Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 29 August 2013

Restoran ayam kentaki di serang lalat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Semalam tekak terasa nak sangat merasa ayam kentaki....tanpa segan silu terus kaki menampak ke restoran ayam kentaki untuk membelanjakan diri dan kroni. 

Dengan penuh rasa macho berserta iringan bunyi-bunyian tang perut yang gendut abg long pun order la beberapa set menu yang ohsem.

Lepas order terus mendaki beberapa anak tangga menampak ke tingkat atas.....macam bese port yang awesome adalah berhampiran dengan sinki dan juga cermin. 

Tak sampai beberapa kali kunyahan datang la segerombolan lalat cuba mengenen dan menodai ayam kentaki yang terhidang di atas meja.....wat de hell! 

Demi syariat kelaparan yang amat maka abg long cuba menggunakan jurus peringkat sekolah tadika mengusir lalat2 tersebut......namun ternyata lalat itu tak bersekolah...degil piang baq ang....semakin diusir semakin dia galak buat akrobatik depan gerembolan abg long....nak layan stim kunyah ayam kentaki pun rasa terbantut...

Sikap tidak bersopan-santun lalat2 itu betul2 menyentap nafsu makan tika tu.....Siot je rasa. Kalau abg long bawa DSLR time tu gerenti dah macro. Tapi apa boleh buat, hanya mampu snap dengan kumira handphone murahan je la....maka dapat la hasil yang tak berapa awesome seperti gambar bawah ni.


Sempat tu dia flywalk depan abg long...kurang asam boi betul.....grrrrrrrr!!!
Macam mana la erk sebuah restoran yang gah dan ohsem seperti syarikat ayam kentaki tersebut tak boleh menitikberatkan kebersihan serta ketenteraman awam para pelanggannya.....tak kan anasir lalat ni pun tak boleh handle.....koman sangat2 la kalau macam gitu kan?

Abg long cuba menarik perhatian staf2 ayam kentaki yang comei duk ada dengan membuat libasan2 maut pada lalat2 tu tapi depa buat donno je....mayb depa dah lali dengan situasi sedemikian....bermungkinan....



Dah pun emel komplain kat pengurusan tertinggi ayam kentaki tu. Tengok apa jawapan depa dengan masalah geng lalat ni nanti.....hanyat duk masuk restoran ayam kentaki selama ni, dah dua tempat abg long jumpa anasir lalat yang suka memporakperandakan nafsu makanm orang ramai. Lokasi kat mana, biar la rahsia....

Macam mana la restoran ayam kentaki tersebut nak dapat C.H.A.M.P.S erk kalau macam gini tahap kebersihan dia....Sentap nafsu makan betul...

"Menyediakan makanan serta tempat makan yang baik dan elok itu tanggungjawab pengusaha.....mendapatkan makanan dan keselesaan time makan itu adalah hak pengguna."

Pelik sungguh la bilamana restoran yang ada banyak bintang seperti ayam kentaki tersebut abai aspek kebersihan.

Kepada angpa2 semua, sebelum mencekik dan menterkedarah ada eloknya angpa check dulu tahap kebersihan restoran yang bakal angpa menterkedarah makanan dia.

Sesungguhnya kebersihan itu separuh daripada iman.

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday 28 August 2013

Keterujaan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Keterujaan apakah??

Nak tulis lama dah entri ni tapi saja abaikan...peram kasi ranum dulu......bila takde idea nak updates blog boleh up entri ni....boleh macam tu? Belasah je la erk....HeHeHe...

Takde la, saja je lambat up......yer la kan, nanti ada pula yang kata abg long angpa ni gedik plus retis...Haru je...Tapi memang abg long teruja baq ang....segan pun ada.....malu2 meow pun ye juga....bergulung seribu satu rasa tang jiwa...

Apa tidaknya, keterujaan itu berasa bila orang femes dan hot itu telah mai langgar kawasan muka buku abg long...

Sape yang dah mai langgar abg long??

Nak tahu ke??

