Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday 29 March 2013

Setiap kali balik gerenti perkena...


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Jumaat last week sebelum bertolak balik ke Perak pi jalan2 cari bekpes. Kedai yang satu nih mesti jadi terjahan perut dan anak tekak abg long. Macam tak perfect balik bercuti ke Kelantan kalau tak singgah kedai ni.


Warung Su ni memang ohsem. Setiap kali balik mesti singgah.....Setiap kali singgah mesti fullhouse. Setiap kali fullhouse dah tentu tokey dia yang masyukkkk....costumer masuk gak, masuk warung dan masuk nasi kerabu dalam perut je la...HaHaHa....


Ketat dengan pelanggan
Apa yg pasti, nasi kerabu warung Su memang sedap. Ayam bakaq dia fresh dari panggang. Boleh berasap mulut kalau tak reti kawal nafsu makan...HaHaHa....Lagi satu sebab warung ni jadi pilihan abg long sebabnya tepi jalan, senang nak mai...senang nak parking. Tapi kalau time2 cuti sekolah atau cuti umum mau gak ketat jiwa nak dapat parking kat warung nih. Jadi, kena la banyak bersabaq. 




Segar dari panggang
Kebersihan? Kalau tak bersih takdak nye abg long nak lepaking sini. Lepas tu, harga dia pun berpatutan. Selain ayam bakaq, daging bakaq pun ada. Angpa tak makan nasi kerabu? Jangan bimbang, nasi putih berlambak2 duk ada. Ayam bakaq dan daging bakaq memang best. Sedap sehingga menjilat jari. Menjilat jari itu kan sunnah Nabi. Betui dak?? HiHiHi

Muka mengantuk tahap gaban ayahanda abg long ni sebelum perkena nasi kerabu

Tetiba muka beliau jadi ceria setelah kekenyangan membedal nasi kerabu sepinggan...HaHaHa
Kepada sobat2 yang akan bertandang datang cuti-cuti 1Malaysia ke Kelantan elok rasanya google awai2 letak duduk warung nih, in sha Allah dapat mengisi kekosongan perut di waktu pagi.

Abg long WAJIB datang bekpes sini walaupun bukan hari2.

In sha Allah, nanti menyusul kisah percutian abg long di Perak, Penang dan Kedah sebelum abg long sambung cuti ke Kelantan semula dan Kuala Besut, Terengganu. Sekarang ni tak boleh nak online blog sangat, nak teks guna smartphone memang abg long malas. Besaq jari dari keypack. Nantikan banyak pula typing error.....GAGAL Sijil Pelajaran Malaysia pula blogger ni orang duk kata....KahKahKah

Apa pun terima kasih kat angpa coz sudi singgah baca coretan abg long yang tak seberapa nih.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday 20 March 2013

A Picture Speaks a Thousand Words | Wordless Wednesday #13

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Wordless Wednesday - Biar sahaja gambar yang berbicara. Terpulang pada sahabat-sahabat untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. 



Sahabat-sahabat boleh juga ke Digital Raudhah Photography untuk melihat hasil berphotog yang tak seberapa dari abg long Tukang Gambar nubis kubis tahap teletubbies nih.
Jazakallah fiikum.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”

Tuesday 19 March 2013

Jiwa kacau si fake dan si faker

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sejak akhir2 ini terpaksa bersiaran dikala lewat malam. Kebusyan diri membatas jemari untuk menari-nari diblog yang ohsem ini (dah angpa tak nak puji, abg long puji je la sendiri-sendiri...HiHiHi..). 

Tadi berkesempatan merewang dimuka buku yang lemak berkrim disukai ramai. Masa duk tengah sedap2 menjamu mata tetiba kornea abg long nih terlihat gambaq yang abg long macam kenai ja, tapi yang pelik namanya berbeda. 



