Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday 28 May 2013

Kayuhan Fasa II | Kembara Si Pemburu (1st day)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah....syukur pada Dia maka kayuhan pemburuan ini dapat diteruskan walaupun sedikit kelam kelibut masa memula nak memulakan kayuhan. Semuanya gara2 ketiadaan dan kehabisan tiket serta hal2 yang tidak dapat dielakkan. Nasib baik ada juga ruang untuk abg long 'menumpang'....HiHiHi...

Sepatutnya entri ni abg long tulis semalam, tapi atas sebab kepenatan dan line tenet yang macam siput sedut dia punya running maka abg long peramkan dulu.

Kayuhan fasa II, Kota Bharu-Shah Alam-Putrajaya. Dah lama tak naik bus untuk perjalanan yang jauh. Rasa loya, pening dan macam2 rasa dok ada masa dalam bus malam semalam. Tido? Memang tido tapi lena mana sangat tido dalam perut bus kan....kejap2 sedar....rabak  tang mata.  

Hari pertama kembara, sampai Shah Alam tepat jam 6.15am. Lepaking at Padang Jawa bagi melonggarkan ketat mata sekupang dua. Cuaca pun tengah best untuk memburu.

Cuaca di waktu pagi yang ohsem

After solat zohor bersiap untuk meneruskan kayuhan ke Putrajaya. Kayuhan pemburuan terpaksa ditangguhkan atas sebab2 alam. Lebat gak hujan yang turun semalam. Dari petang membawa ke malam. Awalnya cuaca sangat indah.....Disini la dapat kita lihat perencanaan Allah swt buat kita, Kekuasaan Allah swt dalam memberikan rezeki kepada hambanya. 

Kadang-kadang kita leka.....kita lupa dan alpa. Kita sering mengeluh apabila ujian itu tiba....Sedangkan apa yang Allah swt rencanakan buat kita adalah yang terbaik untuk diri hambanya. Dia beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Dia sebaik-baik perancang. Itu kita kena sedar.....Sebaik2nya kita bersabaq......Sabaq itu cantik.


Rezeki Allah swt ni macam2.....bukan sahaja apa yang kita mahu.

Penangguhan pemburuan. Lepaking at Taman Impian Ehsan. Makan2 dan edit stock yang ada sambil layan diri.

Jazakallah


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Sendiri Sepi Aku Benci

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Bila siang beransur pergi
dan pekat malam mula menghiasi
Aku tegar lagi disini
Setia hati menanti
Biar lelas hati sendiri

Sepi dan sunyi....
Sendiri aku benci

Takdir ini,
Aku dakap dengan senyuman mewarnai
Takdir ini,
Aku dakap demi redhaMu Ilahi



Dedikasi untuk 'dia'.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Anak bunuh mak | Bila nafsu menguasai diri

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Perkara ni bukan baru tapi dah banyak kali dilaporkan. Dalam paper...dalam televisyen dan juga di alam maya bersepah kisah masyarakat seperti apa yang dilaporkan hari ini. Anak bunuh mak, mak bunuh anak....macam2 kisah kita boleh temui. 

Semua ini bukan lagi perkara luar biasa, malah dah jadi macam biasa......bila baca pun dah tak rasa apa walaupun marah dan benci masih bersisa duk ada.

Kenapa dan mengapa semua ini terjadi? Sepatutnya kita yang Allah swt kurnia kan akai ni lebih comei dalam setiap tindakan.....tahu beza hitam dan putih, reti nilai antara baik dan hodoh.....lembu dan kaum kerabat dia takpa la coz otak ada tapi akai dia takdak. Tak kan kita pun nak jadi macam lembu dan kaum kerabat dia?.

Sepertimana dilaporkan pagi ni di Harian Metro, seorang anak sanggup belasah hingga mati ibu yang mengandungkannya sembilan bulan.......tak tahu ke dia pengorbanan seorang ibu yang bertarung nyawa nak melahirkannya untuk melihat dunia.....sebab romate pendingin udara tegar dia mencabut nyawa ibu yang banyak berjasa tanpa rasa berdosa. 



Tak kira la apa pun agama, bangsa dan budaya.....bukankah kita disaran untuk berjasa dan berbuat baik untuk orang tua kita, lebih2 lagi ibu yang melahirkan dan membesarkan kita. Bukan sedikit pengorbanan ibu buat anaknya. Jasa ibu besar maha benar. Bagi yang beragama Islam, perbuatan begini sah-sah tak akan berbau syurga. Nauzubillah....

