AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday, 7 August 2013

Iftar bersama Geng DSLR Shooter Crew Kemaman

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tak boleh nak lena dengan aman lagi di pagi yang semakin 'tua' usianya ni.....Perut masih meragam.....berdangdut.....berdondang sayang.....Hmmmmm.....Jadi, layan je la entri ntah apa2 ni. *Sepatutnya publish dua ari lepas tapi terpaksa hold dulu atas kemudaratan dan kemashalatan kesihatan diri.

Cerita beberapa ari yang lepas (20130804)......

Plan beriftar seawal Ramadhan menjenguk dunia tapi last2 baru dapat merealisasikannya. Betul la apa yang selalu orang kata, "kita hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan". Jadi, siapa kita nak melawan hukum Tuhan kan?

Namun, syukur pada DIA....benda yang baik untuk hamba-hambanya mana mungkin DIA nak hadang. Akhirnya dapat juga we all famili DSLR Shooter Crew beriftar bersama-sama walaupun tersasar dari penjadualan asal. 

Yang bestnye, dalam kesulitan perut dilanda cirit dan cuti sakit abg long dapat gak meraikan majlis yang barakah ni.......Walaupun majlis diadakan secara santai dan main bantai tapi tetap meriah bagai.....*sebab tu perlunya kita husnuzon kepada Allah....

Tahun ke-2 menyambut pose di Kemaman ni la 1st time berbuka pose di Padang Astaka, Kemaman. 1st time berbuka dipadang terbuka sambil bersila diatas rerumput menghijau.

Bukan sahaja famili DSLR Shooter Crew sahaja berbuka pose di sini tapi seluruh warga bandar Chukai Kemaman serta warga disekitarnya juga turut berbuka pose memeriahkan suasana. *Sebelum ni dengar cite Padang MPK Kuantan sangat meriah bila tiba bulan pose, rupanya kat sini pun super duper meriah juga.

Angpa tengok la gambar2 kat bawah ni, gambar guna hp cap ayam je ni......Malas nak ngedit. Tak larat sangat2, bukan sebab mengantuk tapi sebab sakit perut. Macam bese klik tang gambar untuk tidak menyeksakan kornea angpa. Harap maklum.


Tengah menanti laungan merdu azan maghrib
Kawasan yang di 'parking' dan yang masih mencari 'parking'
Menunggu dengan sabar....sambil2 bersosial di laman maya.
"We are Famili".....DSLR Shooter Crew macam bese la....cool and steady tak kira masa tak kira di mana. Yang penting hepi.....Semoga ukhuwah fillah hingga ke jannah.....(^__^)

"We are famili"
Sebahagian diatas 'tikar terbang'
Memasing tengah melihat 'sesuatu'.....Cu teka, mana abg long? HiHiHi...
Macam2 spesis duk ada berbuka pose kat padang ni. Ada yang bawa famili, ada yang berbuka bersama teman dan kawan.....Pendek kata  (panjang tak kata apa2) memang meriah sakan baq ang...

Alhamdulillah, dah ke penghujung ramadhan kita hari ini (20130807-Selasa). Sahur pagi ni adalah sahur yang terakhir....berbuka nanti pun yang terakhir......juga hari terakhir kita berpose untuk ramadhan kali ni. Mudah-mudahan berjumpa lagi kita dengan ramadhan yang akan datang.....Semoga segala amalan kita sepanjang bulan ramadhan ni diterima, diberkati dan dirahmati Ilahi......InshaAllah..

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.