AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday, 26 August 2013

Israel rampas Al-Aqsa

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Angpa dah baca akhbar Sinar Harian edisi hari ni? Kalau belum baca ada eloknya angpa pi beli baca. 

Tengok cover depan surat khabar tersebut hari ni buat meremang bulu roma satu badan. Bukan ada tanda soal pun belakang tajuk utama akhbar tersebut.....tapi semacam ayat penegasan dan ayat penyata...

Kalau angpa yang baca dan tengok tak tahu la abg long apa angpa rasa, tapi abg long memang meremang segala bulu yang duk ada....

Jika benar, maka hampir la kita dengan kiamat (Hari Pembalasan)...hanya menunggu kehancuran masjid ini......salah satu tanda-tanda akan berlakunya kiamat adalah kehancuran Masjid Aqsa...Maka benarlah janji Allah SWT...

Well, apa orang Islam buat bila tersebarnya berita ini? Apa tindakan pemimpin2 Islam seluruhnya bilamana Masjid Aqsa masjid ke-3 suci bagi umat Islam ini dinoda dan dilacur oleh zionis yahudi lanatullah sesuka hati?

Benar la apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw kepada sahabat2 baginda yang sangat popular untuk melambang dan mengibaratkan umat Islam dan pemimpin2 umat Islam yang ada pada hari ini...

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama." 

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" 

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Tengok sahaja apa yang ada di negara kita, bani melayu dan umat Islam tak habis2 disajikan dengan hiburan menipu daya sehingga lupa dan alpa dengan tanggungjawab terhadap agama dan saudara muslim mereka.

Dah kerajaan tak sedar, kena diri sendiri la sedar......kalau dua-dua tak sedar dan hanyut dengan fitnah dunia apa yang nak di bawa ke 'sana' untuk berjumpa dengan DIA.....tepuk dada, tanya iman kita.

Jangan di tanya selera, kalau tanya selera memang jahanam la jawabnya.

Pesan pada diri, pesan buat semua.

Jazakallah.


kredit photo: Sumber


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.