Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 7 September 2013

Jika dah bukan rezeki

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Banyak betul urusan hari ini yang tergendala. Dari awal subuh sampai la bawa ke malam....semuanya bagaikan kurang bernasib baik....tulis entri ni pun macam tak bersemangat, mungkin sebab badan penat. 

Walau bagaimanapun nak juga tulis entri ni....saja nak mencabar minda dan melanggar 'petua'

Balik dari kuantan pun dah lewat.....nak godek2 blog macam segan silu pula....just blogwalking je kat blog rerakan, baca entri terkini dari depa....mana tahu kot2 dapat sedikit idea. Hmmmm......idea macam takde juga, tak tahu apa nak dicerita....last2 godek hardisk, edit gambaq apa yang ada. Nak tengok gambaq apa yang abg long edit angpa boleh klik SINI.

Pergi kuantan sebab nak hantar baby lens kat Canon center.....tapi sadis coz masa sampai kuantan petang tadi melilau cari bangunan tu sehingga banyak masa terbuang.....masa jumpa bangunan tersebut masa dah tamat....pejabat Canon center dah terkunci rapat....Memang satu kerja yang sia2 je rasa.....

Sayang baq ang dengan mende alah ni....tanpa dia hidup abg long sebagai tukang gambaq tak bermakna...persembahan yang dia bagi tak pernah mengecewakan...memang ohsem dalam kategorinya..



Ntah macam mana boleh terlucut dari strap.....jatuh mencium lantai bersekali dengan kumira. Sadis...betul2 sadis.....mungkin kecuaian abg long juga, tak pastikan strap tu terikat kemas dengan body kumira.....mahai gak mende alah ni, bukan dua posen atau dua kupang...tapi beriban2....sabaq je la...tak sempat nak shoot gambaq Dato' Hajjah Sarimah banyak2 (pasal Dato' Hajjah Sarimah ni nanti abg long story lain kali) masa pi event beliau kat RTC, Kota Bharu tempohari.

Dah la tak sempat nak berurusan dengan pihak Canon, niat nak bersunset di Tembeling juga terpaksa dibatalkan petang tadi.....Hujan lebat mencurah2 kat Kuantan. Hari jumaat ni hari yang kurang rezeki buat abg long. Semua urusan tergendala. Jika dah bukan rezeki apalagi nak di kata....redha itu cantik..

Maybe ada hikmah atas ketidaklancaran plan yang telah dibuat....husnuzon...Lepas ni kena plan baguih2.....kena setup lawa2......orang kata pengurusan masa yang bijaksana akan beroleh keputusan yang ohsem gila. 

Angpa nak tengok hasil persembahan dari lens Canon 50mm f1.4? Abg long up esok2 la erk...hmmmmm.....nak tengok juga? ok, angpa klik je link tulisan kaler BIRU. Itu baru guna yang f1.4 belum lagi guna yang f1.2, result lagi gempaq.

Ketat serembrum bila memikirkan akan dia. Bukan November dan Disember nanti banyak event yang perlukan dia beraksi. Kalau dia takde memang sanggap rasa jiwa ni. Harap2 tak lama dia masuk icu nanti.

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.