Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 27 June 2013

Hakikat Syiah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Dari kecil tak mu'mayih sampai la dah besaq gedabak ni, ini la 1st time yang pertama abg long tengok cara solat yang pelik. 

Kenapa pelik? ye la kan, cara kita ahli sunnah wal Jamaah yang abg long anuti lain dari cara solat geng2 syiah ni buat. Tapi memang pelik baq ang.

Memula tengok kat wall pesbuk seorang sobat. Lepaih tu terus abg long google kat youtube. Lepaih tu terus abg long google pula 'syiah', kepalsuan dan kebenaran yang dibawanya. Seriau gak la bila baca dan tengok bidio tentang depa ni.

Tak sangka yang fahaman depa ni dah sampai kat Malaysia ni. Dah ramai pun rakyat Malaysia, terutamanya melayu yang dah menganuti fahaman syiah ni. Ada kenyataan dari menteri yang menjaga agama, "Syiah boleh amal fahaman mereka di Malaysia tetapi tidak boleh disebarkan"....tetiba mai persoalan dihati bila dengar kenyataan menteri agama ni,  macam mana beliau boleh jamin yang fahaman syiah ni tak akan disebarkan di Malaysia? Bagaimana undang2 yang tersedia ada dapat mengekang fahaman syiah ini dari disebarluas di Malaysia?? Kenyataan menteri agama tentang Syiah ini angpa boleh rujuk SINI.

Bukan isu menteri agama ni yang abg long nak ketengahkan kat entri ni. Cuma nak habaq kat angpa yang fahaman ni dah pun bertapak dan menyebar pengaruhnya di Malaysia. Tentang Syiah secara detail angpa boleh tanya lebai google

Ni bidio yang abg long muat turun dari youtube tentang cara solat golongan syiah di Malaysia. Angpa tengok dengan mata hati dan nilai dengan akai yang tak mati.



Pelik tapi itulah kebenaran.

Jazakallah.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tips | Hilang rasa mengantuk ketika belajar

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Setiap orang penah jadi pelajar bukan? Dari pelajar tadika/pasti membawa ke pelajar sekolah rendah....lepas tu naik jadi pelajar sekolah menengah....lulus peperiksaan di sekolah menengah, meneruskan pula dengan bergaya sebagai pelajar menara gading. Penah tak angpa apabila mahu belajar tetiba datang rasa mengantuk? Buka buku lima seploh minit mata dah ketat.....masuk minit ke sebelas rabak terus mata macam ikan kena tuba....penah tak?? 

Bila buka buku mata ketat dan rabak, baca pun dah tak tahu mende.....tapi pelik, bila buka muka buku cerah benderang kornea jadinya. Betul tak? HaHaHa....tak payah nak konar baring la dengan abg long, sekilas ikan di air abg long dah taw ikan puyu atau haruan....ahaks....ahaks...ahaks....


Angpa yang bergelar pelajar nak tau tak kenapa dan mengapa fenomena tersebut terjadi? Dan, bagaimana nak mengatasi senario begini? 

1. Tak cukup tidur.
Ini memang punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga awal paagi. Sedangkan esok hari ada persekolahan, kuliah dan tutorial dan terpaksa bangun awal. Tidur lewat sebab study tidak mengapa, tetapi kebanyakkannya yang tidoq lewat ni spesis yang buat kerja2 lagho.

Jika ini masalahnya, nyatalah yang pelajar sedemikian belum menetapkan matlamat dalam hidup. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia.

Jika angpa tidur lewat kerana mengulang kaji pelajaran, angpa perlu mengubah tabiat buruk itu. Ingat pelajar yang cemerlang ialah mereka yang study smart bukan semata-mata study 'semak'.



2. Tidur yang overdos.
Tidur yang terlalu lama juga boleh menyebabkan angpa mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah di antara enam hingga lapan jam sehari. Jadi, agak2 la nak tidoq pun. Angpa bukan bayi, law bayi boleh la nak tidoq sampai 12 jam pun. 