Mula la rasa nak jadi detective conan....Sah, memang acc muka buku tu acc fake. Acc muka buku tuh bukan kepunyaan tuan punya gambaq tapi gambaq tuan punya gambaq tuh dah digunakan oleh orang lain atas tujuan tertentu yang dia sahaja yang tahu. Pehhhh....ayat berbelit+berselirat=sakit otak....HaHaHa

Bila tengok posting2 kat acc tuh buat abg long mengeleng2kan kepala. Macam gini punya manusia pun ada. Sanggup menggunakan gambaq orang lain demi kepentingan diri dan kepuasan nafsu semata. Abg long tak pasti sama ada pemunya acc itu perempuan atau lelaki. Tapi, modus operandi tak baik dia abg long seakan dah dapat hidu walaupun selsema sedang melanda....HiHiHi...




Berbakul2 gambaq Fatin Liyana dalam album dia. Memula tu abg long sangka dia ni peminat Fatin Liyana yang kronik. Tapi, bila baca post2 dia kat wall dan baca komen kat gambaq2 yang dia post mula la abg long rasa sengal jiwa. Dia siap mengaku gambaq tu gambaq dia lagi. Aduhaiiiiiiiiiiii....macam2 betul manusia sekarang nih.

Yang paling tak boleh blah bila baca posting kat bawah ni. Terang2 dia menggunakan gambaq2 Fatin Liyana untuk keuntungan peribadi. Orang yang tak kenai siapa Fatin Liyana dah sah2 kena kencing dengan budak Alia Comel nih. Nasib baik la abg long ang nih tak buta warna lagi untuk mengenali Fatin Liyana palsu dengan yang tulen.



Sebelum nih bro Ben Ashaari dah bising apabila gambar dia dikipnap dan di taruk dalam pages geng murtad. Meremang segala bulu2 yang ada baq ang bila baca dan tengok kegilaan manusia sekarang nih. Kadang2 yang tak bersalah pun boleh dipersalahkan. Nama yang baik pun boleh jadi buruk jika ada yang termakan fitnah tersebut. 

Lepas tu, ada juga abg long terjumpa beberapa acc muka buku yang menggunakan gambaq arwah adinda Yasmin J Hunwick. Bukan setakat guna gambaq je, setengah dari acc fake tu siap guna nama arwah lagi. Alhamdulillah, setelah abg long nasihat ada sesetengah acc fake yang menggunakan gambaq arwah dah buang gambaq arwah dari acc tersebut. Yang masih berdegil tu semoga Allah swt bukakan pintu hati mereka untuk berubah ke arah kebaikkan. In sha Allah.



Kepada angpa semua berhati2 la bila post berkoyan2 gambaq kat laman sosial. Kalau boleh privasikan sahaja gambaq angpa tu dari dilihat umum. Abg long bukan apa, dunia maya nih dah macam2....Takut nanti, perkara buruk berlaku kepada batang tubuh kita. Orang lain makan isi nangka, kita pula yang terpalit getahnya. Sungguh tidak best jika itu yang berlaku. Betul dak? Jadi, kepada angpa sahabat2 yang abg long sayangi, berhati2 la dan jaga la gambaq angpa yang ohsem itu dari menjadi mangsa manusia berhati durjana. 

Bagi abg long, fake dan faker ni adalah golongan yang mempunyai masalah mental (jiwa kacau). Jika mereka waras mereka tidak akan bersikap sedemikian. Angpa rasa lagu mana?

Kepada manusia2 yang suka menyalahgunakan gambaq orang lain untuk kepentingan diri diharap mendapat hidayah. Mudah-mudahan mereka menemui jalan pulang ke pangkal jalan. 

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Sunday 17 March 2013

Event at Impiana Resort, Cherating.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, selesai sudah urusan di Impiana Resort, Cherating sebentar tadi. Best juga event malam ni. Seronok....dua ronok....beronok-ronok jadinya. 

