Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 12 January 2013

Petua | Mengurangkan Sakit Batu Karang

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pagi ni abg long nak share satu artikel atau info kesihatan yang abg long baca semalam. Kepada sahabat2 pembaca budiman atau kenalan yang ada penyakit batu karang boleh  la mencuba info ini.

Untuk makluman, info ini adalah semata-mata untuk mengurangkan kesakitan. Namun, berdoa dan bertawakal la kepada Allah SWT kerana Dia Yang Maha Kuasa untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.

Bagi yang tidak tahu, batu karang ni adalah penyakit yang boleh membahayakan kesihatan....Dah nama pun penyakit kan...kan..kan....HaHaHa....Well, untuk membantu mengurangkan komplikasinya, siapa2 yang mengidap penyakit ini boleh la cuba menggunakan pokok Pecah Beling.

Macam mana rupa pokok Pecah Beling ni? Ni kat bawah ni abg long tepek gambaq dia yang ohsem dan awesome untuk tatapan kornea sahabat2 pembaca budiman. Lepas ni boleh la terjah cari beliau yer...HiHiHi


Pokok Pecah Beling nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae)
Bagaimana nak menggunakan pokok Pecah Beling ini? Bagaimana nak menyediakannya sebagai ubatan?

Senang sahaja, apa yang sahabat2 perlu lakukan adalah dengan mengikut step2 kat bawah ini dengan penuh tawaduk....HiHiHi
  • Ambil keseluruhan batang dan akar
  • Bersihkan 
  • Rebus keseluruhan pokok tersebut selama 10 minit
  • Biarkan ia mendidih sehingga air berkurangan satu pertiga daripada paras awal
  • Setelah suam, minum air rebusan tersebut.
In shaa Allah, ia mungkin mujarab sekiranya diamalkan selalu. Walau bagaimanapun hendaklah berserah kepada Allah SWT kerana Dia adalah sebaik-baik penyembuh penyakit.

Selamat mencuba.

Jazakallah



Photo: Lebai Google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. daun pecah beling?? first time dengar ni... apapun, nak cegahnya senang je, jgn tahan kecing... huuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah la Ainaa....abg long pn baru tahu smlm nama pokok ni mcm gini. Selain buat ubat mengurangkan sakit batu karang, mak abg long selalu gak rebus minum air ni utk darah tinggi dan kencing manis...alhamdulillah, dengan izin Allah dh kurang indeks bacaan dia.

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.