3. Makan terlalu banyak.
Ini satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan, perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan itu. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan angpa mudah 'letihsang' dan kelesuan. Keadaan ini menyebabkan angpa boleh hilang motivate untuk belajar sama ada waktu dalam kelas dan ketika mengulang kaji di rumah.



4. Makan makanan yang tak berkhasiat.
Permakanan memang penting terutamanya untuk memberi angpa tenaga. Jika angpa asyik mentekedarah makanan yang tak berkhasiat seperti maggi, makanan ringan dan makanan segera ianya boleh menyebabkan metabolisme tubuh badan angpa menjadi tidak stabil dan lemah. Dah nama pun makanan tak berkhasiat kan? kan? kan? 

5. Badan terlalu letih.
Ada ketikanya angpa mengantuk disebabkan badan terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari. Jika ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar yang telah angpa lakukan sepanjang hari. Pastikan aktiviti luar yang tidak mendatangkan faedah dan dividen angpa liquid dari senarai.

Ada ketikanya angpa bersukan atau beriadah secara keterlaluan. Bermain bola di waktu petang secara berlebih-lebihan, main kejar2 dalam hutan dan bendang berjam2..........Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan.

Beriadah dan senaman tidak salah, memang baik untuk kesihatan, tetapi tujuannya kena betul. Perbaiki matlamat angpa beriadah. Sebenarnya angpa beriadah untuk segar pada waktu malam bagi menelaah pelajaran bukan sebaliknya.



6. Tiada minat belajar.
Masalah ini sering dijadikan alasan ramai pelajar. Cuba fikirkan sejenak antara minat dengan belajar, manakah yang wujud dulu?

Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna dan markah yang tinggi.

Pernahkah tak dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah dan mendapat markah 95% dalam Bahasa Inggeris berkata yang dia tidak minat subjek tersebut?

Minat timbul apabila angpa lihat dalam diri ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila angpa dapat rasakan yang angpa mula menguasai sesuatu mata pelajaran.

Oleh itu, yang perlu angpa repair ialah cara belajar dan kegigihan angpa sendiri. Angpa perlu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari.



Jadi la pelajar yang smart bukan pelajar yang 'semak'. Hanya diri angpa sendiri yang mampu mengubahnya....."Tiada yang bakal berubah jika diri tidak merubah".

Semoga bermanfaat untuk semua.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday 25 June 2013

Man Of Steel

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Semalam cuti peristiwa. Lepaih lepak dan bekpes kita orang ke Mesra Mall untuk menonton Man of stell. Niat hati kalau boleh nak tengok cite fast and furious 6. Skuel 1 hingga 5 dan tengok, law dapat tengok yang ke-6 marbeles gak. Tapi takdak rezeki, tayangan waktu petang dengan malam sahaja. Tayangan pagi taik mata belum ada lagi. Nak tak nak terpaksa la mengadap cite heroes pakai sepender kat luar.....Sadis betul....

Permulaan Man of steel ni memang gempaq abis dia punya bunyi....Maklum la kan, dengan bantuan audio pawangan  yang sememangnya ohsem mau nya tak luruh paru2 ni akibat terkezut dengan segala dentuman.

Permulaan cite ni macam bese la kan, bagitau asal usul superman dari mana asai dia. Lepaih sahaja plot kat planet krypton berakhir maka plot selanjutnya seakan huru hara, jika sikit takpa tapi banyak yang duk ada. Pening betul nak paham. Banyak sangat unsur2 flashback. Unsur ni sedikit sebanyak merencatkan perkembangan plot dan watak (peeeerrrhhhh....dah boleh jadi pengkritik filem gamaknya lagu nih) super heroes tu.