Bagi abg long, kot mana-mana pun kita kena berbalik kepada ajaran agama. Lebih2 lagi bangsa abg long yang Islam ni. Bila kurang ilmu agama mula la nafsu menguasai diri.....Mula la Ibu sendiri pun dia tak reti nak menghargai.




Angpa boleh baca cerita menyayat hati ni kat SINI

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Saturday 25 May 2013

Kayuhan Fasa I | Kembara Si Pemburu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah.....dah settle semua pekerjaan yang perlu disantuni hari ini. So, boleh la memulakan kayuhan kejap lagi.

Barang2 keperluan untuk pemburuan pun dah ready. Mudah-mudahan kayuhan arini dirahmati dan diberkati Ilahi.


Kelengkapan memburu Si Pemburu
InshaAllah andai ada rezeki nak singgah Kole Besut seposen. Intai2...skodeng2 keindahan milik Allah swt yang duk ada kat situ petang nanti.

Kepada angpa sahabat2 yang duk ada sepanjang laluan kembara pemburuan abg long nanti boleh la calling2 abg long. InshaAllah boleh kita takruf.....ukhuwah fillah. Angpa boleh rujuk SINI untuk lihat schedule kembara abg long. Atau angpa boleh bersiaran langsung untuk  mengikuti kembara abg long di SINI


Kemungkinan blog ini akan bersawang buat seketika. Sebetulnya malas nak updates blog guna smartphone. Susah lagi payah.....besaq jari jari keypack yang dok ada...Aiiisshhhh....Jadi, angpa follow la abg long kat tempat yang abg long nyatakan tadi. WAJIB folllow taw....Jika tidak nanti angpa kena penalti dan hukuman mandatori....KihKihKih......HiHiHi....

Amboi ang.....dan dan buat muka sekupang.....Dak aiiiiihhhh.....abg long melawak ja. Terpulang la kat angpa nak follow ke idak. Abg long tak paksa....abg long mengamalkan demokrasi suci bukan birokrasi kuku besi....HaHaHa...

Ok la, semua dah ready. Abg long stop sini. Doakan kembara pemburuan abg long ini nanti sukses dan sedap.

InshaAllah ada rezeki kita bersua di alam nyata......Andai tiada, kita berjumpa semula di alam maya. 

Jazakallah

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Last aktiviti | Merentas sebelum cuti

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Aktiviti last b4 cuti bermula.....merentas desa. Opsssssss....merentas ladang kepala kelapa sawit yang sebetulnya...HaHaHa...

Mesti angpa penah join aktiviti sukan merentas desa masa kat sekolah dulu2 kan? kan? kan?....Mesti angpa tak penah nak menang kan? kan? kan?....HaHaHa.....Cu tengok muka bintang2 hati abg long satu2.....Punya la bintang2 hati abg long ni excited nak berlari....muka sorang2 memang bernafsu untuk menang. 



Ni kira aktiviti penutup tirai semester pertama. Buka semesta kedua berkoyan raban aktiviti duk ada. Kerja....kerja.....kerja.....dan kerja semata mencari redha Dia.


Antara muka2 yang berjaya menamatkan larian
Alhamdulillah.....aktiviti berlari ni tamat dengan best, sedap dan lazat....HeHeHe....Walaupun penat tapi semua ceria dan happy. 






Gaya seorang legems photog
Aktiviti bersukan ni sebetuinye dapat release tensen selain dapat sihatkan badan. Betul x? Jadi, meh la kita jalani gaya hidup sihat. Berlarilah untuk kepenatan dan kesihatan...^_^

Selamat bercuti buat semua bintang2 hati abg long dan rakan2 seperguruan seluruh pelosok tanahair. Cuti dengan sedap dan utamakan keselamatan walau dimana badan kita berada.

Jazakallah


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Cuti

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Cuti sekolah dah pun bermula. Sekarang ni tentu ramai warga parents yang tengah sibuk melayan kerenah anak2 yang mengajak mereka dibawa bercuti. Betol tak?

Yang tak beranak pinak pun abg long sure tumpang sekaki dua untuk plan bercuti sama bersempena cuti sekolah penggal pertama yang dah pun bermula.