Paling best makanan dia. Sampai tak larat nak sumbat makanan yang lazat-lazat terhidang masuk dalam perut bersaiz honda c70 ni. Nafsu makan punya la membuak-buak, tapi sebab tak mahu melanggar pantang larang nenek moyang tujuh keturunan maka abg long makan semulut dua sahaja (jangan percaya statment ini)....HaHaHa....Angpa paham2 ja la law makanan kat hotel nih, boleh bikin mata hitam jadi kelabu. Semua benda rasa macam nak telan dan-dan time tu....Tapi nasib baik la abg long angpa ni waras lagi. Last2 amik menu dalam gambar bawah ni je, makan ala berpada-pada dan sekadar sahaja. 



Ingatkan apa la yang sahabat abg long menjemput abg long join event beliau tadi. Rupanya bersempena sambutan harijadi dan juga meraikan Kak Lin (DJ Lin Suria.fm) dan geng2 Suria.fm yang buat event bersama peminat bersempena dengan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012). Terima kasih buat sahabat abg long merangkap orang penting Impiana Resort, Cherating kerana sudi menjemput abg long pacar yang hina ini. Terima kasih daun keladi, lain kali boleh jemput abg long datang makan lagi....HaHaHa...


Untung Kak Riena, besday beliau diraikan dengan sweet sekali tadi.

Adoiiiiiii....diorg ni law bab berposing memang tak menang jemari nak tekan shutter.
Luv pun luv la akak2 sekalian....janji besst!

Kak Lin sedang melayan peminat cilik. Apa la yang dibual oleh mereka itu erk?
Mesti Kak Lin tanya adik tu dah undi beliau  belum...HiHiHi

Staff Impiana bergambar suka ria untuk secebis kenangan.
Dari kiri: DJ JJ, Cik Fara Impiana, Cik tidak diketahui nama beliau, Kak Lin DJ Suria.fm, Cik Shikin Impiana dan big bos merangkap badang Impiana Resort, En.Jamil

Best juga dapat bertentang mata dengan Kak Lin tadi. Bukan senang nak jumpa dengan orang femes2 nih.....Alang2 dah duk ada depan kornea, abg long menempel juga la di celah2 ketinggian kasut tumit tinggi Kak Lin untuk snap selai dua dibuat kenangan seumur hidup.


Kekakuan abg long terserlah bila bergambaq di sebelah Kak Lin....*pengsan
Kepada angpa yang masih belum mengundi Kak Lin DJ Suria.fm untuk anugerah penyampai radio wanita popular boleh la mengundi beliau dengan  Taip: ABP <speace> O2 dan hantar ke 33399Jom pakat mengundi laju2.

Kepada angpa yang berminat nak buat event or something majlis boleh la try tanya En.Jamil atau Cik Shikin atau layari website Impiana Resort, Cherating untuk sebarang pertanyaan. Sila tekan SINI untuk keterangan lanjut. 

Abg long gerenti angpa tak akan menyesal jika memilih Impiana Resort, Cherating. Makanan dia memang ohsem. Kemudahan yang tersedia mantap dan tiptop. Pendek kata (panjang tak kata apa2...HaHaHa..) angpa pasti akan jatuh cinta pandang pertama untuk selamanya dengannya.

Ok la. Abg long stop sini sahaja. Nak ZZZZzzzzzzzzzzz secukup rasa. Esok abg long bertugas di padang sana. So, esok dah takde masa nak mengulaq dan rehat mata.

Sebelum tuh, jangan lupa taip, ABP <space> O2 dan hantar ke 333399. U r my prens! ^_^

Jazakallah.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Saturday 16 March 2013

Outing bersama Kemaman Photo Club (KPC)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Cu angpa cari abg long tang mana.
Sapa jumpa dia memang ohsem
HaHaHa!!

Semalam secara resminye abg long telah menjerumuskan diri dalam kalangan geng2 KPC. Dah menjadi ahli yang ohsem dan sweet gitu...HaHaHa....

Untuk pengetahuan angpa, KPC ni dulunye bergerak secara rawak......Opppssss....bergerak secara underground, sesuka suki nak bergerak macam mana....mendada.....mengiring....merangkak dan macam2 'men' lagi yang sewaktu dengannye.

