AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday, 15 March 2013

Bersiap untuk berperang

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sedikit kelewatan bersiaran di blog kesayangan. Dari tadi duk kemas barang-barang untuk keperluan berperang dan menembak nanti. 

Pagi sebelum subuh dah nak kena bangkit dari pembaringan. In sha Allah, akan singgah subuh dalam perjalanan. Kehidupan sebagai hamba Allah yang buat kerja macam2 seperti abg long ni macam gini la rutin yang perlu ditempuh dalam setiap kayuhan. Penat tetap ada, lelah sudah semestinya menyapa. Tapi, dah ini yang dipilih tak perlu la abg long cari dalih. Betul dak?

Mata pun dah macam garfield dah ni, tapi bertahan seketika untuk mencoret serumpun rasa. Sekadar untuk berkongsi sesama kita.....tidak lebih dari itu. 

Seusai subuh nanti bermula lagi kembara untuk melihat keagungan Tuhan dari keindahan alam yang dilukiskan. Bermula juga sesi mencari ilmu dari mereka2 yang berilmu. Semoga gerak kerja nanti akan dirahmati dan diberkati oleh Ilahi. In sha Allah.

Alhamdulillah, segala kelengkapan sudah pun tersedia. Hanya menunggu masa dan ketikanya sahaja. 


Kelengkapan perang seusai subuh nanti
Kepada sobat2 abg long yang berdekatan dengan tempat kejadian dan tengah terbaca dan membaca posting ni lalu nak ikut serta boleh la roger2 abg long ditalian tak bebas tol 0123456789 (bukan nombor sebenar)......HaHaHa....Dak aihhh....tu no tukang gali kubur la..... Y(^_^)Y no war! HiHiHi...

Angpa boleh rujuk poster kat bawah ni untuk makluman lebih lanjut. Abg long mohon maaf sebab sedikit terlewat untuk inform angpa kerana kebusyan yang dikonon-kononkan. Kesulitan amat dikesali....^_^ Angpa juga boleh check di SINI


Lokasi penembakan: Pantai Penunjuk, Kijal, Terengganu.
In sha Allah, abg long akan bersiaran secara langsung dari lokasi kejadian melalui Cinta Muka Buku abg long yang lemak berkrim disukai ramai itu. Kepada angpa yang selalu skodeng abg long (konon-konon hot gitu) tuh boleh check kat sana.....HaHaHa...

Ok, stop dulu. Mau rehatkan kornea. Sehingga bersua lagi dilain cerita ceriti ceritu.....Tatatititutu


Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

  1. wahh all the best ye!! nanti share la kat sini gambar2 yg di snap.. hehehe

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.