Kepada semua, rancang la cuti anda dengan bijaksana dan bijaksini.....Kalau poket menipis ada eloknya balik sahaja ke kampung, bercuti sahaja dengan orang2 tua kita. Jika lebih rezeki, lawat la tempat2 menarik yang duk ada kat Malaysia ni. Tak berabis kalau nak jelajah tempat2 best dan ohsem kat dalam negara kita ni.  Macam2 duk ada....

Abg long pun dah start plan macam2.....planning je la, selebihnya berserah pada Allah swt. Dia sebaik2 perancang. Ada rezeki jalan, takdak rezeki duduk ja diam2.....HeHeHe...

Ni schedule minggu pertama cuti yang abg long plan. angpa ada?? HaHaHa...

Sesape yang ada kat lokasi tertera boleh la kita takruf nanti
Sepatutnya petang tadi dah berkayuh ke KB. Tapi plan tak menjadi kenyataan. Atas sebab2 tertentu terpaksa tunda esok hari. Kan dah cakap tadi, DIA juga sebaik2 perancang....HiHiHi..

Angpa jangan ingat cuti ni cuti yang bermakna. Nama je cuti tapi kerja tetap ada.....Semak buku, isi data dalam KSSR dan isi segala program online ini.....prgoram online itu.....Nasib baik takdak kertas pekse yang nak kena bawa sama. 

Sekarang abg long tengah plan untuk penuhi jadual untuk minggu ke-2 cuti. Nak plan apa erk? Angpa ada cadangan? Hmmmmm....

Cuti sambil bekerja.....kerja sambil bercuti.....sama tapi tak serupa....lalala...^_^

Jazakallah

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Friday 24 May 2013

Masakan 'ala' Thai

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ada yang kata dalam hidup ni kita perlu positif. Ya, memang benar....namun bukan setiap masa kita akan berpositif dalam hidup ni.

Tadi keluaq makan. Sikit punya jauh cari port untuk mencekik. Lokasi pilihan untuk mententeramkan segala isi perut malam ni di Muktafi Bilal Shah, Dungun. Tapi silap percaturan. Salah masuk kedai.....Oh tensen!

Terpampang kedai masakan panas ala Thai......bila order, itu takdak...ini takdak.....abis apa yang ada? Orang berniaga kita nak berniaga. Orang dah maju sampai ke bulan orang kita masih duk pasang angan2....masih lagi terbelakang....berat 66!


Menu yang sangat out malam ni
Bukan nak kata abg long ni pandai memasak.....Bukan juga cerewet. Mana ada manusia kat planet bumi ni yang nak makan makanan yang dia bayar dengan duit titik peluh dia tapi rasa makanan tu macam hampeh....dah la layanan tuan punya kedai ntahapaapantah. Nasib baik kedai dia takdak GST, law tak memang haru la life malam ni.

Kegagalan orang melayu dalam perniagaan adalah bila berniaga dia main-main.....'berkira' dan layan customer dengan muka mintak spanar

Cuba belajar berniaga dari orang cina dan orang Thai. Kenapa perniagaan depa berjaya? Kenapa kedai depa orang penuh sentiasa? Yang tu kita kena belajaq dari depa....Patutnya kita yang Islam ni lagi la baguih dari depa. Tapi la ni terbalik pulak duk ada...

Apa pun RM abg long dah pun selamat ke tempat yang sepatutnya dia berada. Positifnya disini, bukan rezeki abg long tapi rezeki tuan punya kedai...HaHaHa....nasib ang la perut!

Tetiba rasa nak buka kedai masakan panas Thai....'ala-ala' tak main la....^_^

Jazakallah
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday 22 May 2013

A Picture Speaks a Thousand Words | Wordless Wednesday #17

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Wordless Wednesday - Biar sahaja gambar yang berbicara. Terpulang pada sahabat-sahabat untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. 



