AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday, 22 July 2013

Penyanyi Ainan Tasneem's kemalangan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Musibah ni tak tentu masa.....datang ia tak mengenal siapa. Dikhabarkan penyanyi  Ainan Tasneem's yang popular dengan lagu Aku Suka Dia dan 20 Juta Kali telah mengalami kemalangan di lebuhraya NPE pada jam 2.30pm semalam.

Berdasarkan gambar yang dimuat turun di laman instagram dan juga muka buku beliau, teruk juga kemalangan tu.....walau bagaimanapun beliau dan sahabat baik beliau yang berada dalam kereta ketika itu terselamat.

Diberitakan beliau hanya mengalami lebam2 dan sakit urat pada badan. 

Kemalangan tersebut menyebabkan kenderaan produa myvi yang dinaiki beliau rosak teruk.

Meremang bulu roma bila baca status di muka buku Ainan Tasneem's tentang kemalangan berkenaan. Fobia abg long dengan kemalangan ngeri akibat angin lintang yang berlaku ke atas abg long pun belum kebah lagi.

Rasa nyilu lagi perasaan bila teringatkan kemalangan ngeri tersebut.

Kat bawah ni kenyataan Ainan Tasneem's berkenaan kemalangan yang berlaku semalam.


Kejadian semalam di lebuhraya NPE. 21 jul around 2.30 pm. Alhamdulillah.... Nothing happen to me and my bestfriend. Cuma sekarang setiap urat dekat badan terlalu sakit dan banyak lebam akibat impact yg terlalu kuat. We were on our way to Bandar Tasik Selatan. Bertembung dengan kereta belakang yg nak ke kanan waktu ktorang nak msuk ke simpang kiri. Kereta dua dua dalam keadaan yg sangat laju. Dalam kereta berasap dan airbag semua keluar. Alhamdulillah tayar kereta terkeluar dari tempat tayar so besi tu tersekat dekat longkang. Kalau tak, kereta memang terus akan menjunam ke tepi gaung sebelah tu je. Nauzubillah. Alhamdulillah Allah masih bagi nyawa utk kami bernafas... To people out there, please.. Drive safely. Sayangi nyawa anda. Ainan trauma kejap  Sampai sekaranv masih teringat ingat apa yg berlaku semalam. Tq Allah for giving us chance to live.

Kereta Myvi yang dinaiki Ainan Tasneem's dan sahabat baik beliau selepas kemalangan
Abg long doakan semoga beliau dan sahabat baik beliau sempat sembuh. Sesungguhnya ada hikmah atas apa yang berlaku. Dia tak beri ujian itu saja2......Dia rindukan hambanya, sebab tu Dia uji dan duga.

Kepada angpa semua, berwaspada la selalu dijalan raya. Pandu cermat, jiwa selamat.....Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh Diari Seorang Lelaki-Mewarnai Hari Mu......HiHiHi....(~___^)

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. Amin, semoga Ainan dan sahabat2nya cepat sembuh... InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Ya Allah takutnya. sebab tu setiap kali nak memandu, amal baca doa tertentu dan tawakal. harap selamat daripada kecelakaan

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.