Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 16 March 2013

Outing bersama Kemaman Photo Club (KPC)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Cu angpa cari abg long tang mana.
Sapa jumpa dia memang ohsem
HaHaHa!!

Semalam secara resminye abg long telah menjerumuskan diri dalam kalangan geng2 KPC. Dah menjadi ahli yang ohsem dan sweet gitu...HaHaHa....

Untuk pengetahuan angpa, KPC ni dulunye bergerak secara rawak......Opppssss....bergerak secara underground, sesuka suki nak bergerak macam mana....mendada.....mengiring....merangkak dan macam2 'men' lagi yang sewaktu dengannye.

Walau bagaimanapun, KPC ini telah dinaiktaraf dan menjadi wadah yang sah untuk menghimpun seluruh pengkarya kumira dibawah satu bumbung yang berdaftar dan halal. Ada carta organisasinya, ada matlamat dia, ada event dia.....pendek kata KPC ni bukanlah sebuah persetubuhan pertubuhan haram jadah. Semua pengkarya kumira terutamanya yang lepak belah2 Kemaman, Terengganu nih boleh berkumpul dan berbagi ilmu serta pengalaman sesama mereka. Disebabkan abg long kurang ilmu dalam bidang kumira nih maka dengan rasa cool dan sweet abg long join dan daftar dibawah panji2 KPC ini. 

Sebenarnya tak rugi pun kita join persetubuhan pertubuhan seperti ini, selain kita dapat berkoyan-koyan kawan, kita juga boleh sedut menyedut ilmu pengetahuan. Sekurang-kurangnya, ada juga aktiviti berfaedah untuk mengnyahnitratkan rasa busan yang melingkari diri. Sama juga kita berblogging, jika kita ikhlas kerana DIA, in sha Allah....akan dipermudahkan segalanya buat kita. Tidak kira la apa jua bidang yang kita jerumuskan diri....^__^

Angpa pun boleh ja join mana2 pertubuhan sah yang boleh mengembangbiakkan pengetahuan angpa berkenaan dengan hobi angpa. Jangan angpa masuk join pertubuhan atau organisasi haram macam geng sulu sudah.....tak berbaloi2 seposen pun....HiHiHi...

Macam mana nak join KPC ni? Takdak kumira dslr bukanlah satu masalah negara.....Abg long dulu pun sebelum beli kumira dslr melenggang kangkung mak limah je setiap event yang diadakan. Yang penting kita dapat ilmu, lepas tu nak beli kumira ohsem tahap dewa pun takpa....dipersilakan. Tapi, lagi baguih jika angpa ada kumira dslr masa join kelab2 macam gini, bukan apa.....takdak la nanti angpa terkial-kial pening lalat hijau blur tak faham apa yang diterangkan. Itu yang seeloknya. Tapi jangan la pula angpa paksa kemampuan diri angpa untuk mengadakan sesuatu yang angpa tak mampu.....pelan-pelan kayuh, sabaq itu kan cantik.

Sejak gantung kumira kat tengok nih, banyak tempat dah abg long jejaki. Tapi kan, nak habaq ang.....saat paling best adalah bila dapat melihat keindahan milik Allah swt. Masa tu la abg long rasa betapa kerdilnya diri......Bila lihat keindahan alam boleh bikin jiwa abg long tenteram dan tenang. Alhamdulillah, sejak bergelumang dan menjerumuskan diri dalam hobi ni abg long dapat ramai sahabat, rata-rata mereka tidak lokek ilmu serta sentiasa mendahulukan yang WAJIB walaupun sibuk menembak sana-sini. Alhamdulillah

Betul la kata orang lama-lama, "Persekitaran itu bisa dan betah mengubah kondusi seseorang yang bergelar manusia"

Berbalik kepada outing semalam, ramai juga la yang turun padang pantai. Tak lebih dan tak kurang ada la kot dalam dua ploh empat ketul geng kumira KPC. Yang datang semalam semuanya ohsem.....Memang best. 

Kat bawah ni gambaq2 geng2 KPC yang sempat abg long candid guna telefon CAP AYAM abg long. Kalau blur tuh bukan salah abg long secara mandatori.....HiHHi....


Melawan mentari
Akak Fatimah ni ilmu dia tinggi sebab tu tripod main angkat gitu je masa shot sunrise.
Beliau memang ohsem....semua benda apa lagi manusia yang bergerak2 ditempat kejadia semua beliau tembak
Geng yang penuh dengan gelak tawa.....Ada je ayat sengal2 dari depa
Penunggu Batu
Kat bawah ni pulak antara sudut pemandangan panorama yang ada dilokasi penembakan yang abg long kira cun dan ohsem sekadar yang termampu abg long kongsikan dengan angpa. Ni pun just ambil pakai telefon CAP AYAM. 

Angpa nampak dak apa yang abg long nampak???
Nature....alam yang mendamaikan merah sekeping hati
Reflection....Cermini diri, muhasabah hati
Untuk melihat hasil dari kumira dslr abg long yang ohsem dan awesome (pehhhhhh....ayat angkat bakul terlungkup sendiri namanya nih...HaHaHa..) angpa boleh la terjah Digital Raudhah Photography

Seusai subuh mengejar mentari pagi, seusai jumaat jadi tukang gambaq kat majlis mesyuarat PIBG. Penat, tapi sebab buat benda yang kita suka.....penat dan lelah tuh dah jadi macam biasa. Balik rumah, malamnya tidur tak sedarkan diri....HaHaHa...

Ok la, cukup dulu cerita ceriti ceritu ni. Abg long nak kena bersiap2 untuk keluar mengejar sunset. Lepas aktiviti mengejar sunset abg long jadi tukang gambaq pula kat Impiana Resort, Cherating. Bos dia mintak abg long jadi tukang gambaq untuk event Suria.fm bersama Impiana Resort malam nanti. Dengaq chegite DJ Lin turut serta malam nanti. Makanan hotel mengamit2 nafsu tekak abg long dah nih.....yummmyyyy3!!!

In sha Allah, event kat Impiana Resort abg long kongsi mongsi malam nanti. Itu pun jika abg long tak dibungkus rasa mengantuk.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.