Walau bagaimanapun, KPC ini telah dinaiktaraf dan menjadi wadah yang sah untuk menghimpun seluruh pengkarya kumira dibawah satu bumbung yang berdaftar dan halal. Ada carta organisasinya, ada matlamat dia, ada event dia.....pendek kata KPC ni bukanlah sebuah persetubuhan pertubuhan haram jadah. Semua pengkarya kumira terutamanya yang lepak belah2 Kemaman, Terengganu nih boleh berkumpul dan berbagi ilmu serta pengalaman sesama mereka. Disebabkan abg long kurang ilmu dalam bidang kumira nih maka dengan rasa cool dan sweet abg long join dan daftar dibawah panji2 KPC ini. 

Sebenarnya tak rugi pun kita join persetubuhan pertubuhan seperti ini, selain kita dapat berkoyan-koyan kawan, kita juga boleh sedut menyedut ilmu pengetahuan. Sekurang-kurangnya, ada juga aktiviti berfaedah untuk mengnyahnitratkan rasa busan yang melingkari diri. Sama juga kita berblogging, jika kita ikhlas kerana DIA, in sha Allah....akan dipermudahkan segalanya buat kita. Tidak kira la apa jua bidang yang kita jerumuskan diri....^__^

Angpa pun boleh ja join mana2 pertubuhan sah yang boleh mengembangbiakkan pengetahuan angpa berkenaan dengan hobi angpa. Jangan angpa masuk join pertubuhan atau organisasi haram macam geng sulu sudah.....tak berbaloi2 seposen pun....HiHiHi...

Macam mana nak join KPC ni? Takdak kumira dslr bukanlah satu masalah negara.....Abg long dulu pun sebelum beli kumira dslr melenggang kangkung mak limah je setiap event yang diadakan. Yang penting kita dapat ilmu, lepas tu nak beli kumira ohsem tahap dewa pun takpa....dipersilakan. Tapi, lagi baguih jika angpa ada kumira dslr masa join kelab2 macam gini, bukan apa.....takdak la nanti angpa terkial-kial pening lalat hijau blur tak faham apa yang diterangkan. Itu yang seeloknya. Tapi jangan la pula angpa paksa kemampuan diri angpa untuk mengadakan sesuatu yang angpa tak mampu.....pelan-pelan kayuh, sabaq itu kan cantik.

Sejak gantung kumira kat tengok nih, banyak tempat dah abg long jejaki. Tapi kan, nak habaq ang.....saat paling best adalah bila dapat melihat keindahan milik Allah swt. Masa tu la abg long rasa betapa kerdilnya diri......Bila lihat keindahan alam boleh bikin jiwa abg long tenteram dan tenang. Alhamdulillah, sejak bergelumang dan menjerumuskan diri dalam hobi ni abg long dapat ramai sahabat, rata-rata mereka tidak lokek ilmu serta sentiasa mendahulukan yang WAJIB walaupun sibuk menembak sana-sini. Alhamdulillah

Betul la kata orang lama-lama, "Persekitaran itu bisa dan betah mengubah kondusi seseorang yang bergelar manusia"

Berbalik kepada outing semalam, ramai juga la yang turun padang pantai. Tak lebih dan tak kurang ada la kot dalam dua ploh empat ketul geng kumira KPC. Yang datang semalam semuanya ohsem.....Memang best. 

Kat bawah ni gambaq2 geng2 KPC yang sempat abg long candid guna telefon CAP AYAM abg long. Kalau blur tuh bukan salah abg long secara mandatori.....HiHHi....


Melawan mentari
Akak Fatimah ni ilmu dia tinggi sebab tu tripod main angkat gitu je masa shot sunrise.
Beliau memang ohsem....semua benda apa lagi manusia yang bergerak2 ditempat kejadia semua beliau tembak
Geng yang penuh dengan gelak tawa.....Ada je ayat sengal2 dari depa
Penunggu Batu
Kat bawah ni pulak antara sudut pemandangan panorama yang ada dilokasi penembakan yang abg long kira cun dan ohsem sekadar yang termampu abg long kongsikan dengan angpa. Ni pun just ambil pakai telefon CAP AYAM. 