Nanti angpa dah tau cepat2 la angpa pi langgar dia balik yer.....kira cam wakil abg long la kiranya.....HiHiHi....

Siapa lagi jika bukan model muslimah terhot dan terspicy idaman jejaka pengeluar tudung semalaya iaitu Mek Esul (Engku Sulwani).

Maknanya dia nak berukhuwah la tu kan walaupun dia tahu abg long ang ni 'kecik' je dalam bidang photog. Alhamdulillah....Sesungguhnya ukhuwah itu indah....

Wowwwwwwww.....


U see.....u see.....macam tak percaya je memula.....
Lepas buat kelip mata pat lima nam kali baru rasa memang nyata..
Request yang lain2 tu???
HiHiHi.....
Untuk pengetahuan am angpa, beliau seorang mahasiswi UPM, duk mengaji dalam jurusan kedoktoran (rasanye la...law salah tulun betol kan)......Jadi model semata2 untuk mengisi masa lapang serta mencabar diri beliau berhadapan dengan kaki2 shooter....HaHaHa...

Selain itu, beliau juga seorang blogger.......Nak tau nama blog beliau??? Nanti sat na, angpa abis kan dlu pembacaan.....sabaq na....sabaq itu kan cantik......HiHiHi...

Jadi, kepada angpa geng mudi-mudi......remaji....mahasiswi.....yang bercita2 nak berjaya macam 'mokcik' kita ni boleh la terjah blog beliau untuk mengali tips2 yang ada kat sana. *siap buat promosi baq ang.....kalau Mek Esul baca entri ni abg long nak dia belanje sirap limau kurang manis je nanti (◕‿◕)

Macam mana nak terjah blog Mek Esul a.k.a Engku Sulwani? Senang sahaja.....angpa follow je instruction abg long yang kemah keming bawah ni.
  1. Tengok header blog kat bawah.
  2. Baca apa yang tertulis kat header tu.
  3. Tatap gambaq Engku Sulwani pada header sambil buat2 mata berkelip 10 kali.
  4. Alihkan anak panah tetikus angpa pada gambaq.
  5. Angpa klik tetikus 2 kali pada gambaq.
  6. Angpa akan terus dibawa terbang ke dunia beliau. 

Well, sesenang makan kacang kuda bukan? 

Kepada angpa yang tengah layan jiwang boleh terjah entri Mek Esul yang bertajuk Relationship.Force.Love. Boleh tahan 'imaginasi' penulisan beliau. Terbaik dari ladang baq ang.

Ok la, abg long pen off dulu. Angpa pi la terjah beliau dulu. Ada urusan perlu abg long settlekan. Nak pi lawat kawasan dan tengok anak2 buah sat.....Macam tongkang pecah dah depa sekarang.

pe2 hal nanti abg long story lagi.

Barakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday 27 August 2013

Manchester United vs Chelsea hambar

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pertembungan dua kelab tersohor dan gah dalam liga EPL awal pagi tadi sememangnya dinantikan oleh para peminat.



Abg long pun tak mahu ketinggalan gak.....sanggup bersengkang mata bertemankan nescafe dan buah durian....melopong depan tv plasma 32" sambil menjadi coach tambahan dan pengulas tak bersiaran....

Tapi macam tak berbaloi pula berjaga semata game tersebut......Manchester United dan Chelsea main macam hampeh.....hambar......sentap jiwa je tengok depa main.....rasa nak je masuk dalam tv time2 tu.....amik bola yang depa tendang lepas tu cucuk2 dengan kulit durian (gila tinggi imaginasi masa tu). Rasanya best lagi JDT main lawan Kelantan masa final piala FA yang lepaih...Hmmmmmmm.....

Perlawanan awal pagi tadi itu berkesudahan seri 0-0. Kalau angpa tak tengok game awal pagi tadi boleh la klik SINI untuk menonton kembali.

Antara barisan pemain yang dipertaruhkan dalam perlawanan awal pagi tadi. 

Manchester United
Team: De Gea; Jones, Ferdinand, Vidic, Evra; Carrick, Cleverley; Valencia (Young 66), Rooney, Welbeck (Giggs 78); van Persie.

