AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday, 16 November 2013

Home Sweet Home

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah....dah siap pun. Sikit punya lama nak boleh siap. Tapi berbaloi kesabaran yang dipertaruhkan. 



Kunci dah pun amik. Tapi tak boleh diduduki lagi. TNB buat kerja macam siput haram. Letrik tak masuk lagi.....CF pun belum dapat lagi...hmmmmmmmm....kena tunggu lagi la makna nye.....banyak lagi masa perlu terbuang sedangkan bayaran sudah pun dibuat pemotongan. 



Beli rumah ni tahun yang sudah2.....harga dalam RM130k. Rumah takde la besar mana, tapi harga besar gilos2......Bukan nak duduk pun, sekadar untuk buat eset dan jadikan harta peninggalan buat anak cucu esok2 (jika dunia belum kiamat). Zaman aku dah pun rega ratusan ribu, zaman anak cucu besok ntah berapa la rega gamaknya tokey rumah jual rumah yer?? 

Masa sembang dengan kontaruktor yang buat rumah ni, dia kata untung sebab dah beli (mana tak untungnya....duit masyukkkkkkkkk....HaHaHa...). Dia sambung lagi, rega untuk tahun ni bukan lagi RM130k tapi dah jadi RM180k. Mak aihhhhhhhh......laju kemain rega rumah naik. Aritu goment kata nak turunkan rega rumah......ke aku yang tersalah dengar atau sound aku dah mengalami otoforosis?? HaHaHa....

Terkezut juga la aku kejap lepas dia cakap macam gitu, terfikir juga aku.....jika orang yang kerja kuli macam aku ni pun semput nak memilik sebuah rumah idaman kediaman apatah lagi mereka2 diluar sana yang masih terkial2 mencari kerja dan tak berkerjaya nak memilik rumah sendiri. Survive hidup pun haru macam mana la nak miliki rumah idaman kalbu jika rega rumah dah cecah ratusan ribu.

Tapi.....rega rumah kat kelantan dan Terengganu better lagi la kalau nak dibandingkan dengan negeri Johor. Masa aku duduk Johor dulu memang berair mata darah tengok rega sesebuah rumah. Ramai kawan2 kat Johor bangga banyak rumah besar2 kat sana, tapi sayang.....bukan semua bangsa aku pun yang mampu beli dan mendiami.

Rumah mahal.....jangan beli rumah.....duduk reban ayam...Gitu???

Syukur......Malaysia aman.

Jazakallah.


Korang terperasan tak apa yang peliknya pada gambar ni????
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

  1. Alhamdulillah, tahniah dah ada aset baru!
    Pelik? Ada wayar elektrik depan pagar rumah kan?

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.