AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday, 16 May 2013

SELAMAT HARI GURU


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Di kesempatan ini saya nak mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua. Terutama guru-guru saya sejak dari saya bersekolah tadika, guru-guru yang mengajar saya di Sekolah Rendah Kebangsaaan Kampung Chengal, guru-guru di Sekolah Menengah Ketereh, guru-guru di Sekolah Menengah Vokasional Wakaf Tembusu, pensyarah-pensyarah saya di Universiti Sains Malaysia, tenaga pengajar saya di Institut Pendidikan Guru Raja Melewar, guru-guru di pusat tuisyen serta semua guru dan cikgu yang ada. Tidak kira sama ada guru dan cikgu yang mengajar saya secara formal atau tidak formal. TERIMA KASIH CIKGU.

Sesungguhnya jasa cikgu amat besar buat diri saya. Tanpa pengorbanan cikgu serta ilmu yang dikongsikan saya tidak mungkin berada sepertimana saya pada hari ini.

Bagi saya, hari ini bukan semata-mata hari untuk saya menunjukan kasih sayang dan penghargaan saya terhadap cikgu....Bagi saya setiap hari adalah hari buat cikgu2 semua.  Tanpa cikgu saya mungkin tidak tahu tulis baca.....tanpa cikgu mana mungkin saya kenal putih dan hitam dalam kehidupan.....tanpa cikgu pasti saya akan sesat dalam terang....kerana, cikgu adalah segalanya.




Khas buat seluruh buat warga guru. Jom nyanyi sesama semua. Khas buat guru kita yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.




Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa guru dan cikgu. Semoga cikgu2 kita beroleh berkat dan rahmat dari Tuhan mereka. InshaAllah

Terima kasih cikgu. 
Jasa mu hingga akhir hayat.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.