Subs not used: Lindegaard, Smalling, Büttner, Anderson, Kagawa.

Booked:

Chelsea
Team: Cech; Ivanovic, Cahill, Terry, Cole; Lampard, Ramires; Oscar; De Bruyne (Torres 60), Hazard (Azpilicueta 93), Schurrle (Mikel 87).

Subs not used: Schwarzer, Essien, Mata, Lukaku.

Booked: De Bruyne, Torres

Bagi abg long game tersebut memang hambar.....angpa pula bagimana? Tapi kan....hambar2 game Manchester United vs Chelsea, hambar lagi eksperimen Rajagopal untuk Harimau Malaya baq ang.

HiHiHi....Y(^_^)Y

K.B.T

Kredit photo: Sumber
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

JOHARA minta maaf atas keceluparan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Akhirnya.......permohonan maaf dihulur buat peminat Sarawak FA dan seluruh pencinta bola kena sepak seluruh Malaysia.

Kenapa permohonan maaf tidak dibuat seusai keceluparan JOHARA meng'cap ayam'kan team Sarawak FA?  Setelah ditekan dari segenap penjuru baru trio DJ ERA.FM,  Johan, Haniff dan Ray (JOHARA) nak mohon maaf. Lama juga depa amik masa untuk mohon maaf kan....May b takut ranking 'majikan' jatuh tertiarap maka langkah tersebut akhirnya diambil....gitu??

Tapi takpa la yer, harap semua fan Sarawak FA boleh menerima permohonan maaf JOHARA ni....Harap kes 'cap ayam' ini memberi pengajaran berguna buat mereka bertiga dan kita semua. Teringat pesan orang lama, "Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan (maruah) binasa".

DJ radio sekarang dah takde kualiti?? Hmmmmmmm.....payah gak nak jawab ni.....angpa rasa macam mana?



Tapi tak semua kan....mayb sesetengahnya saja yang kosong...kosong.....kosong.....(Najwa Latif)....Beza sangat DJ dulu dengan DJ sekarang.....

DJ dulu2 femes mereka tak semegah mana tapi ilmu dan info depa bagi memang berguna. Mereka tak sembang merapu dan bagi pendengar duk gelak sahaja.

Isma Halil Hamzah salah seorang orang lama dalam konti, segmen yang dia bawa memang banyak pengajaran untuk pendengarnya. Contoh masa beliau kat radio Muzik.FM. Ramai juga la 'jembalang' jadi manusia bila mendengar celoteh dan segmen dia....Itu baru seorang.....ramai lagi 'orang lama' yang JOHARA dan DJ baru boleh buat rujukan untuk berjaya. 

Femes sahaja tak guna jika 'kosong'.....Ketawa memang baik untuk terapi muka, tapi biar la berpada-pada.

Sampaikan ilmu yang berguna itu kan comei...

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Blog Pilihan 2013 | Edisi Follower

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah hari ni cecah gak la jumlah follower blog abg long yang tak semegah mana ni menjadi 300. 



Bukan senang nak dapat follower yang setia-sehati-sejiwa.....tambahan pula abg long ni bukan blogger retis mahu pun blogger terhangat di pasaran. Tulis blog pun banyak yang merapu-meraban.....syok sendirian berhad.....HaHaHa...*asyik gelak sesorang sokmo

Lagi pun abg long tak pernah pun memaksa sahabat2 yang singgah dan tersesat kat blog ni untuk follow blog abg long. Sesungguhnya perkara paksaan ni amat la tidak best dan cool.

Bagi abg long, ukhuwah fillah lagi cun melecun dari ukhuwah sebab kepentingan peribody peribadi.

Berbalik kepada blog pilihan edisi follower abg long kali ni sudah tentu pada follower yang ke-300 yang menjadi hak milik si gadis kecil yang bernama Nabilah. Baru jap blogwalking kat blog beliau yang ohsem dan comei tu.

Banyak info berguna yang boleh angpa kutip dan pungut dari blog beliau. Best baca blog Si Kecil Menulis milik beliau.

