AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday, 27 September 2013

Isteri Mat Yo tak patut mohon maaf pada seluruh rakyat Malaysia

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Adakah kes video hot isteri Wak Yo dengan pengawal keselamatan itu bakal merencatkan kelincahan Wak Yo di padang dalam kempen piala Malaysia nanti? Nantikan perlawanan suku akhir malam esok antara JDT vs TRW.  [iklan tak berbayar]
Bak kata orang2 lama, "fikir dulu sebelum buang".....Oppssssssss....silap, "sebab santan pulut binasa, sebab mulut badan binasa" sebetulnya. 

Sebelum kita buat sesuatu perkara tu fikir dulu, timbang dulu baik buruknya. Tak semua manusia sempurna tapi tak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan. Apa yang dah berlaku tu ada hikmahnya, DIA bagi sesuatu ujian tu bukan saja suka2....bukan untuk menaniaya hambanya.

Bagi abg long, memang wajar la isteri Mat Wak Yo memohon maaf atas sikap terlampau beliau tu. Tapi, jika baca statement pemohonan maaf beliau tu abg long rasa janggal dan pelik pula. Bagi abg long beliau tak sepatutnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Yang sepatutnya beliau mohon maaf adalah pada pakcik Azman pegawal keselamatan yang beliau hina dan terajang celah kangkang tu. Itu yang sebetulnya.

Beliau kata beliau juga tahu menghormati orang tua memandangkan beliau pernah kehilangan ayah ketika berumur 12 tahun lagi (abg long bersimpati dengan kenyataan ini dan takziah diucapkan buat beliau). Tapi, apa yang wujud dalam video hot itu tidak mengambarkan apa yang diperkatakan. Bagi abg long, kenyataan tersebut tidak lain tidak bukan semata2 bertujuan reverse psikologi dan simpati.

Maaf cakap, ramai lagi yang kehilangan ibu bapa namun masih tetap pandai dan reti menghormati orang tua. Yang kes beliau memanggil seseorang 'anjing' itu apa pula? Adakah itu berpunca dari orang lain juga bukan dari diri beliau sendiri? Baca SINI kes 'anjing' itu.

Isteri Wak Yo juga kata beliau tak terlintas nak menyaman pengawal keselamatan terbabit dan tak tahu pun tentang peguam yang dilantik........Statement apakah ini?? Beliau tak tahu atau buat2 tak tahu? Mana mungkin peguam itu sesuka suki pankreas melantik diri sendiri tanpa memaklumkan kepada beliau dan meminta persetujuan terlebih dahulu.....Jika ini benar maka incik peguam itu boleh diibaratkan lebih sudu, seduk...sudip dari kuah. Kalau abg long jadi incik peguam itu, abg long akan lari laju2 360km/j lalu terjun lombong....HeHeHe...

Well, bagi abg long yang cetek ilmu undang2 ni apa yang patut isteri Wak Yo ni buat ialah menarik balik laporan polis terhadap pakcik Azman serta memohon maaf kepada pakcik Azman dan bukannya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Bukan susah pun nak cari pakcik Azman ni, dah tahu mana tempat beliau cari rezeki kan?

Well, Allah swt buka aib kita mungkin ada sebabnya.....Mungkin Dia rindu nak dengar suara kita hambanya dalam setiap titipan doa. Husnuzon!

Pesan untuk diri, pesan buat semua.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.