Angpa nampak dak apa yang abg long nampak???
Nature....alam yang mendamaikan merah sekeping hati
Reflection....Cermini diri, muhasabah hati
Untuk melihat hasil dari kumira dslr abg long yang ohsem dan awesome (pehhhhhh....ayat angkat bakul terlungkup sendiri namanya nih...HaHaHa..) angpa boleh la terjah Digital Raudhah Photography

Seusai subuh mengejar mentari pagi, seusai jumaat jadi tukang gambaq kat majlis mesyuarat PIBG. Penat, tapi sebab buat benda yang kita suka.....penat dan lelah tuh dah jadi macam biasa. Balik rumah, malamnya tidur tak sedarkan diri....HaHaHa...

Ok la, cukup dulu cerita ceriti ceritu ni. Abg long nak kena bersiap2 untuk keluar mengejar sunset. Lepas aktiviti mengejar sunset abg long jadi tukang gambaq pula kat Impiana Resort, Cherating. Bos dia mintak abg long jadi tukang gambaq untuk event Suria.fm bersama Impiana Resort malam nanti. Dengaq chegite DJ Lin turut serta malam nanti. Makanan hotel mengamit2 nafsu tekak abg long dah nih.....yummmyyyy3!!!

In sha Allah, event kat Impiana Resort abg long kongsi mongsi malam nanti. Itu pun jika abg long tak dibungkus rasa mengantuk.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Friday 15 March 2013

Bersiap untuk berperang

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sedikit kelewatan bersiaran di blog kesayangan. Dari tadi duk kemas barang-barang untuk keperluan berperang dan menembak nanti. 

Pagi sebelum subuh dah nak kena bangkit dari pembaringan. In sha Allah, akan singgah subuh dalam perjalanan. Kehidupan sebagai hamba Allah yang buat kerja macam2 seperti abg long ni macam gini la rutin yang perlu ditempuh dalam setiap kayuhan. Penat tetap ada, lelah sudah semestinya menyapa. Tapi, dah ini yang dipilih tak perlu la abg long cari dalih. Betul dak?

Mata pun dah macam garfield dah ni, tapi bertahan seketika untuk mencoret serumpun rasa. Sekadar untuk berkongsi sesama kita.....tidak lebih dari itu. 

Seusai subuh nanti bermula lagi kembara untuk melihat keagungan Tuhan dari keindahan alam yang dilukiskan. Bermula juga sesi mencari ilmu dari mereka2 yang berilmu. Semoga gerak kerja nanti akan dirahmati dan diberkati oleh Ilahi. In sha Allah.

Alhamdulillah, segala kelengkapan sudah pun tersedia. Hanya menunggu masa dan ketikanya sahaja. 


Kelengkapan perang seusai subuh nanti
Kepada sobat2 abg long yang berdekatan dengan tempat kejadian dan tengah terbaca dan membaca posting ni lalu nak ikut serta boleh la roger2 abg long ditalian tak bebas tol 0123456789 (bukan nombor sebenar)......HaHaHa....Dak aihhh....tu no tukang gali kubur la..... Y(^_^)Y no war! HiHiHi...

Angpa boleh rujuk poster kat bawah ni untuk makluman lebih lanjut. Abg long mohon maaf sebab sedikit terlewat untuk inform angpa kerana kebusyan yang dikonon-kononkan. Kesulitan amat dikesali....^_^ Angpa juga boleh check di SINI


Lokasi penembakan: Pantai Penunjuk, Kijal, Terengganu.
In sha Allah, abg long akan bersiaran secara langsung dari lokasi kejadian melalui Cinta Muka Buku abg long yang lemak berkrim disukai ramai itu. Kepada angpa yang selalu skodeng abg long (konon-konon hot gitu) tuh boleh check kat sana.....HaHaHa...