Sahabat-sahabat boleh juga ke Digital Raudhah Photography untuk melihat hasil berphotog yang tak seberapa dari abg long Tukang Gambar nubis kubis tahap teletubbies nih.
Jazakallah fiikum.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Monday 20 May 2013

Sang Perindu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Berbicara pada bintang dan bulan
Tentang hati yang kerinduan
Pada Dia yang ku damba
Pada Dia yang ku cinta

Dalam malam kelam
Sunyi tegar menyapa diri
Sepi acapkali mendatangi hati
Semoga ada sirnanya buat jiwa yang hina
Agar derap langkah ini
bisa mendapat petunjuk abadi selamanya

Dia yang dirindui
Dia yang dicintai
Oleh merah sekeping hati ini




___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Sunday 19 May 2013

Kisah Si Pemburu | 20130517

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah....syukur pada Dia atas segala limpah rahmatNYA buat abg long dan rakan-rakan sekalian yang telah mengikuti trip outing ke Jubakar, Tumpat, Kelantan dua ari lepaih.


Trip yang memenatkan, namun amat menghappykan bagi pemburu tegar keindahan milik Allah swt seperti abg long.

Banyak juga tempat yang sempat dijelajahi sepanjang outing tersebut. Antara lokasi utama,  Jubakar Pantai dan Jambatan Bijih, Tumpat. Namun demikian, hajat nak ke Pulau Medan bagi memburu dan menembak tunggul2 kayu tidak kesampaian akibat kesuntukan masa dan juga ketiadaan cukup persalinan. InshaAllah akan ke Pulau Medan untuk next pemburuan.

Selepas sesi pemburuan di Jubakar Pantai, abg long dan rakan2 berkayuh balik ke Kemaman after solat Jumaat. Pemburuan diteruskan lagi, kali ini berkayuh menuju ke Kuala Terengganu pula.  Lokasi sekitar Masjid Terapung Kuala Ibai, Terengganu.

Usai pemburuan di Masjid Terapung, meneruskan kayuhan ke Kemaman. Singgah sebentar  di Hentian Bukit Besi untuk solat......rehat dan rawat perut yang tak berapa nak ketat. Pemburuan tidak terhenti di sini, diteruskan pula pemburuan laluan bersusu di Taman Awam, Bukit Besi, Dungun.

Namun, laluan bersusu yang dicari tapi yang dapat mende lain. Apa boleh buat, abg long dan rakan2 hanya merancang, Tuhan juga yang terbaik perancangannya.

Kat bawah ni antara hasil karya sahabat2 abg long yang ohsem. Nak tengok karya2 depa yang awesome angpa boleh klik ja tang link yang abg long serta kan tuh. Untuk tidak menyakitkan kornea angpa, sila la klik tang gambaq tu untuk tumbesaranya.

Antara hasil karya sobat2 abg long sepanjang trip to Jubakar Pantai, Kelantan.

Hafizs Abdullah

Pok Rie

Asmadi Kassim
Pok Long

Karya abg long??? HaHaHa.....mana ada.....semua hancussssssss macam tempoyaki kena cicah dengan buat petai...Tapi law angpa nak tengok gak dipersilakan terjah SINI dan di SINI. Tengok sahaja, kutuk jangan.....kritik dan komen amat la abg long alu-alukan...HiHiHi...

InshaAllah akan trip ke Putrajaya pula start cuti sekolah nanti. Sunrise | Sunset | Nightscape

Untuk you all, thanks sudi singgah baca entri yang tak seberapa ini. Mohon singgah lagi. 

Jazakallah

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Hakikat Kejadian Malam


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kita sering lalui malam yang kelam.....malam yang tak berbintang.....malam tanpa sirna rembulan. Namun, pernahkah kita terfikir dan berfikir hakikat kejadian malam yang sering kali menyapa setiap hela nafas kita?

Kita sering meredah pekat malam itu tanpa kita tahu hakikat kejadian malam itu buat kita. Untuk apa dan mengapa.....Kita betah biarkan ia berlalu, kerna kita lebih dambakan siang yang bercahaya sedangkan dalam 'malam' itu terdapat 1001 kenikmatannya.  


Antara Hikmah Kejadian Malam yang kita perlu tahu. 

1. Allah swt menjadikan waktu malam supaya manusia boleh berehat selepas penat bekerja. 

2. Waktu malam juga ialah waktu yang paling selesa untuk kita beribadah kepada Allah swt seperti menunaikan solat sunat tahajjud, solat hajat, solat istikharah, membaca al-Quran dan sebagainya. 

3. Manusia juga dapat berfikir tentang keajaiban alam ciptaan Allah swt pada waktu ini dengan memerhatikan kejadian malam, bulan, bintang dan sebagainya. 

