Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 7 February 2013

Penangan drama Setia Hujung Nyawa

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Setelah berkoyan-koyan episod drama ini ditayangkan, dua hari lepas abg long tidak terlepas untuk menontonnya. Abg long bukan out of date.....bukan tak ikut trend semasa.....tapi, cerita melayu ni abg long kurang sikit nak mengfollownya. Pi mai pi mai tang tu juga.....dari abg long kecik sampai la abg long dewasa di situ je la tahap sutradara kita. Bukan abg long nak memperkecilkan hasil karya mereka, cuma kekadang abg long tertanya2....Cerita melayu ni kalau takdak bab2 sakit kronik, berebut harta, berebut cinta, golongan korporat yang menindas demi kuasa serta elemen2 huduh lain yang malas abg long nak taip tak sah ke??

Pembikin drama dan filem perlu ke ikut selera audiens?? Bila audien suka elemen 18SSX maka perlu ke para sutradara masukan elemen 18SX itu dalam karya depa? Begitu ke? Kalau macam tuh ciput sangat la serembrum para pengiat seni kita kan? kan? kan?

Abg long rasa angpa semua mesti pengikut tegar drama Setia Hujung Nyawa ni kan? Abg long bukan nak kondem drama ni. Cuma abg long ralat sikit bila ada yang berfikir tidak matang mengutarakan sesuatu bilamana menonton cerita tersebut. Mungkin ada kebaikkan dari drama tersebut tapi kena kaji betul2, banyak baik ke banyak buruknya sebelum ia ditayang untuk seluruh warga. 

Kemain berangan lagi budak2 kecik yang menonton cerita ni. Ntah anak sape la, katanya nak create jalan cerita hidup dia macam watak Ersalina semata2 nak dapat laki sesweet zain dan seterusnya hidup dan setia sampai hujung nyawa. 

Ni kalau mak bapak dia baca statement bangang dia yang kononnya sweet tu maybe boleh bikin pengsan. Inilah anak2 remaja kita yang advance dalam segala namun masih cetek gaya pemikirannya. 


Siapa yang harus dipersalahkan?? perlukah disalahkan anak2 remaja ini?? 

Mana peranan kita sebagai ibu bapa yang Allah swt amanahkan anak2 itu buat kita? anak2 itu ibarat sehelai kain putih, hitam corak kita lakar maka hitam jualah hasilannya. jika warna-warni yang kita ukir..... in shaa Allah, pelangi yang indah bisa kita peroleh.

Zaman sekarang ni, ramai dalam kalangan kita yang pandai buat anak TAPI sedikit yang pandai mendidik anak.

Tugas ibu bapa bukan sekadar menyediakan dan melengkapkan hidup mereka dengan material semata, tetapi juga dengan agama dan akhlak yang sebaiknya.

Tugas mendidik bukan hanya pada cikgu sekolah semata. ibu bapa WAJIB mengawasi anak2 dirumah juga. pantau aktiviti sosial mereka, sama ada didunia nyata mahupun di dunia maya. dengan siapa mereka berkawan, dengan siapa mereka berhubungan.

Tak perlu la nak contoh apa yang 'wayang' semata, Al-Quran dan sunnah Nabi SAW dah ada untuk kita create jalan hidup agar lebih sempurna.

Jazakallah,
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.