Berdasarkan entri terkini kat blog beliau tak lama lagi beliau akan berlepas ke Korea bagi menyambung study kat sana......Wowwwwwww.....best kan dapat sambung study, nak pula sambung study kat luar negeri. Taniah abg long ucapkan buat beliau. Lepas ni boleh la beliau tulis cite tentang Korea dari sudut padang beliau. 

Mudah-mudahan dengan ilmu yang beliau 'sedut' di Korea nanti dapat memperkasakan ummah dan memartabatkan agama. Semoga perjalanan beliau dalam pemburuan ilmu dirahmati dan diberkati Ilahi. InshaAllah.

Kepada angpa yang nak berukhuwah dengan Si Kecil Nabilah boleh la terjah blog beliau dengan klik pada gambar beliau kat bawah ni.



Salam ukhuwah abg long ucapkan buat Si Kecil Nabilah dan semua penyinggah blog AMIR AIMAN AKASHAH | Diari Seorang Lelaki ini.

Barakallah fiikum

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Monday 26 August 2013

Noda bekas isteri

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tajuk lain isinya lain...

Hahaha.....mesti korang penah buat kan entri macam gini. Tajuk lain tapi isi entrinya cerita pasal benda lain.....Tapi tak kisah la kan, mungkin itu strategik 'pemasaran' blog namanya....tapi pesan abg long jangan sampai menyimpang berbatu nautika antara tajuk dengan isi dah la yer...

Ni abg long long story about petikan berita yang abg long baru baca....penat otak gak la nak faham jalan cerita serta kewarasan yang hendak penulis sajikan. Tajuknya kata 'bekas', tapi isinya kata tidak tinggal bersama berbulan-bulan sebab tengah dalam proses penceraian....bila dalam proses bermakna belum kategori 'bekas' la erk? Ke angpa rasa macam mana?

Ting tong betul rasa minda...HaHaHa...

 Sumber
Abaikan pasal tajuk dan isi.....tak penting mana...yang paling penting kisah suami isteri yang diberitakan ni....elok2 perihal dalam selimut orang tak tahu last2 satu malaya boleh tahu.....malu...malu....

Yang si suami pun jeng kreng gak......dah tak tahan sangat apa salahnya berpuasa.....dah tak mampu nak berpuasa apa salahnya minta elok2 dengan isteri.....dok paksa2 pasai pa.....pujuk rayu belai manja kan ada la jalan dia......gelojoh piang betul...HiHiHi...

Tapi yang paling tak boleh blah bila isteri buat laporan polis kata suami rogol.....Kalau suami 'nak' tapi isteri tak bagi apa pula hukum dia....cerita suami-isteri ni boleh bikin orang muda pening kepala.....Yang tahu sila2 komen yer.....tulun bagi pencerahan minda...

bagi abg long semua ni sebab ego.....kalau dua-dua tak keras kepala tak jadi kisah cenggini......Kalau masing2 faham, tentu sedap akan mereka nikmati tika bersama melayarkan bahtera ke dada syurga dunia .....**Adoiiiiiiiii......ayat apakah yang abg long ang guna ni.......wase jeng dah kepala .....

Harap angpa baca entri ni sambil tutup mata....(◕‿◕)....Tetengah malam menaip entri sambil layan THR Gegar ni boleh bikin atom2 dalam diri bergerak secara rawak...tak berapa nak stabil...

Ok la, malas nak ulas pepanjang.....nanti angpa sesat pula kat blog ni.....angpa baca dan faham sendiri la artikel berita tu. Kalau sesat sila kembali ke pangkal jalan..

Bila angpa dah baca tu pepandai la tinggal komen sekupang dua.....angpa tak tahu ke yang komen angpa tu adalah makanan ruji bagi pemblog seperti abg long ni.

Jadi sila komen laju2 berbatu nautika kat ruang komen bawah entri ni.

You are my friends! Y(^_^)Y

Jazakallah


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Israel rampas Al-Aqsa

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Angpa dah baca akhbar Sinar Harian edisi hari ni? Kalau belum baca ada eloknya angpa pi beli baca. 

