AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday, 11 May 2013

Sea & Sun Escape - The Possimo Way | Impiana Beach Resort


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Seharian berkampung dalam bilik study. Dari pagi bawa ke petang, hanya mengadap laptop kesayangan. Banyak betul benda yang nak kena disettlekan. Lintang pukang seposen life sepanjang hari ni. Nak tak nak kena gak menghadapi....pesan pada diri, "kayuh pelan-pelan.".

Alhamdulillah...berkat kesabaran dan ketekunan akhirannya gerak kerja hari ni dapat disettlekan setakat yang terdaya. Bukan mudah nak settle dua kerja dalam satu masa. Silap kawalan boleh buat ketat jiwa.....HaHaHa...

Well, akhirannya soalan exam bintang2 hati saya dah pun settle.....Harap2 bintang2 hati saya dapat menjawabnya.

Syukur juga coz final editing untuk gambar2 event Syarikat Possomi Technologies dekat Impiana Beach Resort pada 19-20 April tempohari dapat juga disettlekan hari ni....terkejar2 dateline....Janji nak serahkan gambar2 tuh pada syarikat Possimo Technologies minggu lepas, tapi disebabkan demam pru13 dan semua orang sibuk serta menyibuk dengan pilihanraya terpaksa la minta tangguh sampai minggu depan. Alhamdulillah depa paham, kalau tak mau lebam mata dok kejaq masa.

Walaupun mintak tangguh next week tapi akhirnya dapat juga settle arini, petang tadi dah pun hantar print....InshaAllah, takde aral esok dah boleh pos pada depa. Bukan senang rupanya nak ngedit gambaq nih, terutama yang melibatkan moment adalah manusia. Senang lagi edit gambaq sunrise dan sunset rasanya. Walau bagaimanapun, berkat usaha dan tunjuk ajar dari sahabat2 dapat juga siapkannya. Event ni merupakan 1st job saya dibayar lumayan....jadi, nak tak nak....mahu tak mahu....suka tak suka terpaksa la memaksa diri untuk buat yang terbaik. Dah orang percaya kat kita kan, tak kan kita nak buat cincai2 aje....Biasanya orang nilai kerja kita dari hasil yang kita persembahkan, bukan dari kata2 kosong semata. Betul tak?

Kat bawah ni gambar2 kenangan depa sepanjang event tempohari yang sempat saya godek dan jahanamkan...HaHaHa...Bukan senang rupanya nak buat template custom album ni...








Terima kasih tak terhingga saya ucapkan buat Impiana Beach Resort, Cherating coz meletakkan kepercayaan kepada saya untuk handle bahagian photography bagi event Sea & Sun Escape - The Possimo Way. Terima kasih tidak terhingga buat En. Jamil, big boss Impiana Beach Resort serta orang kuat beliau Cik Shikin atas kesudian berkolaborasi dan kepercayaan terhadap hasil kerja saya. Banyak2 terima kasih juga untuk sahabat saya Feeq Quise coz sudi memerah keringat sehari semalam duk menembak geng2 Possimo Technologies ari tu. Ke hulu ke hilir duk berlarian mengejar depa tu tengah panas tengah hujan....Lepas ni boleh la saya belanja sahabat saya yang ohsem tu minum2 dekat Kopitiam Kemaman.....Cheque pun sudah settle.....HaHaHa...

Angpa yang nak buat event berupa hari keluarga atau hari2 yang sewaktu dengannya boleh la mencuba dekat Impiana Beach Resort. Kawasan dia memang ohsem dan awesome. Harga pun berpatutan. Jika angpa berminat boleh contact direct line TEL: +60 (9) 581 9000 (Cik Shikin) atau layari laman web Impiana Beach Resort dengan klik SINI untuk maklumat lebih lanjut.


Pemandangan Impiana Beach Resort dari udara.
Bukan setakat event untuk hari keluarga, untuk datang bercuti bersama keluarga atau dengan yang tercinta pun boleh dah saya kira. Tempat dia memang cantik, dengan pantai yang landai.....kawasan yang menghijau....udara yang nyaman.....memang sedap la kalau nak datang berehat dan release tensen. Berbaloi-baloi....HiHiHi

Ok la, semua dah pun settle. Blog yang tak terusik lama dah pun ada entri baru untuk angpa baca. Sekarang masa untuk saya tidur lena. Esok dah start kerja. Semoga hari esok dan hari2 mendatang adalah hari yang best buat saya....InshaAllah dipermudahkan olehNYA.

Terima kasih coz angpa sudi buang masa baca ini cerita. Terima kasih yang tiada terhingga buat angpa semua. Lain kali sila datang lagi singgah baca. Mana yang tak kena mohon tegur dan sapa.

Jazakallah.

Mood: Masih lagi tercari-cari dan teraba-raba skill menaip serta skill menyusun kata bicara.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.