AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday, 7 February 2013

Bila 'dia' kembali kepangkuan, nafsu diri membuak sakan.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah.....Akhirannya......abg long kembali bersiaran diblog lemak manis disukai ramai ini (bajet blog hot...HaHaHa...). Hampir dua minggu gak abg long tak ke udara kan?. Terasa sangat kegatalan jejari ni nak menari2 kat keyboard diari online nih. Namun apakan daya, perancangan Tuhan mengatasi kecapaian akal abg long sebagai manusia.

Hari2 yang dilalui berminggu yang lalu hanya bertemankan sepi dan sunyi....Tapi kini tidak lagi. Setelah 'dia' kembali kepangkuan, nafsu membuak sakan. Bukan sikit kepayahan dan kesulitan yang abg long lalui tanpa 'dia' di sisi. Sejak ketiadaan 'dia', hidup terasa amat perlahan dan sering kali diri dibungkus kebosanan.....minda menjadi tepu dan beku.


Atas rasa gumbire dan teruje ini abg long belanje angpa yg mai singgah sini 
dengan sekeping gambaq dari Digital Raudhah Photography
untuk tatapan kornea dan minda sobat2 semua.

Mungkinkah ini hadiah bersempena hari keputeraan abg long esok hari. 'Dia' yang pergi, kini telah kembali......Happy day teramat sangat bila dikhabarkan 'dia' dah boleh keluar wad siang tadi. Setelah diberi rawatan, ternyata dia semakin kuat dan comei.....tiada lagi riak2 kesakitan diwajahnya. Segalanya kembali seperti sedia kala....in shaa Allah.

Dengan kepulangan 'dia' disisi, abg long harap abg long mampu menjalani hidup dengan best dan sedap. Moga2 abg long dapat memberesi segala gerak kerja yang tertangguh sebelum ini bila mana dia kini disisi menemani. 



Inilah 'dia' yang abg long maksudkan. Kini....rahsia sebelum ini bukan lagi rahsia. Segala persoalan terjawab sudah bagi sahabat2 yang sudi menanya khabar.

Walaupun semasa kesakitan dan ketiadaan 'dia' abg long tegar ditemani oleh si kecik disebelahnya namun nafsu abg long untuk berblog dan buat kerja seakan sakit sama. Kini, tidak lagi. Semuanya kembali ok seperti dulu. 

Rasanya, cukup la setakat ini dulu entry come back dari abg long. Abg long nak godek2 'dia' sebelum abg long melabuhkan mata. Gambaq pun banyak lagi yang tak edit.....software pun berkoyan tak di install lagi.

Harap entry ini sedikit sebanyak dapat mengubat rindu angpa semua terhadap bebelan abg long.

Benarlah kata bijak pandai, "ketika sesuatu itu ada bersama dengan kita, sedikit pun kita tidak menghargainya.....Tapi, bila sesuatu itu tidak lagi ada bersama kita, maka kita akan merindui akan kehadirannya".

Untuk angpa semua, jagalah gajet angpa sebaiknya. Jangan lupa scan virus sentiasa.....Supaya kelak jiwa tidak merana dan hidup sedap setiap masa. Sekian sahaja kisah hidup abg long untuk hari ini...HiHiHi...

Hidup biar sedap.

Jazakallah fiikum

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

3 comments:

  1. hamboii lappy sampai dua.. wahhhhh.. apapun, selama berjuang kembali kepada si 'dia'.. hehehehehe mesti rindu gila2 an kat lappy tu

    ReplyDelete
  2. Newbie... N semoga berjaya Capai ape yang dihajati..peace Yooo

    ReplyDelete
  3. hahahhahaha..gajet rupanya... aku ingtkan aper td.. huhu :)

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.