Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday 13 May 2013

Tips | Penjagaan bateri kereta punya cerita

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Angpa ada kenderaan dak? Rasanya rata2 yang singgah blog saya ni ada kenderaan memasing kan.....paling koman pun ada yang bercita2 untuk memiliki kenderaan sendiri....HiHiHi....Bagus kalau angpa duk ada impian lagu tuh, sekurang-kurangnya angpa ia akan memotivasikan diri angpa untuk mencapai apa yang angpa cita-citakan.....betui dak?

Okies...Kali ni saya anak share cerita about penjagaan bateri.....Bateri kenderaan, tak kisah la kenderaan apa pun....kereta ka, motosikal ka......bas ka.....kapal terbang ka......kereta api turbo ka.....yang penting kenderaan angpa tu memang sejak lahir depa dah guna BATERI. 

Bukan apa, jadikan kisah saya ni sebagai ikhtibar. Saya ni law bab-bab hukum hakam penjagaan kenderaan memang saya lemah, tapi takdak la sampai GAGAL. Kiranya dalam potensi GALUS la kot erk.....HiHiHi....Biasa pun kalau service hatta tambah air bateri memang bawa kedai. Tak pernah pun bikin sendirian berhad. Tau naik je....start kereta hidup dan boleh gerak itu udah memadai. Dulu masa tengah gila-gila remaja, setiap jam duk belek motor kesayangan. Tapi sejak ada kereta ni lain pula perhatian saya berikan. Mesti angpa kata saya spesis yang suka mendiskriminasikan jantina kan? HaHaHa.....apa2 aje.....Tapi kan, saya tau yang angpa pun tau bahawasanya untuk menghidupkan enjin, bateri kereta kita perlu berada pada tahap yang optimum. Betul tak?

Ini benar2 terjadi dekat saya baru2 ni, jeng kreng berasa......Nak pula kena time tu waktu pagi nak pergi kerja. Kelam kelibut baq ang.....Berpeluh satu badan di pagi yang cool....Konon2 nak jadi pomen tak bertauliah pagi tu la kan. Sebabnya bateri 'kondem'....air dah kering tahap musim kemarau dan tak boleh nak hidup. Start boleh tapi tak hidup, meragam macam puntilanak lapaq susu ducth lady chocolate flavoured milk.

Start punya start tak juga dia nak hidup. Dan dan rasa nak berlari je ke show room kereta time tu...Kalau angpa nak tau bateri yang lemah akan menyukarkan kita untuk menghidupkan enjin. Dalam masa sama, ia akan meningkatkan risiko untuk kereta tiba-tiba rosak ketika pemanduan. Kalau jadi lagu ni bukan sikit duit terbang tau, silap2 boleh buat kita jadi manusia yang berhalusinasi nanti. 

Untuk pengetahuan am angpa, masalah kenderaan adalah masalah ranking kedua mengetatkan jiwa selepas masalah berkenaan dengan aweks....HiHiHi...Jadi, angpa jaga la kenderaan angpa tu bebaik. Service la apa yang patut mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Skodeng2 la sama air bateri kereta angpa tu melimpah ruah lagi atau dah jadi kering keding. Jangan jadi macam gambar kat bawah ni udah la yer.....Susah lagi payah jika kenderaan kita ni jadi rosak. 

Bulatan kaler merah tu adalah anasir yang sememangnya tidak di ingini pada sebiji bateri
Well, suka la saya untuk share sedikit ilmu berkaitan penjagaan bateri kenderaan dengan angpa semua. Tips ni uncle Chong (memang nama sebenar) tempat saya beli bateri baru yang cerita. Maaf, saya bukan perkauman.....makanya suka saya pergi kedai dia untuk beli bateri baru untuk kereta saya....HiHiHi..

Dua (2) Langkah untuk mengurus bateri kenderaan.

1- Penyelenggaraan air bateri.
Lakukan penyelenggaraan air bateri setiap masa. Tak perlu hari-hari pun. Cukup ia dilakukan seminggu sekali. Tambah air bateri jika ia nampak semakin susut. Tambah pada paras normal. Tapi awas, jangan kasi lebih, nanti melimpah ruah pula. Air bateri yang melimpah keluar boleh menyebabkan kerosakkan pada komponen lain pula. 

2- Buang debu putih.
Sila kikis atau guna chemical (apa apa nama ntah...saya lupa....sila rujuk lebai google..) untuk menghilangkan debu putih tersebut. Saya ari tu kikis pakai skru driver je. Hentam aja la labu....janji sedap....HiHiHi...Debu tersebut boleh menyebabkan bateri mudah rosak jika ia bertambah tebal.

Atas nasihat uncle Chong pada saya maka saya pun angkat la sebiji bateri baru, spesis bateri kering. Senang untuk orang macam saya. Tak payah nak selenggara bagai. Sepatutnya bateri kereta saya boleh tahan bertahun-tahun tapi jadi berbulan sahaja akibat kecuaian yang tak disengaja. Akhiran dari kisah tak best pagi itu maka melayang la duit saya ratus2 untuk sebiji bateri baru.

Pakai bateri kering la pulokkkkk
Kurang sikit kerenah saya nak melayan nanti...HiHiHi..
Jadi, untuk mengelakkan angpa dari menanggung kerugian yang high value tidak salah rasanya jika angpa melaburkan sedikit masa lebih kurang 5-10 minit untuk memeriksa keadaan bateri kenderaan angpa. Bak kata pepatah orang lama-lama, "Dah terhantuk baru nak mengadah". Entri ini kiranya saya dok mengadah la ni yer....HaHaHa.....Jangan nak kutuk-kutuk, tak baik tau....Oleh itu, marilah kita sayangi bateri kenderaan kita apa adanya....^_^

Harap cerita hari tak best saya wif bateri ini bisa memberi sedikit motivasi untuk angpa semua yang sudi singgah dan lepak sini.

Yang baik dan cool itu datang dari Allah swt, yang tak best itu datang dari diri saya sendiri. Semoga bermanfaat untuk semua sahabat.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

  1. aiikk ade jenis basah ngn jenis kering ye???? baru tahu ni... hahaha selama ni ngat batteri yg basah je... terima kasih share ilmu ni.. lau tak, tak tahu la ena nanti kalau jadi apa2 kat ena time drive

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.