Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday 5 May 2013

Saya pilih mengundi


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Selamat pagi semua. Mesti angpa semua tengah bersiap-siap sekarang ni kan, melawa dan menyemart sakan la angpa hari ni yer, maklum la nak beraya....HiHiHi....Saya tengah bersiap juga nih, tengah setting peralatan untuk menembak suasana orang-orang kita beraya. Meriah terlampau raya 13.

Macam2 cerita...macam berita yang disajikan buat rakyat jelata. Ada yang best ada yang memualkan. Yang hak, yang batil dah tak tahu mana beza.....aci redah je orang kita.

Kepada angpa yang tak mengundi tu duk diam2 kat rumah dah la, tak payah nak menyibuk tak tentu hala.....Orang tengok meluat ada....HeHeHe....Kepada yang layak mengundi tu keluar la awal2 untuk mengundi. Bukan apa, takut jem je bila masuk kawasan sekolah. Maklum la kan, ramai yang excited nak memilih.

Kepada angpa yang nak mengundi tu, turun la dari rumah dengan kaki kanan.....baca doa....mudah-mudahan gerak kerja hari ni tegar mendapat rahmat dan berkat dariNYA. Selepas tu buat la pilihan yang tepat. Jangan buat pilihan yang salah. Jangan dah terhantuk nanti baru nak mengadah. Awal2 sebelum membuang undi angpa tak nak beringat kan? kan? kan?...HiHiHi..

Well, buatlah pilihan terbaik dalam kalangan yang paling baik antara mereka2 yang bertanding. 


PAKATAN RAKYAT 

 BARISAN NASIONAL

Jadi, moh ler kita reramai serbu pusat mengundi. Kita undi calon yang bertanding.  Sesungguhnya mengundi itu sebahagian dari fardu ain. Jom mengundi kerana Allah ta'ala. 

Saya pilih mengundi. Anda?

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. jom mengundi.. huuu ena tak layak lagi, umo tak genap lagi... tengok tangan orang lain pakat2 warna biru, teruja la pulak.. ahakx

    ReplyDelete
  2. selamat mngundi..:)
    pilihan anda penentu kejayaan ngra..sehh..ehehe..mcm iklan je..D:

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.