Tengok cover depan surat khabar tersebut hari ni buat meremang bulu roma satu badan. Bukan ada tanda soal pun belakang tajuk utama akhbar tersebut.....tapi semacam ayat penegasan dan ayat penyata...

Kalau angpa yang baca dan tengok tak tahu la abg long apa angpa rasa, tapi abg long memang meremang segala bulu yang duk ada....

Jika benar, maka hampir la kita dengan kiamat (Hari Pembalasan)...hanya menunggu kehancuran masjid ini......salah satu tanda-tanda akan berlakunya kiamat adalah kehancuran Masjid Aqsa...Maka benarlah janji Allah SWT...

Well, apa orang Islam buat bila tersebarnya berita ini? Apa tindakan pemimpin2 Islam seluruhnya bilamana Masjid Aqsa masjid ke-3 suci bagi umat Islam ini dinoda dan dilacur oleh zionis yahudi lanatullah sesuka hati?

Benar la apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw kepada sahabat2 baginda yang sangat popular untuk melambang dan mengibaratkan umat Islam dan pemimpin2 umat Islam yang ada pada hari ini...

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama." 

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" 

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Tengok sahaja apa yang ada di negara kita, bani melayu dan umat Islam tak habis2 disajikan dengan hiburan menipu daya sehingga lupa dan alpa dengan tanggungjawab terhadap agama dan saudara muslim mereka.

Dah kerajaan tak sedar, kena diri sendiri la sedar......kalau dua-dua tak sedar dan hanyut dengan fitnah dunia apa yang nak di bawa ke 'sana' untuk berjumpa dengan DIA.....tepuk dada, tanya iman kita.

Jangan di tanya selera, kalau tanya selera memang jahanam la jawabnya.

Pesan pada diri, pesan buat semua.

Jazakallah.


kredit photo: Sumber


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Rugi RM161,881 gara-gara tandas meletup.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Gara2 tandas meletup, sebuah keluarga kerugian RM161,881.00. Yang peliknya tandas tersebut boleh pula meletup......nasib baik la semasa letupan tandas tu tiada siapa dirumah, jika tidak mesti semua akan berbau najis.....HiHiHi....



Makin maju dunia makin pelik pula cerita duk ada.....ingatkan model seperti mediang Altantuya sahaja yang meletup dan diletupkan serta cerita bom meletup kat Tumpat tempohari.....rupa2 nya tandas juga boleh meletup.......dah macam cerita dogeng pula yer...HiHiHi..

Tapi kisah ni betul2 terjadi.....kepada angpa yang nak masuk tandas2 awam or hotel tu elok la berhati2....mana la tahu kan malang tak berbau.....kena time tu angpa tengah sedap melayan feeling tetiba mangkuk tandas meletup haru baq ang.....ahaks3....jadi, waspada la selalu yer....mana la tahu kan...kan...kan.....

Berak dengan selamat, ingatlah orang tersayang.....HaHaHa...(◕‿◕).

Angpa boleh klik SINI untuk bacaan lanjut kisah tandas meletup ini. Memang sadis la kisah tandas meletup ni.

Untung tandas sahaja yang meletup time tu dan tidak melibatkan kehilangan nyawa. Kadang2 kecanggihan teknologi ni bahaya juga buat kita semua......kalau tak guna dengan baik boleh memudaratkan nyawa.

Jazakallah.


Kredit photo: Sumber
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Terima kasih Cardiff City

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Bidalan melayu pernah menyebut, 'kecil2 cili api' .....walaupun kecil namun semangat juang tinggi. Jumpa gergasi sedikit pun tak berbekas gerun dihati.....mungkin itu yang boleh diumpamakan buat kelab cinonet Cardiff City bila berjaya membenam kelab yang gah  seperti Manchester City 3-2 dalam persaingan liga awal pagi tadi.