Tapi yang nyata, edisi 2013 kali ni ada kelainan dia. Terutamanya dari segi custom. Custom superman kali ni lebih awesome dan ohsem. Dah takdak spender tang luaq yang selalu dipakai, nampak sopan sikit walapun masih terdapat benjolan yang ketara. Tang ni takpa, lepaih ni pengarah dan penulis skrip dia boleh cuba versi pakai kain pelikat lalala pula...HiHiHi....


Angpa rasa custom mana paling ohsem???
Daya tarikan pelakon yang melakonkan watak super heroes man of steel juga tak menarik tertarik ko memang tak daaaabommmm. Badan je la ketul2 tapi muka biasa2 sahaja. Semacam takdak aura sepertimana pelakon2 sebelum ni yang memegang watak superman.


Nama pelakon pun malas nak amik taw sebab kurang best
Plot dimana penghijrahan watak utama dari satu destinasi ke satu destinasi takde daya penarik yang kuat. Pengceritaan mendatar dan boleh mengurangkan rasa teruja audiens. Watak Lois Lane juga seakan kaku, macam takdak ummmppphhhh sepertimana tengok cite superman sebelum2 ni. Watak Lois Lane biasa2 sahaja. Watak2 pembantu yang lain juga tak menonjol mana.

Cuma dipenghujung cerita tu banyak la aksi2 menarik serta sound audio yang ohsem. Cuma yang tak bestnya, bertarung punya la teruk sampai runtuh segala bangunan.....bergaduh bagai nak rak last2 General Zod ni mati dengan pakai pulas tengkok je oleh superman. Lawak apakah ini??
Nasib baik rega tiket RM9 je. Okies la dengan rega banyak tu....tapi patut rega tiket RM5 je kot baru padan dengan cite.


Jika ada 5 bintang untuk yang terbaik, abg long bagi 3 bintang sahaja untuk filem man of steel ni. Sebab tak mungkin abg long akan tengok untuk ke-2 kali. 

Angpa dah tengok??? 

Jazakallah


credit photo: lebai google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Monday 24 June 2013

Jerebu | Macam2 ada

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

JEREBU macam2 cerita tentang dia dok ada. Kalau angpa rajin selak muka buku tentu angpa akan jumpa macam2 kisah tentang jerebu. Semuanya lawak gaban. Dari ayat di status sampai la kepada gambaq yang di post boleh bikin senak pankreas duk tahan gelak.

Sekarang ni dah kurang orang duk mengumpat mengata kat status mereka......kurang sikit pakat duk kumpul dosa. Ke macam mana? Jerebu ni ada baiknya juga, semua orang (termasuk abg long) cakap pasai dia. Macam benda lain dah tak bermakna...HaHaHa....Angpa nampak tak betapa besaq pengaruh dia untuk hidup kita?

Lawak depa pasal jerebu memang ohsem. Sebab mereka berdua kat bawah ni la khabarnya jerebu melanda seluruh negara.


Pergaduhan antara atomen dengan raksase
Khabarnya PM kita juga dah masuk campur pasal Jerebu ni. Beliau dah pun call pihak di Indonesia sana bertanya khabar perihal Jerebu yang terapung diruang udara Malaysia. 

Oooohhh....sebab sate rupanya
Ada yang create cite man of steel juga sedang sesak nafas kat hospital sana akibat jerebu yang melanda. Man of steel ni rupanya pengidap asma rupanya....HaHaHa....Macam2 betol...

Antara pesakit asma yang mendapatkan rawatan di sepital akibat jerebu
Paling tak boleh blah adalah cara pemakaian mask atau alat penafas bagi mengelak terhidu udara tercemar akibat jerebu yang melanda.

Gunakan apa sahaja asal selamat. nasib tak guna tong gas memasak..KahKahKah
Asal halal dan selamat dari terhidu asap jerebu...yang penting guna yang sendiri punya....HaHaHa
Kreatif dan inovatif......angpa ada?? Waaaakakakaka
Dengan adanya jerebu ni yang kaki merokok dah kurang isap rokok.....yang kaki merewang dah pandai duk rumah dan kurangkan aktiviti luaran......Yang kaki mengumpat mengata kat  orang di laman2 sosial dah kurang aktivitinya, jerebu sahaja sekarang menjadi umpatan. Elok la tu kan, dalam buruk ada baik dia.....di jelebu ada juga jerebu....Ahaks3...KihKihKih..

