Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday 17 March 2013

Event at Impiana Resort, Cherating.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, selesai sudah urusan di Impiana Resort, Cherating sebentar tadi. Best juga event malam ni. Seronok....dua ronok....beronok-ronok jadinya. 

Paling best makanan dia. Sampai tak larat nak sumbat makanan yang lazat-lazat terhidang masuk dalam perut bersaiz honda c70 ni. Nafsu makan punya la membuak-buak, tapi sebab tak mahu melanggar pantang larang nenek moyang tujuh keturunan maka abg long makan semulut dua sahaja (jangan percaya statment ini)....HaHaHa....Angpa paham2 ja la law makanan kat hotel nih, boleh bikin mata hitam jadi kelabu. Semua benda rasa macam nak telan dan-dan time tu....Tapi nasib baik la abg long angpa ni waras lagi. Last2 amik menu dalam gambar bawah ni je, makan ala berpada-pada dan sekadar sahaja. 



Ingatkan apa la yang sahabat abg long menjemput abg long join event beliau tadi. Rupanya bersempena sambutan harijadi dan juga meraikan Kak Lin (DJ Lin Suria.fm) dan geng2 Suria.fm yang buat event bersama peminat bersempena dengan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012). Terima kasih buat sahabat abg long merangkap orang penting Impiana Resort, Cherating kerana sudi menjemput abg long pacar yang hina ini. Terima kasih daun keladi, lain kali boleh jemput abg long datang makan lagi....HaHaHa...


Untung Kak Riena, besday beliau diraikan dengan sweet sekali tadi.

Adoiiiiiii....diorg ni law bab berposing memang tak menang jemari nak tekan shutter.
Luv pun luv la akak2 sekalian....janji besst!

Kak Lin sedang melayan peminat cilik. Apa la yang dibual oleh mereka itu erk?
Mesti Kak Lin tanya adik tu dah undi beliau  belum...HiHiHi

Staff Impiana bergambar suka ria untuk secebis kenangan.
Dari kiri: DJ JJ, Cik Fara Impiana, Cik tidak diketahui nama beliau, Kak Lin DJ Suria.fm, Cik Shikin Impiana dan big bos merangkap badang Impiana Resort, En.Jamil

Best juga dapat bertentang mata dengan Kak Lin tadi. Bukan senang nak jumpa dengan orang femes2 nih.....Alang2 dah duk ada depan kornea, abg long menempel juga la di celah2 ketinggian kasut tumit tinggi Kak Lin untuk snap selai dua dibuat kenangan seumur hidup.


Kekakuan abg long terserlah bila bergambaq di sebelah Kak Lin....*pengsan
Kepada angpa yang masih belum mengundi Kak Lin DJ Suria.fm untuk anugerah penyampai radio wanita popular boleh la mengundi beliau dengan  Taip: ABP <speace> O2 dan hantar ke 33399Jom pakat mengundi laju2.

Kepada angpa yang berminat nak buat event or something majlis boleh la try tanya En.Jamil atau Cik Shikin atau layari website Impiana Resort, Cherating untuk sebarang pertanyaan. Sila tekan SINI untuk keterangan lanjut. 

Abg long gerenti angpa tak akan menyesal jika memilih Impiana Resort, Cherating. Makanan dia memang ohsem. Kemudahan yang tersedia mantap dan tiptop. Pendek kata (panjang tak kata apa2...HaHaHa..) angpa pasti akan jatuh cinta pandang pertama untuk selamanya dengannya.

Ok la. Abg long stop sini sahaja. Nak ZZZZzzzzzzzzzzz secukup rasa. Esok abg long bertugas di padang sana. So, esok dah takde masa nak mengulaq dan rehat mata.

Sebelum tuh, jangan lupa taip, ABP <space> O2 dan hantar ke 333399. U r my prens! ^_^

Jazakallah.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.