Kena kerja kuat. Sesungguhnya, hanya orang yang kerja kuat akan berjaya. Ok la, aku nak sambung edit sikit lagi. Lepas tu nak sweet sleep. Nanti seawal jam lima dah nak keluar. Niat nak shoot sunrise dengan sahabat2 di unknow location. Akan diupdate next entri. Harap2 cuaca pagi esok ohsem. Insyallah.

To be continue....

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-


RON95 untuk mereka yang layak? | Sekadar pendapat.



Aku ada terbaca tentang RON95 yang di share oleh khalayak usai menikmati juadah makan malam tadi. Menarik juga topik RON95, rasanya ia boleh menenggelamkan populariti kangkung bila mana senarai akhir calon Anugerah Bintang paling Popular 2013 sudah pun dikeluarkan. 

Walaupun Zizan Razak telah mendominasi percalonan top 5. Namun dihati Rakyat terbanyak, kangkung tetap akan menjadi legem hot news 2014 dan legems untuk selamanya....Opppsssssss......melalut sudah aku. Itu la...itu ari tak buat entri pasal kangkung, tak pasal2 kang dah termasuk dalam entri RON95 ni pulak...choiiiiiiiiiii!

Ok...berbalik kepada persoalan pokok, RON95 kini seakan2 cuba mengugat populariti kangkung yang dipopularkan oleh incik PM........Opppppssssssssss.....Kangkung lagi.....Hmmmmmm....dah, kita lupakan pasal kangkung....tadi dinner makan nasi goreng kampung, kata kangkung dah murah....tapi batang kangkung dengan daun kangkung boleh kira dengan jari....hampagas betol tau!

Aku ada baca statment dari Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa RON95 akan hanya dijual kepada yang benar2 layak sahaja. Wowwwwwwww.....satu cadangan yang sangat2 baguih dari menteri pasola kelas A goment 1 Malaysia. Bermakna nanti, takda lagi la yang memandu Alphard.....gti Golf....BWM...Mercedes dan segala kuturunan kereta2 mewah dari diberi minum RON95. 

Tapikan, ada ke yang berkereta mewah sumbat RON95 dalam tangki minyak kereta diorang?? Kalau ada pun berapa kerat sangat kan? Jadi, relevan ke cadangan tersebut? Sedangkan wang negara yang tiris semakin membesar lobang dia? Yang tu ada tak kita amik cakna?? Laporan audit sahaja sudah la....gerun tengok angka2 yang tertera....Orang tak lulus matematik pun boleh celik angka...

YB Menteri kata, dengan cara itu akan dapat mengurangkan pembelajaan negara dan  segala subsidi kerajaan akan sampai kepada golongan sasar. Aku setuju apa jua nawaitu kerajaan yang baik2 sepertiamana yang YB Menteri kata katakan itu. Tapi, YB Menteri dan kerajaan sedar atau tidak.....selama ini pun kerajaan telah mewartakan RON95 tidak boleh dijual dan dibeli oleh warga asing (kenderaan berpendaftaran negara luar), 

Persoalan di sini, apa keberkesanan dia?? Aku masa kais pagi makan pagi, kais petang makan malam kat Johor tempohari secara nyata depan mata....kenderaan plate negara jiran selamba je isi RON95. So, pe cerita? Mana penguatkuasaan? Sekadar buat undang2 tapi tak ada penguatkuasaan takda guna juga. Ibaratnya kau tahu rokok itu bahaya, tapi asap kau tetap telan.....Hmmmmm.....Boleh ke aku buat perumpamaan cengitu erk??? Belasah je la erk.....masing2 ada akai, masing2 pakat la pakai.

Tapi aku sebenarnya dah dapat detect, melalui statement YB Menteri dalam berita yang disiarkan itu, berkemungkinan besar harga RON95 tak akan turun. Menurut portal berita tersebut "pendekatan itu antara lain sebagai usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan dasar harga baru itu dijangka berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini." -Tengku Adnan. 

Korang jelas tak dengan ayat YB Menteri ni?? Kalau korang nak lebih jelas lagi korang boleh baca dekat Astro Awani. Statement YB Menteri itu bertujuan untuk menghalalkan kenaikan untuk sekian kali lagi. Bagi aku la. Terpulang pada pemahaman dan penerimaan memasing. Pendapat aku subjektif dan bukannya mandatori. bagi aku, dengan cadangan YB Menteri cadangakan itu tetap tak relevan. Bukan pembasmi masalah kesempitan hidup yang  terpaksa rakyat tanggung sekarang ini secara total. Ia hanya indah diatas kertas dan manis mulut sahaja. Sekian dimaklumkan.

Tapi korang jangan bimbang. Dekat Malaysia ni bukan sahaja harga minyak naik......harga makanan naik...kos sara hidup naik.......tapi akan ada juga yang turun. Aku dengar salji bakal turun dekat Terengganu. Tapi tak tahu la sahih ke tidak story pasal salji ni. Jika benar, orang Terengganu juga la beruntungan. Dah la negeri paling kaya....berlambak dengan petrol. Lepas ni salji pula dijangka turun. Untung jadi warga Terengganu. Aku?? Aku cool jer apa pun.

Well, Ku Nan dah pun buat sambutan tahun baru secara besar-besaran dengan jayanya di Padang Merdeka tempohari dibawah agensi DBKL. Aku teringin juga mendengar kalau2 Ku Nan ada idea nak buat munajat dekat Padang Merdeka tu bagi mendapatkan rahmat Tuhan untuk kita semua. 

Apa pun....Syukur, Malaysia aman.

InsyaAllah



Support us MansuhPBS


kredit photo: google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.