Allah swt berfirman yang bermaksud:
”Maha suci Allah yang mnjadikan gugusan bintang di langit dan Dia menjadikan padanya matahari dan bukan yang bercahaya.” (Surah al-Furqan: 25: 61)

- Klik tang gambaq untuk tumbesaran beliau
Malam walaupun hitam dan kelam terdapat keindahan yang tersembunyi di sebaliknya. Keindahan malam itu hanya betah ditemui oleh hati-hati yang mendambakanNYA.

Jazakallah


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Thursday 16 May 2013

Off to Jubakar, Tumpat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Semoga kayuhan malam ini dipermudahkan....diberkati dan dirahmati oleh Allah swt hendaknya.

Harap-harap, momen pagi esok di Jubakar ohsem macam gambaq bawah ni atau lebih awesome lagi. InshaAllah


Kepada sahabat2 yang berada di sekitar Kota Bharu atau kawasan sewaktu dengannya bolehlah datang meramaikan aktiviti pemburuan esok pagi. Semoga kita dapat berukhuwah fillah sambil melihat keindahan milikNYA.

Jazakallah.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

SELAMAT HARI GURU


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Di kesempatan ini saya nak mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua. Terutama guru-guru saya sejak dari saya bersekolah tadika, guru-guru yang mengajar saya di Sekolah Rendah Kebangsaaan Kampung Chengal, guru-guru di Sekolah Menengah Ketereh, guru-guru di Sekolah Menengah Vokasional Wakaf Tembusu, pensyarah-pensyarah saya di Universiti Sains Malaysia, tenaga pengajar saya di Institut Pendidikan Guru Raja Melewar, guru-guru di pusat tuisyen serta semua guru dan cikgu yang ada. Tidak kira sama ada guru dan cikgu yang mengajar saya secara formal atau tidak formal. TERIMA KASIH CIKGU.

Sesungguhnya jasa cikgu amat besar buat diri saya. Tanpa pengorbanan cikgu serta ilmu yang dikongsikan saya tidak mungkin berada sepertimana saya pada hari ini.

Bagi saya, hari ini bukan semata-mata hari untuk saya menunjukan kasih sayang dan penghargaan saya terhadap cikgu....Bagi saya setiap hari adalah hari buat cikgu2 semua.  Tanpa cikgu saya mungkin tidak tahu tulis baca.....tanpa cikgu mana mungkin saya kenal putih dan hitam dalam kehidupan.....tanpa cikgu pasti saya akan sesat dalam terang....kerana, cikgu adalah segalanya.




Khas buat seluruh buat warga guru. Jom nyanyi sesama semua. Khas buat guru kita yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.




Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa guru dan cikgu. Semoga cikgu2 kita beroleh berkat dan rahmat dari Tuhan mereka. InshaAllah

Terima kasih cikgu. 
Jasa mu hingga akhir hayat.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday 15 May 2013

Senarai Anggota Kabinet Transformasi 2013 tiada Menteri Pengajian Tinggi??

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Barisan kabinet baru Malaysia 2013. Taniah kepada yang terpilih. Semoga tekun bekerja untuk rakyat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama. Jadikan jawatan yang disandang itu amanah dari seluruh rakyat Malaysia.

Bekerja la untuk rakyat. Sesungguhnya rakyat sekarang dah pandai menilai. Mulai detik ini mereka (rakyat) mulai memantau gerak kerja yang anda lakukan. Alhamdulillah, ada juga calon dari bangsa cina. Baru ada semangat 1 Malaysia. Mudah-mudahan tiada lagi isu-isu perkauman yang dimainkan lagi selepas ini. Apa yang berlaku dalam PRU13 yang lalu pakat2 jadikan ia pengajaran, baik kepada yang menang mahupun yang kurang menang.

Taniah juga buat penduduk Sabah dan Sarawak kerana suara mereka semakin besar di dewan negara bilamana suara yang mewakili mereka kian bertambah dalam kabinet.

Jelas tuah juga menyebelahi batang tubuh ketua pemuda UMNO Malaysia YB KJ bila mana turut dilantik menjadi menteri penuh yang diamanahkan menjaga kementerian yang pernah dijagai oleh TS Rais Yatim. Ternyata kesabaran dan kesetiaan beliau selama lima tahun yang lalu akhirnya dibalas dengan jawatan menteri penuh oleh Najib Razak. 