Pasai pa jerebu? Semua ni sebab kita juga. Rakus dengan kehidupan di dunia.

Allah swt berfirman yang bermaksud, 
"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki supaya manusia merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar)." [Surah Rum:41]

Tapi kan, angpa taw dak yang jerebu ni salah satu petunjuk dari Allah swt? Tanda2 kiamat  yang dah semakin tiba.

Allah swt berfiman lag yang bermaksud, 
“Maka tunggulah ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia, inilah adzab yang pedih.” [Ad Dukhkhan:10-11]

Manakala, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
“Sesungguhnya Rabbmu telah memperingatkan kamu dengan tiga hal. Pertama: Asap yang akan mengakibatkan kepada orang Mu’min seperti demam dan kepada orang kafir sehingga ia melepuh (pecah) dan keluar asap dari setiap telinganya, yang kedua adalah binatang, yang ketiga adalah Dajjal.” [Dikeluarkan oleh Ibn Jarir dan diriwayatkan oleh Thabrany dari Abu Malik Al Asy’ari dan sanadnya adalah jayyid]

Gelak2 juga. Tapi isi pengajaran dari kehadiran jerebu ni jangan sesekali kita lupa. Abg long bukan ostat tapi sekadar memberi ingat.

Jazakallah.


Credit photo: lebai google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Jenayah di mana sahaja

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

wassap 
Baru je dua tiga hari lepas abg long create cerita pasai jenayah dan penjenayahan yang berlaku di kawasan tempat lepak abg long kat ladang sini. Hari ni dapat pula berita dari seorang sobat (rakan sejawat) yang mengatakan beliau tidak dapat hadir bekerja kerana terpaksa pulang ke rumah ibu bapanya. Jam dalam lingkungan empat pagi rumah ibu bapa beliau di Marang telah di masuki perompak yang bersenjatakan parang.


Pagar yang di potong penjenayah
Alhamdulillah semua selamat. Penjenayah tidak mengapa-gapakan ibu dan adik-adik beliau. Mereka just amik barang kemas, duit dan handphone (lain-lain barang yang hilang belum di kenal pasti lagi). Banyak kali dah abg long bincang pasai jenayah yang menjadi2 ni. Bila abg long cakap maka akan ada suara2 yang mengatakan "Negara kita aman. Syukur dengan apa yang telah kita ada". Masalah sekarang bukan isu aman tapi mengenai KESELAMATAN. Kalau negara aman sekali pun tetapi warganya tidak selamat takdak guna juga.


Tercapai ke NKRA yang diwar-warkan? Sedangkan kalau kita amati, kisah jenayah dan penjenayah ni ada saban hari. Yang dilaporkan media masa tiap2 hari dok ada. Yang tak dilaporkan bagaimana?? Jadi, selamatkah kita dengan kes jenayah yang semakin berleluasa?? Mesti akan ada yang kaitkan tulisan abg long ni dengan politik.......Mohon maaf yer kawan2, penjenayah ni depa tak pilih bulu.....depa tak kisah angpa penganut anutan parti mana, kalau dia nak.....tak kira angpa biru....angpa merah...angpa hijau....angpa kuning.....semua depa belasah. Yang penting depa dapat apa yang depa mahu.


Pegawai penyiasat datang menyiasat
Bila 'orang kita' banyak buat kerja2 politik maka hal2 seperti keselamatan rakyat akan 'sedikit' tergugat. Mungkin kes jenayah ni tak berlaku kat kita dan keluarga kita, tapi bila dah terkena tang batang hidung kita baru kita tahu langit tu tinggi rendah macam mana. Undang2 kita lemah ke sampai penjenayah sikit pun tak takut nak melakukan jenayah? Polis kita tak cekap ke sampai penjenayah semakin berleluasa melakukan aktivitinya? Angpa jawab la sendiri na kerana angpa pun dah ada jawapan dia.

