AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday, 24 July 2013

Panduan beli barangan secara online

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Sebelum ni abg long ada tulis berkenaan sobat abg long yang di 'kencing' oleh peniaga online kat SINI.
Sakit jiwa dan ketat perasaan taw bila kena tipu hidup2 dengan penyangak kaki kencing online ni. Hidup boleh jadi huru-hara kejap dibuatnya.

So, entri kali ini abg long nak share sikit panduan untuk angpa sebagai langkah berjaga2 tika berurusan dengan urusan perniagaan atas talian yang tengah hot sekarang ni.

Langkah-langkah sebelum transaksi dilakukan.

Google nombor telefon, akaun bank, email atau hal-hal lain tentang penjual bagi memastikan penjual tidak mempunyai rekod jenayah penipuan sebelum ini.
Tanamkan rasa curiga apabila barang yang ditawarkan jauh lebih rendah dari harga pasaran.
Apabila barang yang ditawarkan tidak disertai dengan gambar maka mintalah agar penjual menghantar gambar barangan yang dijual, apabila penjual mengelak dengan berbagai alasan segera hentikan urusan dengan penjual tersebut.
Hubungi pihak bank untuk checking maklumat penjual sebelum transaksi dilakukan. Seeloknya maklumkan kepada pihak bank transaksi yang angpa nak buat untuk tindakan susulan sekiranya timbul masalah kemudian hari.
Jangan terburu-buru mengambil tindakan apabila penjual mengatakan kepada angpa bahawa dia takut barangan yang angpa nak dibeli oleh orang lain. (Kebanyakan modus penipuan di internet dilakukan dengan cara seperti ini, sehingga pembeli membuat tarnsaksi sejumlah wang sebagai downpayment)
6Semak maklumat perniagaan penjual (sekiranya berdaftar) dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi kesahihan perniagaan yang dijalankan. Bagi penjual yang tidak berdaftar sila lakukan seperti mana langkah satu.
Sila minta resit pembelian dari penjual. Sekiranya tiada, minta beliau sediakan surat urus niaga yang ditandatangani.
8Test penjual dengan mengajaknya COD, apabila penjual berani menerima usul angpa, maka angpa mungkin la percayai dia, walaupun sebenarnya angpa tidak ada niat sikit pun untuk melakukan COD. Cara ni untuk test penjual dan mengetahui apakah dia seorang penjual yang jujur atau tidak.
9Disarankan hanya membeli daripada penjual yang menyediakan perkhidmatan COD (Cash on Delivery) sahaja. Pastikan aturjanji tersebut ditempat umum dan ramai orang jika angpa pergi seorang diri. Seeloknya bawa teman sebagai saksi untuk transaksi yang dilakukan.
10Bawa teman (bukan teman tapi mesra taw) yang arif tentang selok belok barangan yang hendak dibeli supaya angpa tidak tertipu dengan kerosakan, ketulenan barangan tersebut yang angpa tidak ketahui. Kebanyakan dari kita hanya melihat dari luaran sahaja tanpa memeriksa sepenuhnya fungsi barangan tersebut.

Langkah-langkah sekiranya ditipu penjual.

Maklumkan kepada pihak bank untuk tindakan lanjut.
Laporkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)..
Laporkan kepada tribunal pengguna (sekiranya syarikat penjual berdaftar)
War-warkan kepada sahabat dan rakan2 melalui media sosial
Banyakkan bersabar (^_^)


Ok, dah cukup kot info untuk pengkongsian ini.

Sila LIKE dan SHARE untuk semua agar tiada lagi dalam kalangan kita yang menjadi mangsa kaki kencing online.

Sharing is caring

Jazakallah

Artikel ini disunting dari Khidmat Masyarakat
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

  1. nice share...iman rjin gak membeli online tapi seyes risiko la untuk kita yg membeli on9

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.