Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday 2 August 2013

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un! Lucut nafas ketika bersujud.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN.....Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali.

Baru berkesempatan online muka buku tadi. Tak lama mana, lepas tu terjah maksud berita tentang kematian seorang tok siak masjid di Selangor. Ramai juga la sahabat photog yang share berita sedih tersebut. Dekat wall fanpages Heliza Helmi pun ada juga berita tentang ini.

Kejadian benar dan sangat menyentuh perasaan...bukan lakonan dan bukan rekaan, hamba Allah ini diberikan keistimewaan yang sukar diperolehi oleh hamba-Nya yang lain. Berlaku awal petang 1 Ogos, di Kajang, Selangor. 

Hamba Allah ini menyahut seruan Illahi dan menghembuskan nafas terakhirnya semasa sedang sujud sembahyang sunat zohor......subhanallah....

Arwahyarham ayahanda Ruslan Ishak diberitakan meninggal dunia ketika sedang sujud solat sunat Zohor di surau siak Desa Surada Bangi. 

Cuba renung dan berfikir sejenak, bertapa beruntungannya arwahyarham......ketika  roh terlucut dan terpisah dari jasad arwaryarham dalam keadaan berwudhu, bersolat, di dalam surau, di bulan Ramadhan, di 10 akhir ramadhan......Allah Allah Allah.....Semoga Kita di dijemput Allah swt dalam Husnul Khotimah. InshaAllah....

Bagaimanakah hubungan arwahyarham dengan Allah swt sampai begini istimewa sekali cara beliau dijemput pulang?. Dan layakkah kita untuk seperti 'pulang' seperti beliau?

Gambar ehsan Heliza Hilmi
Sesungguhnya ajal dan maut itu rahsia Allah swt. Sebab tu, diakhir solat kita disaran selalu mohon dengan Tuhan agar dimatikan dalam keadaan yang baik dan tidak aib. Alangkah indah dan beruntungannya kita jika kita semua dijemput pulang dengan cara sedemikian.

Tragedi yang menimpa abg long baru2 ni betul2 menginsafkan diri. Bila dengar cerita tentang awryarham yang 'pulang' dengan cara begini lagi la terkesan dimerah sekeping hati, betapa Alalh itu Maha Berkuasa ke atas kita dan segala kehidupan yang berada dilangit dan juga dibumi. 

Teringat pesan seorang tua"Hidup kita ini ibarat buah....sampai masa akan gugur ke tanah. Tak kira la buah yang tua atau putik muda. Kalau dah sampai ajal tu, tak kira tua muda. Sesaat pun tidak sempat bertangguh, sebab tu kita di tuntut beribadat bersungguh2."

Mudah-mudahan urusan 'kepulangan' kita juga dipermudahkan dan tidak mengaibkan.

Al-fatihah untuk arwahyarham ayahanda Ruslan Ishak, saudara mara kita serta warga muslim yang telah terlebih dahulu pulang. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Ilahi. 

Al-fatihah....
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.