Tapi terima kasih yang abg long nak ucapkan tu bukan kerana Cardiff City berjaya membenam Manchester City.....peminat2 Manchester City jangan meroyan tak tentu pasal pula yer....Sebetulnya abg long berterima kasih teramat sangat kepada Cardiff City kerana berjaya membawa Malaysia bersama dalam saingan EPL.

Abg long nampak Malaysia, angpa nampak tak? Peeerrrrhhhhh......memang tabik spring toing toing la sama Cardiff City....Walaupun takde sorang pun pemain Malaysia yang main tapi memang femes la coz ada nama Malaysia kat EPL.

Angpa boleh menonton gol2 cantik game antara Cardiff City vs Manchester City di SINI dan SINI

Walaupun bola sepak Malaysia diumpamakan 'cap ayam' (meminjam kata2 JOHARA) namun melalui Cardiff City aura dan kefemesan EPL tetap dirasai Malaysia dan warga seluruhnya. Tak kisah la Visit Malaysia itu atas tiket tajaan, namun ia tetap membanggakan. Ingat senang ke Malaysia nak masuk EPL.....dapat menempel kat jersey pun dah berbaloi2....Tak caya? Try la tanya FAM.....HiHiHi...

Jika player kita dapat main bola sepak seperti player Cardiff City abg long yakin masa depan masih ada untuk sukan bola sepak kita. Banyak yang FAM perlu belajar tentang bola sepak, tak payah tengok national team seperti Brazil, Argentina, Sepanyol, Korea, Jepun (sekadar sebut beberapa nama).......belajar dari Cardiff City pun dah cukup baik untuk FAM. 

Itu pun kalau FAM nak tengok bola sepak negara kita betul2 maju la.....jika tidak memang elok sangat la orang2 besar itu bersantai dikerusi empuk disingahsana untuk selamanya.

Lim Teong Kim (Pengarah Pembangunan Bolasepak Malaysia) ada cakap, "Insfranstruktur bolasepak di Malaysia ketinggalan 30 tahun ke belakang berbanding kuasa besar bola sepak dunia." 

Nah.....angpa pikir la sendiri ke mana hala tuju bola sepak kita....nak harap FAM pikir semuanya otak jeng kreng....berat 66 belake.....HaHaHa...

Untuk Cardiff City, Great job......Malaysia berterima kasih dengan anda kerana mempromosikan kami.

Syukran.


Kredit photo: sini
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Kontroversi video tak pakai seluar dalam | Ini jawapan Kilafairy.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Comei ape Kilafairy pakai tudung
Kredit photo: Sumber
Angpa dah tengok video Kilafairy tak pakai seluar dalam??

Nak tengok? Tak payah la kot......bukan molek pun....takde maknanye kalau angpa tengok pun. Nak tengok juga? Jangan menyesal tau....elok angpa klik link INI untuk menonton. 

Nak tengok gambar hot Kilafairy dari video tu elok angpa tanya lebai goggle...bersepah kat laman maya tu ha...

Kilafairy telah pun memohon maaf kepada semua pihak yang rasa terganggu dengan video tersebut. 

Khabarnya video tersebut juga telah dipadamkan dari akaun instragram beliau.

Kilafairy telah pun membuat penjelsan kepada Malaysian Digest berkenaan kontroversi video tak pakai seluar dalam yang tersebar bak goreng pisang panas di laman2 maya dan sosial sebelum ini.

Antara penjelasan beliau terhadap isu kontroversi tersebut.



"Saya tak ambil kisah pun dengan kritikan itu dan ia tak menjejaskan kerjaya mahupun perniagaan saya. Lagipun video tu sebenarnya adalah sesi fotografi untuk tujuan mempromosikan baju jenama fesyen saya. Memang nampak macam saya tak pakai seluar tapi sebenarnya pakai baju-t dengan legging' yang berwarna kulit. Cuma orang ingat saya tak pakai seluar,"
"Saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan mungkin untuk promosi akan datang saya rasa lebih senang kalau saya gunakan model saja."
Angpa boleh tekan SINI untuk bacaan lanjut.