Walau bagaimanapun, seribu kali sayang.....Senarai Barisan Kabinet Transformasi Najib Razak 2013 ini tiada menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan mengawal pergerakkan para pensyarah dan mahasiswa dipusat-pusat pengajian tinggi. Adakah Najib Razak cuba untuk meminggirkan  golongan ini? Adakah dengan meletakkan calon mahasiswa melawan Najib Razak di Pekan pada PRU13 yang lalu membuatkan Najib Razak lelas hati dengan golongan ini? Makanya, portfolio kementerian pengajian tinggi dibubar mansuhkan.?. Wallahu'alam.

Muka baru dan muka lama yang bakal berkolaborasi dalam kabinet Malaysia 2013.


Senarai kabinet Malaysia 2013 pilihan Sinar Harian.


Perdana Menteri (Menteri Kewangan)
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan)
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Ahmad Maslan

Menteri Kewangan
Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Pelajaran 
Datuk Seri Idris Jusoh

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishamuddin

Menteri Pengangkutan 
Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menteri Pelancongan 
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Luar
Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Kerja Raya
Datuk Seri G Palanivel

Menteri Kesihatan 
Datuk Wee Ka Siong

Menteri Belia Dan Sukan
Dato Ahmad Shabery Cheek

Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri S Subramaniam

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Seri Noh Omar

Menteri Perdagangan Dan Industri
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Shafie Afdal

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Datuk Fadillah Yusof

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Unggah Embas

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Datuk Peter Chin Fah Kui

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Datuk Seri Mahazir Khalid

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Datuk Joseph Salang Gandum

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan 
Datuk Seri Ong Ka Chuan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Datuk Noriah Kasnon

Menteri Penerangan Dan Komunikasi
Khairy Jamaluddin

Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Johari Abdul Ghani

Apakah pandangan dan pendapat angpa dengan Senarai Anggota Kabinet Transformasi Najib Razak 2013 pilihan Sinar Harian ini? 

Adakah ia kabinet untuk mengukuhkan pengaruh DS Najib Razak atau ia sememangnya kabinet rakyat yang dibina demi rakyat?

Walau apa pun yang bakal ada nanti, semoga barisan anggota kabinet Malaysia yang baru dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Jazakallah.

Sumber
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

LINUS OH LINUS


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari rabu yang mega mendung. Minggu ni kurang sikit kebusyan. Minggu peperiksaan. Lagi seminggu dah nak semester break. Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak sampai ke pertengahan tahun 2013 kita sekarang ni.

Esok hari guru. Banyak betul benda nak kena setup untuk event esok. Hadiah dan kad perlu diadakan. Ingat nak bikin kad ucapan tu, tapi memandangkan diri yang kurang kreatif serta kesuntukan masa makanya harus la ke kedai petang nanti cari kad 'segera'...HiHiHi..

Hari guru......apa yang nak diceritakan tentang hari guru erk? Angpa ada idea dak? Hmmmm.....saya tengah takdak idea ni. Malam2 nanti la saya berstory about this. Sekarang ni tengah take five, pening pala duk mengadap benda alah kat bawah ni.

Linus NKRA...apakah??
Saya amat berharap menteri pelajaran lepaih ni adalah seorang yang bestan. Yang bukan sahaja bekerja mencari nama tetapi seorang yang melihat kebajikan guru dan murid2 nya....HiHiHi......Program dah mantap tapi running dia macam siput sedut. Laju lagi buka pesbuk yang diterjah ratusan jutaan umat manusia berbanding benda alah program linus ni. Tak pasal2 guru pun boleh jadi calon 'linus tegar' nanti.......Memang betol2 cobaannnnnnnn....HaHaHa...Ini baru satu program, masih panjang yang beratur menunggu giliran.  

Ok la, nak sambung ketat jiwa. Lepaih settle semua ni boleh la balik beradu mata. Petang nanti plan nak memburu pula. 


Kerja...kerja....kerja.....Selagi belum tutup mata untuk selamanya bekerja la kita yer. Kerja semata-mata mencari redhanya Dia. InshaAllah adalah la tu nanti habuan buat kita, tak di fana dunia mungkin di akhirat sana.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.