Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday 10 September 2013

Tips menghadapi peperiksaan | Sebelum-Semasa-Selepas

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Well, apa yang dinanti telah pun tiba. Nak menghalang sememangnya tiada siapa terdaya, melainkan kuasa Allah swt yang menjadi penentunya.

Setelah bertahun2 menimba dan mengali ilmu maka sudah tiba masanya untuk mereka2 yang bergelar student mencabar diri.....memerah minda dalam membajak cabaran yang terbentang demi menuai kejayaan.

Ok la, malas nak melarat pepanjang....ini bukan entri merapu-meraban macam selalu, ini entri good2 wa cakap sama lu (pengaruh KL gangster 2)....HeHeHe...

Well, abg long ada sedikit tips untuk dan ketika menghadapi pekse. Jika angpa yang terjah sini adalah student, boleh amik pakai tips ni...kepada ibu bapa yang ada anak nak pekse kena try resepi ni. 

Jangan bimbang, dijamin HALAL. Walaupun semuanya ketentuan Tuhan.....namun usaha perlu dilipat gandakan untuk gapai kejayaan. 


Sebelum Peperiksaan 
  1. Jangan tinggal solat WAJIB. Perbanyakan solat hajat. Lakukan rutin solat hajat setiap hari setiap masa sehingga result keluar. InshaAllah.....kemungkinan ia akan berlanjutan walaupun selepas waktu result dah keluar.
  2. Jangan derhaka kepada ibu dan bapa serta guru. Mohon restu dari mereka. Restu mereka untuk kejayaan anda mahal maha benar.
  3. Deactive segala laman sosial yang boleh menjadikan anda lagho sehingga tumpuan terhadap pekse terganggu.
  4. Jangan tidur lewat. Pastikan waktu tidur tak lebih dari pukul 12 tengah malam. Ingat, otak kita perlukan rehat yang secukup rasa.  Otak perlukan oksigen untuk refresh segala yang telah di'absorb' untuk hari esok.
  5. Pastikan permakanan anda dalam keadaan terbaik. Makan makanan yang dapat meningkatkan metabolisme otak anda seperti buat tamar, kismi, air zam-zam .....pendek kata sila makan makanan yang berkhasiat.
  6. Pastikan peralatan dan dokumen untuk masuk ke dewan pekse telah disetup dan bersiap siaga dalam keadaan terbaik.
  7. Bangun solat subuh. Kalau boleh bangun awal dari kebiasaan, buat solat hajat. Solat hajat dan berdoa supaya semoga Allah tenangkan hati serta lapangkan fikiran supaya anda dapat menjawab soalan dengan mudah tanpa rasa ragu serta was2. 
  8. Ambil sarapan yang bersederhana. Jangan makan ikut nafsu, nanti lesu. Jangan makan lebih kurang dan terlebih banyak makan.
  9. Semasa hendak keluar rumah mohon restu dari ibu dan bapa. Santunilah kedua ibu bapa anda.  Mulakan langkah dengan langkahan kaki kanan. Baca surah Al-fatihah, empat qul dan ayatul qursi untuk menghilangkan nebes. 
  10. Semasa dalam perjalanan, banyak kan berzikir dan mengingati Allah swt. Elakan mengingat bf/gf atau benda2 yang tak mendatangkan faedah dan dividen.
Semasa Peperiksaan
  1. Setengah jam sebelum masuk dewan pekse jangan baca buku. Nanti anda akan berasa panik dan kelam kelibut. Huru-hara nanti anda nak menjawab kertas pekse. Usah biarkan diri anda diselubungi keliru. 
  2. Jika nak baca juga, sila keluarkan nota ringkas atau peta minda yang telah anda bikin sebelum ni. Baca sahaja nota ringkas tersebut. Tapi, seelok-eloknya di 'waktu kritikal' sedemikian anda menenangkan diri dan mententeramkan hati. Itu lebih baik.
  3. Masuk ke dewan dengan langkah kanan. Baca ayatul kursi, al-fatihah serta doa supaya hilang darah gemuruh.
  4. Semak semua soalan sekali lalu dari awal sampai habis untuk menghilangkan rasa nebes dan memberi sedikit idea untuk menjawab. Masa semak, bila idea atau formula datang, laju2 360km/j jog down dulu dekat page tu.
  5. Garis kata kunci soklan yang ditanya. Ini untuk elakkan anda keliru, terutama bagi soklan yang berfakta.
  6. Andai kata anda blank untuk satu-satu soalan itu, cepat-cepat tinggalkan dan teruskan dengan soalan seterusnya. jangan jadi 'pungguk' kat soklan tersebut. Time management mesti smart! 
  7. Bagi kertas objektif, setelah yakin itu adalah jawapan bagi soklan tersebut terus tanda jawapan pada kertas jawapan . Jangan tunggu nak tanda diakhir masa. Nanti kelam kelibut jadinya. 
  8. Sekiranya perlu memanggil pengawas peperiksaan, angkat tangan belah kiri, tangan kanan teruskan menulis. Jangan tunggu sampai pengawas peperiksaan datang. Sesungguhnya masa itu emas!.
  9. Lakukan semakan sebelum menghantar kertas pekse. Tapi ingat, jangan kelirukan diri sendiri. Jika rasa keliru dengan jawapan semasa menyemak, pilih la jawapan yang pertama anda tanda. Jika memang jawapan 1st tu salah, padam dengan bersih dan tanda jawapan baru yang betul.
Selepas Peperiksaan
  1. Jangan bincang dengan rakan soklan yang telah anda duduki pada hari tersebut.   Abg long tahu, ini memang habit. Nak semak tunggu sampai semua paper done. Rakan2 anda bukan pemeriksa kertas pekse dan ia bertujuan untuk elak anda dari motivate break down. Seeloknya anda bagi tumpuan pada kertas yang seterusnya jika ada.
  2. Teruskan mengerjakan solat hajat. Mohon dan berdoa kepadaNYA agar dilembutkan orang yang memeriksa kertas jawapan anda. Biar mood pemeriksa kertas anda sentiasa dalam keadaan baik dan comei. Supaya pemeriksa kertas anda itu bermurah hati.
  3. Tawakkal.

Well, ini sahaja tips yang dapat abg long kongsikan. Harap2 ianya berguna dan bermanfaat kepada semua.

Mungkin pengalaman dan idea kita berbeda. Kepada yang nak share pengalaman menghadapi peperiksaan boleh la tinggalkan idea diruangan komen yang tersedia.



Kejayaan bukan hak milik tetap orang yang pandai, tetapi ia milik orang yang berusahaSelamat maju jaya buat semua. 

Jazakallah



kredit photo: lebai google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

3 comments:

  1. Terima kasih pos awk bnyk mmbntu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesama...semoga kita semua beroleh manfaat darinya dan mendapat rehda Dia

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.