Bila hukum manusia tidak dapat menangani permasalahan hidup yang ada, apa salahnya kita guna hukum Allah swt yang berkuasa menghidup dan mematikan kita.

Hukum Allah swt tak sesuai dengan keadaan negara kita? hmmmm......rasa2 angpa sesuai tak duduk dan hidup kat bumi milik Dia ni?? 

Selamat berfikir untuk semua.

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Jerebu Oh Jerebu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Bila asap itu mula memenuhi ruang angkasa huru hara hidup sekalian manusia. Yang selalu 'berasap' pun terasa alah dengan asap yang bernama jerebu ni. Betul2 menyesak dada. Bukan satu dua daerah yang meracau dengan kehadirannya tapi melibatkan beberapa negara. Hebat sungguh penangan asap bernama incik jerebu ni.

Muar dan Ledang di Johor telah pun di isytihar darurat kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah pun melebihi 750. Daerah Pasir Gudang dan Kota Tinggi pula kebanyakkan sekolah telah ditutup kerana paras bacaan IPU menunjukan paras sangat tidak sihat iaitu melebihi paras bacaan 300.

Semalam juga diberitakan sekitar Melaka, Kolumpo dan Kuantan ada sekolah terpaksa ditutup kerana jerebu yang melebih paras tidak sihat. Semua aktiviti luar telah dibekukan. Di Kemaman tempat abg long ni pun dah menunjukan tanda2 jerebu mulai menyerang, mengikut bacaan IPU sekitar Kemaman dah cecah angka 249. Segala aktiviti luar bilik darjah terpaksa ditangguhkan. 

Musim incik jerebu mengamuk ni pedih mata dan sesak nyawa dibuatnya. Tahap  kesihatan juga merudum. Cepat penat tak semena-mena.......Cuaca panas pun lain macam rasa dia.

Katanya jerebu ni hasilan dari pembakaran kawasan hutan dan ladang di negara jiran. Angin yang bertiup kencang membawa jerebu sampai ke sini. Orang lain punya angkara kita pula yang terpaksa menanggung akibatnya. Inilah yang dikatakan selfish......sepatutnya pihak yang terlibat dalam pembakaran hutan dan kawasan ladang tu pikiaq sama kesan dari pembakaran secara terbuka dan berskala besar tu kepada orang awam dan kehidupan lain. Jangan pikiaq kos murah maka kita lupa tanggungjawab sosial kepada penduduk bumi yang lain. 

Punca kebakaran ladang dah dikenalpasti. Kerajaan dan penguatkuasa buat apa? tak kan bersimpuh pegang teloq ja.....jalankan la amanah dan tanggungjawab, heret ja pesalah alam sekitar ke muka pengadilan. Akta macam2 dok ada, tak kan nak jadikan hiasan semata? Ada akai tolong la pakai....Khabarnya Singapura akan mengambil tindakan terhadap mana2 syarikat dari negara itu yang membuat pembakaran terbuka di ladang milik syarikat berkenaan di Sumatera. Manakala dari kerajaan Malaysia pula pembenihan awan akan dilakukan sekiranya IPU jerebu semakin meningkat.

Tahap Indek Pencemaran Udara (IPU),

  • 0-50 Baik
  • 51-100 Sederhana
  • 101-200 Tidak sihat
  • 201-300 Sangat tidak sihat
  • 301-400 Berbahaya
  • 401-500 Sangat berbahaya
  • Lebih 501 Darurat  
Tempat angpa berapa bacaan IPU?? Kalau teruk sangat elakkan berada atau membuat sebarang aktiviti diluar rumah. Gara2 jerebu ni aktiviti berburu terpaksa abg long stop sementara waktu. InshaAllah akan bertukar aktiviti berburu pula nanti. Nak tahu apa? Tunggu sahaja pendedahan eksklusif nanti...HiHiHi....Semalam nak shoot 'supermoon' pun takde selera. Jerebu tebal sangat, 'supermoon' yang indah pun nampak macam sakit tak bermaya tengok pada dia punya cahaya.

