Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 1 August 2013

Persiapan Hari Raya

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pecutan terakhir ni abg long tengok orang kita betul2 sibuk yang amat. Sibuk peringkat dewataraya tahap 28.

Alhamdulillah......Walaupun sekarang dah terperosok jauh di kawasan pedalaman disebuah ladang namun abg long dapat juga merasai pengkongsian kesibukan orang kita kala pecutan 10 malam terakhir dah semakin mendekati garis penamat.

Kalau pat lima tujuh tahun sudah boleh tengok dengan kornea, sekarang pun tetap sama. Cuma keadaannya sahaja berbeda. Apa tidaknya, berkoyan yang post kat dinding-dinding 'peratapan' apa aktiviti mereka lewat pecutan 10 malam terakhir ini.....Zaman dah moden beb.....macam2 jejaring sosial duk ada....macam2 benda boleh tengok dan baca.....

Tiap tahun terbelakang ini pun memang 10 malam terakhir la orang kita paling sibuk, sibuk terjah pasaraya nak cari dan buat persiapan beraya untuk sambut 1 Syawal yang bakal menjelma tiba. 

Cerita pasal persiapan raya, abg long tahun ni beraya ala kadar je.......Saja je tahun ni ubah angin untuk berwasatiah.....Semata nak menyahut seruan PM kesayangan 46 peratus rakyat Malaysia supaya rakyat mengubah cara hidup mereka. 

Raya tahun ni selai baju raya pun tak beli lagi. Baju melayu takde, baju tshirt pun takde. Tak tahu apa yang nak dibeli dan tak tahu apa yang nak dipakai nanti. Nak pilih pakaian pun bukan main susah kan? Apa lagi nak pilih pasangan......HiHiHi.....Takpe la, lagi pun raya ni sebetulnya meriahnya untuk-masa budak2 jer.....Dah tua bangka tahap senja ni pakai aje la mana yang ada. Bukan kedekut, cuma berjimat.....nak ubah gaya hidup kan.

Well, apa yang penting dihari kemenangan nanti abg long dapat rasa kemenangan yang betul2. Baru syoknya raya.....betul tak? HaHaHa....


7 pasang baju melayu duk menanti nak dipakai lebaran nanti. Cukup la kot untuk gilir tiap hari selama 7 hari seminggu raya...

Semua baju ni baju raya lama. Baju raya yang tahun...tahun....tahun...dan tahun2 yang sudah, yang masih duk molek boleh pakai lagi. Jadi, tak perlu kot abg long nak membazir ikut setan lahanatullah. Cuma kalau problem duk ada pun maybe seluar je tak boleh pakai, maklum la kan....sejak jadi makhluk malas bersenam ni banyak lemak degil yang bersoladariti diperut....ahaks3...



Tadaaaaaaaaaaaaaaa.......Ni la sebahagian koleksi baju melayu a.k.a raya abg long. Yang kaler pich spesis malu alah, jadi beliau takde dalam gambar. Well, dah boleh kot nak gilir beraya sakan nanti. Semuanya masih avaiable taw......angpa ada??

Bagaimana persiapan raya angpa? Tentu gempaq giler kan? kan? kan?

Well, persiapan raya.....persiapan raya juga, tapi pecutan 10 malam terakhir jangan kita alpa. Pecutan 10 malam terakhir ini la nanti akan meletakkan 'kemenangan' kita di level mana.

Teringat pesan seorang ustaz, "orang awam bergembira dengan datangnya Syawal manakala ahli ibadah bersedih dengan perginya Ramadhan.."

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.....Selamat beramal.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.