Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday 7 August 2013

Cirit dipenghujung Ramadhan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Masuk hari ni dah masuk hari ke-3 perut ni memulas-mulas. Tak tahu kenapa dan mengapa.....dah dekat2 nak raya ni la dia nak meragam. 

Sebab tu sehari dua ni tak galak dan gedik mana nak updates entri blog serta status kat muka buku. Semuanya sebab gulungan persis tsunami dalam perut yang gedang gedut tali kecapi nih....

Kalau sakit cirit-birit saja takpa, ini dengan kepala pun sakit sekali. Lenguh sendi duk berulang 'kamar bermenung' acap kali tak yah story la.....memang rasa longgar dan longlai segala......

Hmmmm.....Myb lepas tragedi ari tu segala atom2 dalam badan ni jadi kurang kasih sayang dan bergerak secara rawak mengatasi halaju cahaya.....*apa punya meraban daaaaaaaaaa.....


Bekalan ubatan yang menjadi pemangkin untuk menjana kembali kesihatan
Usaha+doa+tawakal.
Ubat klinik dah telan.....petua orang lama pun dah makan.....lega tapi tak juga mahunya. Tapi, bila ikut petua tu ok sikit.....lepas tu meragam dia datang balik.

Tulis entri pun tak bersusun.....tak tahu yang mana mula yang mana kendian......bersepah sekali...nak buat macam mana......jiwa tengah ketat, perut tengah tak sihat.....selalu kalau sakit perut takde la marothon begini....Apakah bentuk kesakitan ini??? 

Harap sangat2 dapat mententeramkan gulungan kat dalam ni dalam masa terdesak cenggini.....kalau tak raya tak bermakna.....hanya mampu melihat aneka juadah.....nak telan dan rasa takut perut tak dapat terima, 'kamar bermenung' juga menjadi mangsa....

Doktor yang merawat abg long ahad ritu ada bagitau, maybe abg long tersalah makan ketika berbuka....Hmmmmm......wallahualam....

Mungkin ada hikmah sakit yang DIA beri pada abg long ni......Husnuzon kepada Allah....inshaAllah setiap perancangan DIA adalah yang terbaik. Betul tak?

Firman Allah yang bermaksud :
“Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa yang dilakukannya.” (Al‐Isra : 36)

Raya nanti makanan memang mewah gila2 babas.....harap sahabat2 tak gelojoh membantai  makanan yang terhidang......makan la dengan berhemah, ingat la perut tersayang....(^_^)

Doa kan abg long cepat sihat...dah sihat senang nak melawat kawasan raya nanti....HiHiHi..

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.