Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday 22 November 2013

Permohonan Kemasukan ke Politeknik Sesi Disember 2013

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dengar sini semua orang kampung di laman sosial (muka buku, twitter, blog, whatsApp, Webchat etc).....Di sini ada pengumuman untuk sekalian rakyat jelata yang berkelayakan....Permohonan kemasukan ke politeknik KPM sesi Disember 2013 telah pun dibuka.


Kepada yang layak....yang ingin menyambung pengajian.....yang ingin membina kehidupan......korang boleh la terjah mana2  jabatan hal ehwal pelajar, politeknik yang terdekat dengan tempat kediaman korang untuk walk in (secara datang terus).

Jangan lupa bawa dokumen2 penting di bawah. Jika tidak, pihak politeknik tidak akan melayan hasrat murni korang itu.

1- Salinan keputusan SPM (bukan Sijil Perkahwinan Malaysia taw tapi Sijil Pelajaran Malaysia)
2- Salinan sijil Ko-kurikulum (Tingkatan  4 dan 5 yang telah disahkan)
3- Kad pengenalan dan salinan kad pengenalan.

Untuk makluman korang, penawaran adalah tertakluk kepada syarat kemasukan (rujuk laman sesawang politeknik di www.politeknik.edu.my) dan kekosongan program. Sebarang surat menyurat.....sms.....whatsapp....webchat dan sebagainya untuk tujuan mempengaruhi pemilihan adalah tidak akan dilayan. Hanya yang layak selayak layaknya sahaja akan terpilih.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Disember 2013. Pat pat siku lipat......siapa cepat, dia dapat. Jadi, jangan berlengah lagi....rebut la peluang yang terhidang.

Mohon jasa baik korang semua untuk menyebarluaskan peluang ini kepada adik beradik, saudara mara, kenalan, sahabat handai serta orang kampung sekalian. Boleh copypaste entri ini dan tepek la kat mana2 laman sosial yang berlambak duk ada tu untuk makluman dan kebaikan semua. 

Kepada anda yang berminat nak menyambung pengajian di politeknik boleh la terjah laju2 360km/j mulai sekarang.

Teruskan melayari blog Amir Aiman Akashah | Diari Seorang lelaki untuk kecerian hidup anda kini dan selamanya....HiHiHi.....(~___^)

Sekian. Harap maklum

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.