AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday, 15 May 2013

Senarai Anggota Kabinet Transformasi 2013 tiada Menteri Pengajian Tinggi??

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Barisan kabinet baru Malaysia 2013. Taniah kepada yang terpilih. Semoga tekun bekerja untuk rakyat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama. Jadikan jawatan yang disandang itu amanah dari seluruh rakyat Malaysia.

Bekerja la untuk rakyat. Sesungguhnya rakyat sekarang dah pandai menilai. Mulai detik ini mereka (rakyat) mulai memantau gerak kerja yang anda lakukan. Alhamdulillah, ada juga calon dari bangsa cina. Baru ada semangat 1 Malaysia. Mudah-mudahan tiada lagi isu-isu perkauman yang dimainkan lagi selepas ini. Apa yang berlaku dalam PRU13 yang lalu pakat2 jadikan ia pengajaran, baik kepada yang menang mahupun yang kurang menang.

Taniah juga buat penduduk Sabah dan Sarawak kerana suara mereka semakin besar di dewan negara bilamana suara yang mewakili mereka kian bertambah dalam kabinet.

Jelas tuah juga menyebelahi batang tubuh ketua pemuda UMNO Malaysia YB KJ bila mana turut dilantik menjadi menteri penuh yang diamanahkan menjaga kementerian yang pernah dijagai oleh TS Rais Yatim. Ternyata kesabaran dan kesetiaan beliau selama lima tahun yang lalu akhirnya dibalas dengan jawatan menteri penuh oleh Najib Razak. 

Walau bagaimanapun, seribu kali sayang.....Senarai Barisan Kabinet Transformasi Najib Razak 2013 ini tiada menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan mengawal pergerakkan para pensyarah dan mahasiswa dipusat-pusat pengajian tinggi. Adakah Najib Razak cuba untuk meminggirkan  golongan ini? Adakah dengan meletakkan calon mahasiswa melawan Najib Razak di Pekan pada PRU13 yang lalu membuatkan Najib Razak lelas hati dengan golongan ini? Makanya, portfolio kementerian pengajian tinggi dibubar mansuhkan.?. Wallahu'alam.

Muka baru dan muka lama yang bakal berkolaborasi dalam kabinet Malaysia 2013.


Senarai kabinet Malaysia 2013 pilihan Sinar Harian.


Perdana Menteri (Menteri Kewangan)
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan)
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Ahmad Maslan

Menteri Kewangan
Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Pelajaran 
Datuk Seri Idris Jusoh

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishamuddin

Menteri Pengangkutan 
Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menteri Pelancongan 
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Luar
Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Kerja Raya
Datuk Seri G Palanivel

Menteri Kesihatan 
Datuk Wee Ka Siong

Menteri Belia Dan Sukan
Dato Ahmad Shabery Cheek

Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri S Subramaniam

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Seri Noh Omar

Menteri Perdagangan Dan Industri
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Shafie Afdal

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Datuk Fadillah Yusof

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Unggah Embas

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Datuk Peter Chin Fah Kui

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Datuk Seri Mahazir Khalid

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Datuk Joseph Salang Gandum

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan 
Datuk Seri Ong Ka Chuan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Datuk Noriah Kasnon

Menteri Penerangan Dan Komunikasi
Khairy Jamaluddin

Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Johari Abdul Ghani

Apakah pandangan dan pendapat angpa dengan Senarai Anggota Kabinet Transformasi Najib Razak 2013 pilihan Sinar Harian ini? 

Adakah ia kabinet untuk mengukuhkan pengaruh DS Najib Razak atau ia sememangnya kabinet rakyat yang dibina demi rakyat?

Walau apa pun yang bakal ada nanti, semoga barisan anggota kabinet Malaysia yang baru dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Jazakallah.

Sumber
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.