Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday 2 January 2013

Presiden FAM dan sekutu bolanya tak perlu letak jawatan.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Mesti ramai yang tersentap bila baca tajuk entri abg long kali ni bukan? Rileks, jangan panik. Angpa duk suruh Rajagopal letak jawatan macam la dia nak take action. Kalau dia letak jawatan mana dia nak kasi makan pakai dia punya anak bini? Hutang sana sini yang duk ada perlu juga dia fikirkan......Ikut ratib penyokong suh letak jawatan mahunya dia nak follow. Orang gila pun tak buat gila dengan cara yang gila...HaHaHa....

Terbaru heboh duk sembang kat laman2 maya dan surat khabar tentang segelintir penyokong bola sepak negara yang mengerakkan kempen menuntut Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah agar meletak jawatan. Aduhai.....macam la incik sultan tu nak dengaq keluh kesah rakyat marhean yang cintakan bola sepak dari sultan mereka sendiri. Buang karan ja la duk suruh depa pi letak jawatan, jawatan tu dah digazetkan seumur hidup. 

Sembang berapi takdak guna beb, incik sultan dah 28 tahun (kalau tak silap la) lepak kat kerusi Presiden tuh, kerusi yang diduduki tu dah sebati dengan kulit b****t taw. Macam mana nak nyah dari kerusi itu. Pakai akai sikit la wei....HaHaHa...

Dah banyak jasa2 incik sultan terhadap bola sepak angpa tak tau ka?. Tak kan sebab Harimau Malaya kalah dalam mengekalkan Piala AFF maka kita nak suruh incik sultan letak jawatan dan pergi macam gitu je.....Cuba la berhalus sikit dengan orang tua.....Jangan jadi seperti anak derhaka, bilamana mak bapak dah tua dan dan ja nak suh depa bawa diri ke rumah orang2 tua. Jangan macam gitu sahabat.....Biar la incik sultan duduk kat kerusi tu sampai mati pun.

28 tahun (kalau tak silap) dah banyak perubahan dan kejayaan yang incik sultan dan sekutu bolanya bawakan untuk rakyat marhean. Antaranya, incik sultan dan sekutu bolanya berjaya membuatkan kita rakyat marhean BERMIMPI untuk melihat mutu bola sepak kita maju dan menjadi antara pasukan bola sepak yang terbaik rantau ini dan juga di persada antarabangsa. Dah banyak kejayaan yang pasukan bola sepak kita capai sepanjang incik sultan dan sekutunya menerajui FAM. Tak payah kot abg long listkan kejayaan tersebut , takut nanti tak cukup space pula sebab terlalu banyak...HiHiHi....

Apa kita nak heran, ranking bukanlah segalanya. Kat sekolah sekarang pun orang dah tak pakai sistem nombor. SPPBS dah amik alih. Jadi pencapaian bukan terletak pada nombor semata-mata. Ala.....bola je kan? Ada apa pada ranking?

Bagi abg long, kita pakat duk suruh incik sultan dan sekutu bolanya letak jawatan langsung tak bagi faedah lima duit pun. biaq pi la kat depa.....depa pun nak cari makan untuk anak bini depa gak. Walaupun ramai yang marah depa masih duk pegang jawatan tu tapi stadium tetap penuh macam biasa setiap kali pasukan kebangsaan turun beraksi. Jadinya, takdak sebab depa perlu letak jawatan. Para penyokong Harimau Malaya dan Harimau Muda tetap penuhkan stadium setiap kali ada games melibatkan pasukan negara walaupun ada segelintir penyokong yang tak suka incik sultan dan sekutu bolanya.

Tadi tengah duk santai2 kat pesbuk abg long terjumpa pages2 yang kat bawah ni. Angpa tengok dan rumus la sendiri. Lihat dengan mata hati dan nilai dengan akai yang tak mati.

-Pikir2 kan dan renung2 kan apa yang abg long kotak kan tu

Ini baru sebahagian fan pages yang abg long terjumpa, yang tak terjumpa tak tahu la berapa. Apakah motip kewujudan fan pages sebegini? Hmmmmm.....Kalau yang faham alhamdulillah, bagi yang Pandir tak tahu la macam mana kan....


-Sila baca dan faham deskripsi terkebih dahulu sebelum angpa nak meroyan bagai

Bagi abg long la kan, banyak mana sekali pun rakyat marhean wujudkan fan pages seperti yang sedemikian ianya sedikit pun tidak menganggu gugat walaupun seinci untuk incik sultan rasa gerun apatah lagi untuk berasa lelas hati. Incik sultan dan sekutu bolanya tetap akan duduk tang tu juga bersenang-lenang dan mengilai tawa sesama mereka.

Jangan la sesekali kita derhaka pada incik sultan. Selain ketua bola, incik sultan juga seorang ketua agama. Hormati la pendirian incik sultan untuk terus kekal di kerusi empuk (empuk ke kalau dah berdekad duduk?) sebagai Presiden FAM. Kalau angpa ni buta sejarah, sila buka kembali buku sejarah melayu SULALATUS SALATIN. Tengok semula apa dia perjanjian Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba. Lihat la kembali asal incik sultan itu datang dari mana....Asal dari kita rakyat marhean juga. 

Biarkan la incik sultan dan sekutu bolanya dengan bola-bolanya dan bukan dengan labunya. Jadi, Presiden FAM dan sekutu bolanya tak perlu la letak jawatan kerana stadium tetap akan penuh walaupun pasukan bola sepak kita tetap memenangkan pihak lawan dalam setiap pertandingan.

Harimau Malaya dan Harimau Muda tetap dihati para penyokong walaupun incik sultan dan sekutu bolanya hanya dikaki penyokong.

Akhir kata dari abg long, MAJULAH SUKAN UNTUK INCIK SULTAN DAN SEKUTU BOLANYA....Opppsssssss.....Silap...Majulah sukan untuk negara.....HiHiHi...

Barakallah fiikum
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.