AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday, 1 May 2013

Programmer Computer | Usaha tanpa jemu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Niat tadi usai balik memburu sunrise nak la lelapkan mata seposen dua. Tapi, bila mengingatkan ada beberapa benda tak settle lagi terpaksa la bancuh nescafe kaw segelas buat ketatkan mata. Godek punya godek benda alah ni ingat kan senang, rupa2 susah lagi payah....ye la kan, bukan bidang kita memang la sukar sikit nak kasi settle.

Semalam dapat benda ni seketul masa program berjumpa dengan pengarah JPNT. Rezeki dari Allah swt katakan. Ramai juga kawan2 yang dapat. Untung mai pindah dari Johor ke Terengganu ni. Memula tu cuak juga masa memula pindah, maklum la kan....duk dalam sebuah ladang dikawasan pedalaman.....apa sangat la intertaiment yang ada. Pokok2 kelapa sawit banyak la berselerak kat sini. Nasib baik la ada tenet, dapat la menyahnitratkan sedikit rasa busan walaupun line kekadang macam siput sedut baru lepaih bersalin anak kembo...HiHiHi....

Berbalik kepada benda yang saya dapat semalam, kalau cari kat kedai2 sekitar dan bandar memang takde jual benda alah ni. Ni keluaran khas dan limited edition. Tapi kan, banyak juga la benda yang saya kena create serta buat sendiri jika nak ia lebih mantap dan menarik. Tak nak buat sendiri hantar kedai lagi senang sebetuinya. Tapi itu bagi jalan yang mudah la dan dalam hidup ni tak ada pun sebetuinya yang mudah. Nak berjaya kena ada usaha. Kejayaan tak datang golek2 depan kaki. Saya ni suka explore.....buat dan belajar sampai lebam hingga puaih hati. Cuma kekadang tu ketat juga jiwa bila buat tak jadi2 sedangkan masa dah banyak berabis begitu saja.....sabaq je la....Kalau tak boleh settle baru cari jalan kedua. Sungguh berbaloi2 la duk tadah telinga dan ketat mata sepanjang program semalam semata-mata untuk dapat benda ohsem ni.

Dok godek2 benda kat bawah ni sepanjang sore yang mega mendung ni. Usaha tanpa jemu...walau kekadang datang perasaan tepu dan kelu. Alhamdulillah dah berfungsi dan boleh menelaah muka buku....HiHiHi...Takdak la, benda ni guna untuk buat kerja dan p&p. Jadi tak payah dah susah2 usung pahlawan biru saya ke hulu ke hilir lepaih nih.




Laptop ni kerajaan negeri Terengganu dibawah anak syarikatnya Top IT yang bagi. Semua tenaga pengajar di seluruh Terengganu dapat benda alah ni. Budak2 dari tahun 4 hingga tahun 6 dapat juga tapi e-book, manakala pelajar2 sekolah menengah pula dapat netbook. Untung bebeno sesape yang masuk mengajar kat Terengganu dan belajar kat Terengganu. Negeri terengganu kan dapat wang ehsan, elok juga depa bagi benda2 cenggini kepada yang layak....Jadi, saya antara yang layak walaupun tak sampai setahun lepak sini. Bravo.......HiHiHi.... (kenyataan ini tiada perkaitan dengan kempen pilihanraya.sekian. harap maklum)

Well, sekarang ni pahlawan biru saya dah ada kawan dan lawan. Boleh la gilir2 guna depa.   InsyaAllah, takdak dikrimisnasi dalam menggunakan depa....^_^....Bangga gak la dengan diri sendiri hari nih, berjaya gak jadi programmer computer walaupun terkedek-kedek mengodek...(ayat masuk bakul angkat sendiri...waaakakakaka).

Lawa juga ghupernye taruk gambar yang saya snap jadikan wallpaper kat depa berdua 
Petang ni betul2 aplikasi ayat ini, "Kejayaan bukan hak milik mereka yang pandai tetapi menjadi hak milik bagi orang-orang yang berusaha". Hari ni berjaya jadi programmer computer yang kecil untuk diri sendiri.

Jazakallah

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.