Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday 11 August 2013

Jubakar 3 Syawal.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, dah masuk 4 Syawal hari ni. Masih dalam mood beraya lagi walaupun ada dah yang beransur2 bergerak balik ke destinasi mencari rezeki. 

Kepada yang nak bertolak balik tu hati2 dijalan raya, pandu cermat ingat la hutang bank kereta belum abis bayar lagi......HiHiHi...

Sepatutnya entri ni publish semalam.....sebab tenet running macam siput sedut dan keletisang yang amat sangat maka malas nak melayan blog dan online bagai...Tidur layan sweet dream lagi mantap....HaHaHa...

3 Syawal semalam usai solat subuh berjemaah dah terpacak kat Jubakar Pantai, Tumpat. Berburu bersama-sama rakan photographer dari serata pelusuk bumi Malaysia. 

Walaupun moment tak menjadi mana namun tetap happy dan ceria coz dapat bersua mata. Alhamdulillah....ukhuwah yang sebelum ni terjalin di muka buku diteruskan di dunia nyata. 


Photo group untuk kenang-kenangan
Foto Kredit: Abg Asmadi 
Dengan outing santai raya ni dapat la abg long sedut ilmu berphotog dari mereka masta2 dan legems dalam dunia photog Malaysia. Mereka memang ohsem.....Landscaper sejati yang berhati tulus suci....

Lepas berburu pakat reramai lepak kedai, berborak sambil berbagi ilmu dan pengalaman. Ternyata hobi dapat menyatukan dan mengeratkan siratulrahim. Memang beruntungan abg long yang kubis cap plasta serta 'mentah' dalam dunia photog ni dapat kenal serta bersama masta2 dan legems photog seperti mereka.


Sebahagian geng photog yang sempat beraya bersama di Jubakar Pantai

Kalau dapat bersua mata dengan rakan2 blogger bersempena raya ni best juga.....Hmmmm......Ada ke blogger2 yang balik beraya kat Kelantan??? 

Kat bawah ni sedikit hasil karya 3 Syawal 1434H yang tak seberapa dari abg long yang masih hingus ijau dalam dunia photography ni. Segala kritikan dan komen amat dialu-alukan. Macam biasa, angpa boleh klik tang gambar untuk tumbesarannya.





Kepada yang sudi singgah sini terima kasih dan selamat HARI RAYA AIDILFITRI. Meh la singgah teratak bonda ayahanda abg long kat Ketereh ni. Kuih raya banyak lagi.....duit raya? soriiiiiiiiiiii......HiHiHi...

Sejak mengalas kumira ditengkuk ni dah ramai orang abg long kenal......dah banyak ilmu abg long belajar......dah banyak tempat juga abg long redah......Alhamdulillah, selagi niat abg long berukhuwah fillah mudah-mudahan 'moment' berukhuwah akan selalu indah.

Jazakallah.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.