Ok, stop dulu. Mau rehatkan kornea. Sehingga bersua lagi dilain cerita ceriti ceritu.....Tatatititutu


Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Thursday 14 March 2013

Buah Hati Baru

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sedikit lewat bersiaran untuk kali ini. Baru usai mandi dan solat. Sedikit kepenatan dan kesengalan badan, dari siang membawa ke malam.....outing yang tersangat best dan cool. Tadi keluaq pi Kuantan Parade, Pahang. Jemput dia.....dia.....dan dia. Sunting dia....dia....dan juga dia. Begitu asyik sekali bermain dengannya sambil menikmati indah panorama tika lembayung senja kian permisi diri....Di sebuah pantai......Di pantai ntahapakename abg long lupa nak tanya depa2 yang duk ada kat sana... adoiiiiyaaaaaaaaaaa!

Ni gambaq yang sempat ditembak dan dijahanamkan.
Moment sebenar lagi ohsem.
Ini la tempat abg long lepaking petang tadi.
Hari ni berkoyan koyon abg long berabis deminya. Tak kisah la berabis pun, bagi abg ianya berbaloi-baloi. 

Ni pun lewat bersiaran kerana masih lagi berasimilasi dan berkenalan dengannya. Masih lagi terkinjal-kinjal dan kekok dok ada walaupun dah sepetang bersama.

Inilah buah hati terbaru abg long
Nanti akan sambung lagi sesi asimilasi ini. Banyak benda yang perlu abg long tahu, kenal dan memahami akannya.

HaHaHa.....mesti angpa duk pikiaq macam-macam tentang buah hati baru abg long ni kan?? kan?? kan??? Ngaku je la....tak payah nak buat muka seposen. ^_^

In sha Allah, lepas nih boleh la abg long berkarya dengan penuh yakin lagi.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday 13 March 2013

Mencari masa & Secebis kisah Farah Lee

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Selamat pagi buat Si Kacak dan Si Cantik sobat2 sepermainan alam maya yang ohsem. Kabare kamo? Harap semuanya waras2 sahaja....pehhhh....long time no see abg long kan? kan? kan?  ^_^...

Semenjak dua menjak jadi bermenjak-menjak nih, punya la semput pankreas dan ketat ginjal abg long dengan segala macam tugasan....formal dan unformal. Macam2 yang dibuat,  macam2 dilakukan, sampai nak bercintan-cintun dengan blog kesayangan pun terpaksa ditangguhkan. Nasib.....Nasib.....Tapi takpa la kan.....Kan duk bertenet dengan blog 25 jam sehari ada pula insan-insan yang terbusan menadah otak kiri membaca entri ntahapaapantah abg long nanti.

Jarang online dan hupdates blog ok wat? Mana la tahu kan, kot2 ada yang rindu-rinduan pada merapu-meraban-meroyan abg long ni ha.....Bak kata orang lama-lama, "Sayang facebook on2 kan, sayang blog tinggal-tinggalkan"....haaaa gitu! Sedap doh....HaHaHa.... Tapi kan, yang sebetulnya abg long MENCARI MASA...

Pagi nih abg long nak kongsi berita gumbira la dengan angpa semua....Ini betol2 taw. Bukan cobaan. Berita sedih buat pa nak share kan? Dan, cerita ini tiada kena mengena dengan share at topup ke apa? HaHaHa.....*berapa banyak mau gelak daaaaaaaaaa

Ok, straight to the point.....Angpa kenai tak Farah Lee? Kalau angpa dak kenai dia angpa memang jakun.....paling koman pun angpa nih spesis frog under a coconut shell....Haaaaa ko, kan abg long dah speaking London berterabur-berasap-berselirat....^_^

Farah Lee dan Ally Iskandar
Berbalik kepada Farah Lee isterinya Ally Iskandar ni. Beliau telah pun selamat bergraduasi di Inha University of Korea. Taniah abg long ucapkan buat beliau. Beruntungan beliau dapat menimba ilmu dan mengutip pengalaman hidup di bumi Korea sana. Abg long ada juga cangkul dan tanam cita2 nak melanjut pelajaran ke Korea setelah mengadap cerita Korea sampai lebam, nak juga merasa kebestan seperti Farah Lee, tapi apakan daya.....Abg long mana mungkin menjadi mahasitua.....HaHaHa...