Kita ni biasa la kan, selalunya sudah terhantuk baru nak mengadah......Ada sesetengah artis Malaysia ni kalau bab kerjaya dan juga bakat tak semegah mana pun tapi cerita kontroversi memang meletop gila...

Artis2 lain kena la juga ambik ikhtibar dengan apa yang berlaku pada Kilafairy ni.....Abg long bukan apa, artis2 kat Malaysia ni dah tau gerak geri depa selalu kena skodeng dan kena teropong dengan peminat apa salahnya depa berkelakuan sopan dan bertuma'ninah....bagi contoh dan teladan yang baik....bukan rugi pun kan jika buat benda baik dari benda2 tak senonoh ni.

Depa artis tu melayu....orang melayu kan tebal dengan sifat2 lemah lembut dan bersopan-santun......satu hal lagi, depa kan penganut agama Islam.....kalau perangai depa mengalahkan orang bukan Islam macam mana orang bukan Islam nak tertarik dengan ajaran Islam. Tentu orang bukan Islam akan berfikir yang depa dengan orang Islam tak banyak beza, sedangkan hakikat yang sebenar memang jauh panggang dari api antara agama Islam dengan agama ciptaan tok nenek depa.

Bagi abg long la kan, menjadi seorang artis bukan la tiket untuk suka suki hati melakukan apa sahaja termasuk melanggar sunatullah Tuhan. 

Ke angpa pikir lagu mana?
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Sunday 25 August 2013

KENANGAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Angpa boleh klik SINI untuk view gambar lebih sharp dan menarik

Secebis puisi untuk kita hayati bersama.....
kenangan betah hadir dalam setiap jiwa insan
ia hadir bersama sejalur rasa,
gembira dan duka...

kenangan adalah jejak yang ditinggalkan
dalam redha penuh paksa
namun, kenangan tetap betah menjadi tamu
pada merah sekeping hati yang sepi dan sunyi

kenangan,
tak lekang dek panas
tak lapuk dek hujan

kenangan,
tegar ia disitu
terpenjara diruang waktu
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Friday 23 August 2013

Akhirnya Azilah dan Sirul bebas tuduhan bunuh Altantuya.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Keputusan mahkamah rayuan ini seperti telah dijangka oleh orang ramai.....cakap2 kedai kopi serta sembang maya telah pun membuat andaian tentang keputusan yang bakal diputuskan oleh mahkamah. Jadi, dengan keputusan membebaskan Azilah dan Sirul bermakna tiada siapa pun yang disabitkan membunuh Altantunya. Segalanya terjawab sudah...tiada motif dan tiada pembunuh.


Sekadar gambar hiasan
Keputusan mahkamah itu sudah pun dibuat.....Ia akan di catat dalam lipatan sejarah perundangan negara. kemungkinan ia akan dijadikan study kes oleh peguam kebanyakan negara.....Seluruh dunia meneropong ke negara kita Malaysia dengan kes ini....keputusan mahkamah rayuan itu semestinya akan mengundang airmata, sedih dan hiba serta gembira buat mereka yang terlibat dengan kes yang kadang2 pelik kadang2 ajaib ini. Siapa yang mengikuti kes perbicaraan Azilah, Sirul dan Altantuya ini tentu akan hadam segala isinya.

Cuma, yang menjadi persoalan dan teka-teki dalam kes ini siapakah yang membunuh wanita Monggolia tersebut? Jika semua telah dibebaskan, apakah Antaltuya membunuh dirinya sendiri dengan menembak diri sendiri sebelum meletupkan bom C4 ditubuhnya? Persoalan dan teka-teki ini la yang akan terus menjadi tanda tanya.

Pembunuhan tanpa motif, tanpa pesalah. Nampaknya Altantuya menyusup masuk ke Malaysia, kemudian meletupkan dirinya sendiri menggunakan C4. Begitu??

Perbicaraan paling pelik....saksi penting tidak dipanggil, motif pembunuhan tidak disebut, siapa yang tukang arah mayat diletupkan tidak diketahui.....dan ini la sejarah perundangan negara. Sepatutnya ia dicari sampai ke lubang cacing, bak kata menteri pengangkutan dalam kes bas terhumban ke dalam gaung digenting.