Antara langkah2 yang ohsem untuk kita praktik musim2 jerebu cengini.
  1. Elakkan membuat pembakaran terbuka. 
  2. Pakai mask ketika berada diluar rumah. 
  3. Pastikan anda dan ahli keluarga tidak melakukan aktiviti diluar rumah dalam masa yang terlalu lama. 
  4. Banyakkan meminum air masak mati (air putih).
Hargailah kesihatan diri ye kawan2. Ni ada satu abg long nak pesan, "Walaupun cuaca jerebu tapi hati jangan jerebu".

Terima kasih sudi singgah baca. Lain kali datang singgah lagi. Jangan lupa singgah len kali bawa air coke dan popcorn sama. Angpakan nak buang masa lelama kat blog abg long ni ha.....(~_^)

Jazakallah

Credit Photo: Lebai Google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Sunday 23 June 2013

Malam Nisfu Syaaban

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Alhamdulillah....Syukran ya Allah. Dengan limpah rahmat dan berkatNya maka abg long dan kita semua tegar bertemu lagi dengan malam Nisfu Syaaban untuk sekian kali.  Malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban 1434 Hijrah) jatuh ketika masuknya waktu maghrib pada hari Ahad (malam Isnin) 23 Jun 2013.

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."


Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia."

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud,
“Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”

Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah,
"Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”


Diriwayatkan daripada Ata' ibn Yasar berkata,
"Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya. Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban."

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a berkata,
"Sesungguhnya Allah akan memutuskan semua qadha' hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan menyerahkannya kepada pemilik-pemiliknya pada malam Lailatul Qadar."

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN
Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
- bacaan 1 : Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
- bacaan ke 2 : Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
- Bacaan ke 3 : Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.

Perbanyakkan melafazkan "astaghfirullahal'azhim (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil

Perbanyakkan solat-solat sunat seperti,
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.”

Membaca Al-Quran, memperbanyakkan sedekah, memperbanyakkan selawat dan doa, memperbanyakkan tasbih, tahmis, tahlil dan takbir. Ucaplah subhanallah alhamdulillah lailahaillallah allahuakbar. Fadilatnya, Setiap satunya akan ditulis baginya 20 kebajikan dan digugurkan daripadanya 20 kejahatan.

Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan kerana selepas 15 Syaaban rekod kita akan menjadi baru. Mudah-mudahan rekod kita yang sudah mendapat keredhaan Allah.

Maka, sewajarnya kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan hari2 yang mendatang bagi mengelakkan apa yang Allah benci. Mudah-mudahan kita semua diampunkan Allah SWT serta tergolong dalam dalam kalangan hamba2 yang beruntungan di dunia dan juga 'di sana'.

Barakallah fiikum.

Sumber rujukan: Nisfu Syaaban
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Pesta buih | 47 remaja ISLAM di tahan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Atas dasar modenisasi dan kebebasan serta ketakcaknaan ibu bapa terhadap anak2 dewasa ni dapat kita lihat betapa sosio-budaya masyarakat kita semakin terhakis nilai2 nya. Lebih menyedihkan bila yang terlibat dalam kes2 seperti ini adalah dalam kalangan pemuda-pemudi ISLAM. Mereka yang menjadi harapan agama dan negara.

Tika pemuda-pemudi ISLAM di Palestine dan Syria sibuk mempersiapkan diri berjihad dan syahid dijalan Allah swt tetapi tidak remaja melayu-ISLAM di Malaysia (kalau ada pun sebilangan sahaja)Pemuda-pemudi (ISLAM) kita terlalu leka dan alpa dengan dengan fitnah dunia. Mereka terlalu asyik dengan hiburan yang lagha. ISLAM tidak menolak hiburan tetapi jangan keterlaluan. 

