AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday, 23 July 2013

Kes ibu arwahyarhamah adik Nawal Iris, tak faham atau buat-buat tak faham?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

1st sekali abg long nak ucap bebanyak terima kasih kepada yang sudi singgah blog abg long yang tak semengah mana nye ini. Terima kasih banyak2 la yer......terkejut gak buka blog pagi ni bila tengok berkoyan2 khalayak masuk terjah gara2 entri INI.

Terima kasih juga pada yang sudi meninggalkan jejak dan komen serta berbagi rasa dengan abg long. 

Sebetulnya apa yang abg long tulis dalam blog ni berdasarkan apa yang abg long rasa......selayaknya untuk abg long kongsi dengan semua. Begitu juga dengan pendapat abg long berkenaan Kes ibu arwahyarhamah adik Nawal Iris tu. 

Awal2 lagi abg long dah bagi peringatan berupa amaran pada angpa yang nak terjah masuk lepak blog serba oranje ni. Kat ruangan paling bawah blog ni pun abg long dah beri peringatan, jika angpa paham tentu angpa yang mai singgah sahur dan berbuka kat blog ni hadam dan faham.

Setiap apa yang abg long lontar kat blog ni bukannya bersifat MANDATORI yang perlu angpa persetujui. Tidak sama sekali....Cuma abg long harap angpa yang sudi singgah sini berlapang la dada, sebelum nak komen tu faham la dulu perkara pokok atau isu yang abg long ketengahkan. Cuba baca dan faham betul2......Jangan aci terjah je...

Abg long tepek salah satu komen yang abg long kira sangat 'ajaib' untuk penilaian semua.


Klik untuk tumbesaran.
Rasanya abg long takde pun sentuh perihal kerjaya atau profesion lain dalam melontarkan pendapat abg long mengenai ibu arwahyarhamah adik Nawal Iris tu.....Abg long sekadar menyatakan apa yang sememangnya benar tentang profesion beliau. Jadi, mengapa perlu 'anda' nak samakan profesion lain dengan profesion keguruan yang beliau anuti?

Kecuaian adalah kecuaian......abg long tak menafikan pun, tapi sebelum tu lihat la dulu faktor luaran dan dalaman yang menyebabkan berlakunya kecuaian itu. Lihat dengan mata hati, nilai dengan akai yang tak mati.......inshaAllah, akan ada jawapannya nanti.

Angpa baca dulu artikel sebelum ini di SINI dan di SINI untuk lebih pemahaman atas lontaran pendapat abg long berkenaan isu pada entri Ibu arwahyarhamah adik Nawal Iris kemungkinan akan didakwa kerana cuai?

Kes ibu arwahyarhamah adik Nawal Iris, tak faham atau buat2 tak faham?? Yang abg long faham, orang kita tak kena kat depa memang sesedap rasa depa berbicara, tapi bila kena tang batang idung sendiri dan keluarga depa baru depa tau langit tu tinggi ke rendah.....time tu macam2 rasa duk ada....

Jadi, hadam dan tuntasi la apa yang dah abg long coret kat blog ni dengan berlapang dada. Mohon maaf jika apa yang abg long rasa tak sesuai dengan angpa punya selera.

Oh ya, jika angpa jujur dan bertanggungjawab tentu komen pakai nama bukan mai komen tanpa nama......Y(^__^)Y

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

3 comments:

  1. sabar ye abg long.. kadang2 orang yang komen ni main serbu je komen tanpa baca entry kita...

    ReplyDelete
  2. Sabar...mungkin dia bukan seorang guru...dia tak tahu betapa tertekannya bekerja sebagai seorang guru...

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.