Kes Altantunya bukan kes yang pertama berlaku, telah banyak kes pembunuhan 'pelik' yang berlaku di Malaysia bilamana ianya dikatakan berfrofil tinggi.....lihat sahaja apa yang berlaku pada arwahyarhamah Norita, mendiang Beng Hock dan ramai lagi.

Kes bunuh Altantunya ni merupakan satu perbicaraan kes jenayah yang dikira antara yang paling panjang skripnya di Malaysia. Namun segalanya telah berakhir hari ini. Mahkamah telah pun memutuskan. Akhirnya Azilah dan Sirul bebas tuduhan bunuh Altantuya. Selepas ini kesemua 'pembunuh' boleh la tidur lena. 


Harapnya tiada lagi la kes pembunuhan 'pelik' seperti kes Altantuya ini dilain hari kerana ianya amat menjengkelkan dan banyak membuang duit orang ramai.

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Breaksfast yang ohsem

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah….dapat telan breakfast yang sangat ohsem arini.

Seumur hidup kat planet bumi ni, ini la yang 1st yang pertama kali buat lagu ni. Tak boleh tahan baq ang….dia punya bau memang mengoda nafsu…..rasa meleleh ayaq kot mulut dan kot hidung (sebab selesema tak hilang lagi)

Breakfast pulut durian……angpa ada? Marbelesssss…….terangkat baq ang….lepas baham pulut durian mentekedarah pula 3 biji durian…..memang buang tabiat pepagi  Jumaat yang indah...


Semalam nak belasah durian bebanyak tak boleh coz makan ubat….jadi, bangun pagi ni bermula la sesi membalas dendam kesumat.

Mak pun macam tahu2 je anak sulong dia yang ohsem ni nak memulakan edisi nganyang durian usai bangun tidur, segala kelengkapan macam pulut dan santan bersiap siaga bawah saji….terbaikkkkkkkkk!

Sesekali breakfast white coffee dengan pulut durian awesome gak. Angpa try la…..orang kata makan pulut awekz mude….dapat licinkan kulit2 yang kusam….bukan abg long yang kata tapi orang yang kata….

Jap2 lagi nak ke kebun dan kandang kambing….tengok apa yang ada kat  sana. Lepak sana sambil layan angin sepoi2 bahasa dari bendang mai terjah muka…..terapi muka paling original tak perlu nak masuk spa bagai…..ahaks3…

Jazakallah
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Jubakar, kalau dah bukan rezeki

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Niat pagi tadi nak bersunrise dengan keng kawan kat pantai Jubakar usai subuh, tapi sedar2 dah jam 6 pagi…… sayut2 azan subuh surau tepi rumah berkumandang. 

Ternyata takde rezeki untuk memburu keindahan mentari pagi milik Ilahi hari ni. Kunci jam telefon berkoyan2 tak juga sedar…..Tarik selimut lagi ada…..penangan telan ubat dan tidur lewat…

"Kalau dah takde rezeki, berusaha dan plan cantik mana pun kalau ia bukan hak kita....tak mungkin kita memilikinya. Sesungguhnya rezeki itu hak milik Tuhan....." (ayat pujuk diri sendiri)

Lawa ngat mentari Jubakar tadi pagi…..Hmmmmm….hanya mampu melihat karya dari sobat2 yang murah rezeki mereka hari ni. Abg bukan tak murah rezeki....cuma kemurahan tu dari segi 'rehat' yang cukup kot....HiHiHi...


hasil bidikan lensa sobat Arman Fariz
Akan abg long mencuba esok pagi pula…..InshaAllah.

Petang nanti ingat nak memburu sunset kat bendang padi yang takde padi sekitar kampong ni…..Kalau sedikit rajin niat nak kayuh berburu sampai ke PCB (Pantai Cahaya Bulan).

Apa pun, hanya plan......bergantung pada DIA gak….ada rezeki sampai la PCB nanti.

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.