Salah ke mandi buih? Mandi buih tak salah pun tapi apa jadahnya pi mandi buih reramai bercampur gaul lelaki pompuan yang bukan muhrim cengitu. Nak sangat mandi buih kat rumah pun boleh. Sambil cuci beskal pun boleh mandi buih. Sikit pun tidak terlarang. Ini kalau dah bercampur gaul serta bermaksiat bukan sahaja orang marah, Tuhan lagi la marah.

Patutnya mak bapak cakna la sikit pada anak2. Jangan terlalu memberi kebebasan kepada mereka. Kena tanya dengan sape anak2 kita berkawan.....ke mana hala anak2 kita menerawang. Mencegah kan lebih baik dari merawat. 

Tapi orang kita, bila dah jadi macam gini mula la nak salahkan anak2. Konon depa dah conteng arang pada muka mak bapak dan bagi malu muka orang tua yang tak tahu mana nak letak. Hakikat kekhilafan sendiri tak pula nak diakui.



"Hasil siasatan mendapati restoran ini mempunyai lesen perniagaan yang sah dan mengadakan pesta seperti ini pada masa-masa tertentu sahaja

Kepada pihak berwajib yang sewenangnya bagi lesen kena juga ingat, saham untuk anda  tetap ada diakhirat kelak....tak banyak, sikit tu inshaAllah tetap ada.

Angpa boleh baca SINI untuk cerita main buih lebih details.

Pemuda-pemudi (ISLAM) kita ini tak tahu yang mereka amat berharga. Mereka bukan sahaja berharga buat keluarga mereka dan negara semata tetapi yang paling utama mereka amat berharga kepada agama. Pemuda-pemudi yang berharga mampu meletakkan agamanya berada tinggi disinggahsana.

Jika tidak, masakan Saidina Ali berani menyatakan;
“Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.”


Jika kita lihat pemuda-pemudi kita hari ini, dimanakah harga mereka? Bagaimana kelak corak negara kita yang bakal ada? Tepuk dada tanya iman kita.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Pulau Langkawi | Kembara Si Pemburu ( Langkawi 1st day )

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Trip yang sangat meruja dan memenatkan. Balik sahaja dari Kayuhan fasa II berehat sehari dua terus sambung Kayuhan fasa III. Kali ini lokasi ke belah utara pula. Sambil2 balik kampung serta makan angin memcuba nasib berburu ke sana.

Lokasi belah utara untuk sesi kayuhan fasa III | Kembara Si Pemburu ini berlangsung dari Perak-Penang-Perlis-Langkawi. Sebelum meneruskan kayuhan ke utara berehat semalam di KB, melepaskan lelah drive dari Kemaman, Terengganu.

Alhamdulillah, kayuhan kali ini memang the best. Abg long nak story perihal kat Langkawi dulu la. Sebabnya best bila berada kat Langkawi. 1st time sampai Langkawi memang amat merujakan. Walaupun masa sampai cuaca hujan, namun pemburuan dan percutian tetap diteruskan.

Dari jeti Kuala Perlis naik feri ke Langkawi. Saja ja naik kat Kuala Perlis coz balik dari Langkawi nanti ada urusan kat Perlis pula. Parking kereta senang ja, berlambak perkhidmatan parking berbayar duk ada....boleh pilih mana kita suka. Bersempena cuti sekolah parking naik harga, untuk 3 hari 2 malam sampai RM45 kena. Untuk tambang feri pula RM18 untuk golongan dewasa, untuk kanak2 bawah 12 tahun caj tambang RM13 rasanya. Sampai Langkawi terpaksa sewa kereta, senang nak bergerak ke sini sana. Takdak la terkejaq masa. Sewa kereta mengikut spesis kereta, yang import mahai la sikit berbanding kereta buatan Malaysia. Untuk Ford Fiesta sewa sehari RM120. Tapi abg long belasah Sang kancil je, itu pun dah kena RM80. 

