Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday 5 June 2013

Kayuhan Fasa II | Kembara Si Pemburu (2nd day)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Cerita ini belum habis lagi, jadinya abg long sambung je la kembali walaupun ceghite ni dah macam nak basi. Sekurang2 nye ada juga entri yang dapat angpa baca sambil buang masa....HaHaHa....Jika angpa tertinggal kereta api angpa boleh baca entri terdahulu kat SINI.

Abg long terpaksa dan dipaksa amik masa sedikit nak ceghite kisah Kayuhan Fasa II | Kembara Si Pemburu dihari ke-2 ni. Pertama line tenet lembab macam siput sedut sakit perut dia punya running. Kedua, belum sempat ceghite tentang kayuhan fasa II di tamatkan dah pun bermula kayuhan fasa III. Itu la sebabnya sedikit terkejaq2 dan semput nafas. Tapi yang nyata, bila tenet slow gila memang terbengkalai segala kerja. Apa pun tak boleh............*tepuk dahi

Hari kedua ni berkayuh agak lewat dari tempat penginapan ke lokasi pemburuan. 1st day memang sebelum subuh dah gerak, subuh pun kat tengah jalan. Singgah subuh kat stesen minyak Petronas. Angpa perasan tak, setiap stesen minyak Petronas ada surau untuk kita menumpang solat. Kalau stesen minyak lain jarang2 sahaja yang ada. Itu berdasarkan pemerhatian dan pengalaman abg long duk travel selama ni. 

Alhamdulillah, syukur pada Allah swt kerana hari kedua pemburuan ini dikurniakan sedikit rezeki. Ternyata, Dia tidak pernah lalai dan lagho dalam memberikan rezeki buat hambaNYA. Walau pun kekadang kita lupa Dia, Dia sedikit pun tidak melupai kita.

Sampai Masjid Putra sekitar enam lebih. Masih gelap gulita persekitarannya. View kawasan masjid putrajaya ni memang smart. Memukau mata hati. 


Depan Masjid Putra seusai solat subuh.


Belakang masjid Putra ketika pemburuan.

Pemburuan di pagi hari ke-2 ni bukan sahaja diberiNYA rezeki berupa moment yang ohsem malah dapat juga berukhuwah fillah dengan sahabat2 photog yang lain. Ternyata rezeki Allah ni luas maha benar.

Petangnya juga masih lagi berezeki. Alhamdulillah.....syukur sangat2 pada DIA atas pemberian nikmat yang tiada terhingga. Tidak sia2 kayuhan kali ini walaupun hari sebelum nya dihidang dengan kisah kurang best. Nak tahu pedia angpa boleh klik SINI.


Sunset di sekitar Wetland, Putrajaya
Malamnya ingat nak bernitescape, tapi atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan terpaksa la tunda untuk next kayuhan.

Untuk melihat hasil karya abg long yang plasta cap kubis ni angpa boleh terjah blog Digital Raudhah Photograpy. Gambaq yang bertepek kat sini abg long snap pakai handphone cap ayam je. Bukan dari lensa kumira murahan milik abg long.

InshaAllah nanti abg long sambung lagi story ari penghabisan kayuhan fasa II serta cerita2 tentang Kayuhan fasa III | Kembara Si Pemburu untuk pengkongsian bersama.

Terima kasih sangat2 buat angpa yang sudi buang masa baca entri yang tak seindah mana ni. Alang2 dah terterjah dan singgah sini sila la follow fan pages Diari Seorang Lelaki serta menjadi follower tegar blog Amir Aiman Akashah | Diari Seorang Lelaki abg long yang biasa2 aje ni.

Terima kasih untuk lagi sekali. Angpa memang best (ayat pemujukan dan kipas lipas susah mau mati...HaHaHa...)

Jazakallah.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

  1. cantiknyaaa gambar masjid putrajaya tu.... subhanaAllah.. suka tengok langit!

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.