AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday, 7 August 2013

Sistem waze - 'Agenda sulit' di Kuantan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Baru berkesempatan untuk buka blog dan laman2 yang sewaktu dengannya. Nampaknya tak ramai sahabat2 blogger yang updates blog memasing, maybe kesuntukan masa berkejaran pulang ke kampung halaman untuk meraikan syawal yang bakal tiba. Mungkin juga sesetengahnya tengah sibuk menyediakan persiapan untuk berhari raya.

Siang tadi meneruskan agenda sulit sepertimana yang telah dirancang sebelum ini. Pepagi lagi dah kayuh ke Kuantan.

Trafik 'geli-geli' je sekitar bandar Kuantan tadi.  Alhamdulillah, tak la sesak sangat. Namun semak jiwa juga la coz terjahan ke Kuantan kali ni bikin sikit pening, jalan dia dah banyak berubah. Semua dah jadi sehala.

Tadi guna bantuan gps Waze 'Outsmarting Traffic, Together' pun melilau ntah ke mana. Sebelum ni ke Kolumpo-Selangor mana guna sistem gps Waze ni ok jer, maybe sistem gps masih belum upgrade lagi kat Kuantan tadi, sedang jalan dah berubah sakan. Pusing2 'makan angin' sampai pening serembrum dibuatnya. Last2 main aci terjah je, nasib baik jumpe tempat yang nak dituju. 


waze 'Outsmarting Traffic, Together'
Sebelum ni memang tak amik pot pun pasal gps ni kalau nak kayuh tempat2 jauh dan baru, sesat pun cool je. Tapi setelah disarankan oleh seorang rakan masa kayuhan ke Selangor aritu abg long install la sistem ni. 

"Sampai bila nak sesat dalam perjalanan?", tanya beliau masa kita orang tengah layan hi-tea dekat sebuah restoran ditasik Shah Alam. 

"Sesat dijalanan tidak mengapa bro, jangan sesat dalam kehidupan....haru hidup," jawab abg long cover malu alah atas saranan dia....HiHiHi...

Sebenarnya memang betul apa yang sahabat abg long bagitau tu, dah teknologi ada rugi la kan kalau tak digunakan. Lagipun masa nak pi jumpa dia aritu sikit punya dekat dia punya pejabat dengan lokasi titik mula abg long nak bergerak, tapi ntah macam mana sesat lagi menyesatkan, perjalanan yang makan masa setengah jam waktu Malaysia jadi berjam-jam lamanya. 

Akhirnya dia amik hp abg long, pantas dia install sistem wase macam gambar kat atas tu. Sampai sekarang kalau nak terjah tempat yang tak penah abg long sampai abg long akan guna sistem wase ni sebagai alat bantu arah pemanduan. Cuma arini je dekat Kuantan sistem ni jadi 'huru-hara' sikit. Sistem gps wase belum diupgrade dengan sistem jalan yang baru.

Jadi, kemajuan daan teknologi yang dicipta oleh barat ni boleh je kita ambil dan guna kan, cuma 'kesesatannya' jangan sesekali kita ikut. Betul tak? Tapi, Kalau tengok keadaan sekarang, terutamanya muda mudi kita dah boleh agak macam mana, walaupun tak semua tapi ramai yang follow 'kesesatannya'.

Ok la, panjang lebar pulak cerita pasal sistem wase ni. Niat sebenar nak cite pasal agenda sulit....hmmmmm.....nanti abg long cite pasal ni. Abg long nak kemas dan setting peralatan nak berburu pagi esok sat. Takut ada yang tak lengkap....haru pula kat lokasi nanti.

waze 'Outsmarting Traffic, Together'.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.