Masa kat Langkawi lepak area Pantai Chenang. Terima kasih sangat2 pada untie Saz (bonda arwah Yasmin J Hunwick) coz sudi membantu gerombolan abg long dari segi mencari tempat penginapan. Bukan senang nak dapat penginapan last minute time2 cuti sekolah. Jarak dari tempat penginapan dengan Pantai Chenang tak jauh mana, seberang jalan sahaja. Penginapan ni hotel atau homestay abg long tak tahu nak kata, tapi memang selesa gila. Harga dia pun berpatutan dan tak mahai mana. Kalau nak yang lagi selesa dan mahai ada, tapi bagi abg long cukup la sekadar untuk lelapkan mata, mandi dan salin pakaian cuma. 


Gambaq penginapan yang ohsem.
Perjalanan dari Jeti Kuala Perlis amik masa sejam lebih. Dari jeti Kuah ke Pantai Chenang ada la dalam setengah jam. Masa sampai Pantai Chenang dah lewat petang, tanpa melengah masa siapkan alatan menembak dan terus menyusur Pantai Chenang sehingga ke hujungnya. Penat tak terasa sebab boleh lihat gelagat pelancong (local dan global) duk bersantai serta melihat keindahan alam tika mentari senja. 

Tak banyak yang dapat untuk pemburuan hari pertama coz baru nak berasimilasi dengan persekitarannya. Tapi memang payah nak berburu coz pantainya yang ibarat lagu 'Kosong' Najwa Latif.

Kawasan jeti nelayan Pantai Chenang.
Sampai sini abg long berjalan
Sikit punya jauh dari tempat penginapan
Bentuk L.O.V.E dalam gambar diukir oleh seorang awek Jepun.
Angpa nak tengok gambaq beliau bersunset?
Angpa terjah SINI.
Tapi buat masa sekarang ni gambaq tersebut abg long
belum berkesempatan untuk pp lagi.
Ni amik guna kumira hp cap ayam sahaja.
Kat Langkawi ni matahari terbenam lambat. Jam 8 malam tu masih terang benderang lagi. Sepanjang tepian pantai penuh dengan warna warni muntahan cahaya lampu neon. Memang cantik dan mengasyikkan. 


Cahaya neon memyimbahi sepanjang Pantai Chenang
Malam pertama tak ke mana. Lepas makan semua terbongkang kepenatan. Nawaitu nak jalan2 cuci mata kat kedai sekitar kaki lima jalan Pantai Chenang terpaksa la ditangguhkan.

Jika angpa bernawaitu dan berhajat nak pi Langkawi secara solo, berduet, berfamili atau bergerombolan boleh la contact,

SANDY LEISURE HOLIDAY SDN BHD
LOT 2B, SANDY BEACH RESORT, PANTAI CHENANG
07000 LANGKAWI, KEDAH.

atau angpa boleh call En. Mahadi Bin Muhamud ditalian tak bebas tol 017-4146332 dan 04-9558888. Baguih orangnya. Beliau akan tolong angpa dari A-Z jika angpa ada masalah sepanjang trip angpa. Beliau juga boleh amik angpa dengan gerombolan di jeti Kuala Perlis jika angpa mahu. Memang terbaik la service beliau. 

Cukup dulu kot kisah kayuhan fasa III | Kembara Si Pemburu ni. Akan bersambung dilain siaran....InshaAllah. Jika angpa berminat nak tengok hasil pemburuan abg long boleh terjah SINI atau angpa boleh skodeng di blog usang Digital Raudhah Photograpy.

Terima kasih buat angpa yang sudi singgah dan baca cerita ceriti ceritu abg long yang suam2 kuku nih.

Jazakallah.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.