Kepada angpa yang nak tahu perkembangan beliau dengan suami tercinta.....tentang kehidupan, tentang kerjaya, tentang anak....anak? tentang apa sahaja pasal beliau angpa boleh terjah muka buku beliau DISINI dan blog beliau DISINI.

Abg long suka  gambaq ni....bokeh dia memang ohsem.
Apakah itu bokeh? 
Taw dak? tak taw abg long nak bagitaw...
Kalau dah taw tak payah la kot abg long bagitaw

Sekali lagi taniah abg long ucapkan buat Farah Lee di atas majlis graduasi beliau. Lepas ni boleh la beliau dan Ally berkira2 untuk mengundang 'orang ketiga' dalam kehidupan berumahtangga....HiHiHi....

Semoga pasangan ini dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam peliharaan Allah swt selamanya.

Jazakallah.


Photo: Rembat SINI
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

A Picture Speaks a Thousand Words | Wordless Wednesday #12

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Wordless Wednesday - Biar sahaja gambar yang berbicara. Terpulang pada sahabat-sahabat untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. 



Sahabat-sahabat boleh juga ke Digital Raudhah Photography untuk melihat hasil berphotog yang tak seberapa dari abg long Tukang Gambar nubis kubis teletubbies nih.
Jazakallah fiikum.


Photo: Rembat SINI
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”

Sunday 3 March 2013

Kembali Bersiaran

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Alhamdulillah.....Syukur pada Allah. Akhirnya dapat juga abg long lepaking kat blog kebanggaan abg long ni ha....Dah banyak lama tak bersiaran disini. Hanya lepaking at muka buku sahaja. Siapa yang follow abg long punya cinta muka buku pasti akan tahu sedikit walaupun tak banyak why? why? and why? abg long dah lama tak bersiaran kat blog Amir Aiman Akashah | Diari Seorang Lelaki ini. Bukan itu sahaja, blog Digital Raudhah Photography juga dah lama kaku tanpa entri-entri terbaru.

Alhamdulillah, sekali lagi syukur pada Allah atas penganugerahan rasa lapang ini untuk abg long kembali merapu....meraban dan meroyan berbagi rasa dengan sahabat2 semua tentang apa yang abg long rasa...tentang apa yang abg long ada....Bak kata pepatah Inggeris, "Sharing is caring"....HiHiHi...Ke angpa rasa macam mana?

Malas nak sembang pepanjang di pagi yang geimis mengundang ini. Just nak share rasa syukur dan gumbire bila dapat menaip dengan keyboard laptop kesayangan ini di blog kebanggaan.

Banyak kisah.....cerita dan pengalaman hidup yang terlepas untuk dikongsi sebelum nih. In sha Allah nanti abg long shortlist apa yang perlu dikongsi disini, untuk kita-kita aje....^_^. 

Kepada yang tak tahu dan terlepas info kenapa dan mengapa abg long dah lama tak bersiaran dekat blog nih boleh klik SINI untuk pencerahan minda. Rasanya dah makin kurang entri-entri kat blog nih, yang terakhir abg long tepek pun masa tarikh harijadi abg long (7 Jan).

Baru tadi kata malas nak sembang pepanjang kan?.....HaHaHa......macam gini la selalu. Bila dah duk depan laptop mengadap blog memang tak boleh blah. Melekat.......nasib tak melekit jer....HiHiHi...

Ok la kot buat mukadimah. Stop dulu. Nak masuk jumpa bintang2 hati abg long. 

Jazakallah

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.