AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday, 12 October 2013

Waze Outsmarting Traffic memang ohsem

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tadi siang on the way ke Kuantan Parade. Bawa kroni shoping dan makan angin. Walaupun dah banyak kali pergi sana tapi tetap juga akan melilau atas jalan buang masa dan ringgit malaysia. Tambah pula sekarang ni jalan sekitar bandar Kuantan dah menjadi sehala dan bukan lagi dua hala. Kalau tak biasa memang sakit kepala dibuatnya. Tempat yang nak dituju dekat, tapi jadi jauh sebab sesat.



Alhamdulillah, dengan waze outsmarting traffic segala keketatan perasaan diatas jalan bagai terbang di awan. Sebelum ni pi Kuantan ada juga guna waze tapi sistem jalan yang terkini satelit tak updates lagi, stay guna yang lama......kacau bilau sekejap jiwa. Hari ni perjalanan cool dan smooth, satelit dah updates dia punya sistem jalan. 


Main taruk cengitu je hp coz blom beli lagi tempat letak hp yang ohsem itu.
Maklum la kan, kereta baru... (~_^)
Walaupun kenderaan banyak atas jalan, lancar je perjalanan ke Kuantan tadi. Ramai khalayak yang dah start bercuti, balik kampung untuk meraikan hari raya korban yang bakal menjelma tak lama lagi. Well, dengan waze masalah kesesatan dan kesesakan sebelum2  ni dapat ditangani dengan izin Allah swt. Alhamdulillah...Opsss......sila jangan tiru aksi snap di atas tanpa pengawasan pakar....HeHeHe...


tempat letak hp yg macam mana ohsem erk?
ingat nak beli la satu nanti, senang nak skodeng waze masa tgh drive
Berbaloi juga la guna waze ni, info dia marbeles. Kat mana jalan jem dia updates, tadi pun masa sampai Jalan Ubi trafik sesak, waze suruh abg long guna jalan alternatif melalui Bukit Bay Route. Jalan yang sesak tu kaler merah, jadi untuk elak memasuki jalan berwarna merah waze suruh abg long belok kanan follow jalan kaler purple. 

Alhamdulillah, tak sampai 5 minit sampai tempat yang nak dituju. Masa dan minyak jimat, perasaan atas jalan pun tak mengalami keketatan......tiba tadi dapat la shoping sakan dengan tenang. 

Raya puasa tak shoping mana, datang raya korban ni memang rasa macam nak raya tahap gaban....HiHiHi...

Ingat lepas shoping tadi nak berburu matahari terbenam kat Pantai Tembeling, tapi lupa pula nak bawa kumira murahan. Tang ni memang takde rezeki tadi.

Korang yang ada gajet mahai2 tu ada eloknya install sistem waze outsmarting traffic ke dalam smartphone korang tu. Cara nak install dan daftar korang boleh tekan SINI

Ok la, selamat mencuba bagi yang baru nak mencuba. Korang yang dah ada aplikasi mende alah waze ni mesti dah ada pengalaman menggunakannya bukan? 

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.