AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday, 31 July 2013

Hot! Damia Izara dan Mohd Noor Mat yang terlampau.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dah hampir seminggu PRK N01 satu berlalu. Kemenangan pun dah kita semua tahu. Kole Besut dah tak menjadi tarikan dan sebutan lagi bagi warga Malaysia seluruhnya dan pemimpin amnya. Kole Besut sekarang dah lebih aman lagi tenteram sekarang, dah bebas dari fitnah dan adu domba yang tak bermata dan berhati dari mereka2 yang hanya memikiri duniawi.

Walaupun Kole Besut dah kembali kepada ritual asal, warganya dah boleh bersenang-senang menyiapkan kelengkapan meraikan 'kemenangan' besar yang tinggal beberapa hari sahaja lagi namun persoalan serta kisah dari Kole Besut masih lagi berkumandang.

Bukan hangat kempen pilihanraya......bukan kerana rumah dah siap pahat masih berbunyi lagi, tidak.....bukan itu yang menjadi perdebatan......janji2 yang ditaburi pakat2 la berdoa agar ia ditepati......Cuma aksi 'mereka' berdua yang memanaskan suhu pilihanraya yang lalu menjadi tanda tanya warga Malaysia seluruhnya.

Dimanakah 'mereka' berdua? Hilang tanpa khabar, sunyi tanpa berita......Teruja sesangat nak tengok aksi mereka terakam dalam Malaysia Book of Records. Bukan calang2 anak melayu yang sebijak dan seberani mereka berdua.







video


Ingat Masyarakat Malaysia sekarang mudah lupa ke? Mana boleh lupa, kata mesti di kota......janji mesti ditepati.......telajak perahu boleh go head go stan (bahasa inggeris pasar yang membawa maksud boleh kedepan kebelakang), telajak kata rosak maruah diri, bangsa dan agama. 

Adakah perlu kenyataan seperti itu dikeluarkan? Abg long rasanya tak perlu, tak kira angpa mendokong Barisan atau Pakatan, sebab benda-benda macam ini lah yang nanti akan makan diri sendiri. Kot ya pun nak bernazar, ikut la apa yang Islam dan Nabi saw kita sarankan.

Tuhan bagi kita akai, sebab itu kita kena pakai.....beza kita dengan lembu hanyalah akai. Jadi, pikir dulu sebelum buang....Oppsssssssss.........pikir dulu sebelum nak bernazar atau nak bercakap.

Teringat pesan orang lama, "Ikut hati mati, ikut rasa binasa."

Abg long buat entri ini pun sebab meluat sesangat dengan si Damia Izara, dah buat benda tak comei lepas tu curi pula gambar orang lain taruk jadi profiles dia. Dah berapa kali jadi salah? Dosa dengan Tuhan kita boleh minta ampun, dosa sesama manusia bagaimana? Angpa boleh terjah SINI untuk kepastian.

Pesan ini untuk diri abg long sendiri dan juga semua sahabat yang abg long kasihi. Terima kasih sebab angpa sudi singgah di Diari Seorang Lelaki ini.


Jazakallah

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

3 comments:

  1. singgah sini..beraninya bdk tu buat statement. BN menang terus hilang

    ReplyDelete
  2. janji mengarut tk wajib buat.
    nazar hanya perkara yg ibadah saja.
    tp wajib taubat sebab sudah bermain2 dgn janji.
    dan wajib ubah perangai bengong buat janji benda mengarut.

    ReplyDelete
  3. Berfikir sebelum bercakap.. >_<

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.