AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday, 5 January 2013

Panas! | Tan Sri Anuar Musa gadoh dengan Tengku Mahkota Johor dalam facebook

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Belum lagi sepak mula Liga Super dimulakan namun perang psikologi antara kedua belah pihak semakin berasap dan berapi. Pesbuk FAM dijadikan gelanggang untuk mereka bertegang urat.

Tengku Mahkota Johor (TMJ) telah dikatakan mencampuri urusan rumah tangga antara KAFA dan bekas permainnya iaitu Mat Yo dalam kes tebus kontrak. Sepatutnya perkara tersebut tidak berlaku kerana ianya langsung tidak melibatkan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ). Secara tidak langsung mengambarkan TMJ cuba mempengaruhi FAM dengan kedudukan beliau sebagai bakal sultan dan ketua agama negeri Johor.

Kata-kata dan sindiran TMJ telah dijawab oleh TSAM secara panjang lebar di akaun pesbuk milik beliau.

Fanpages The Red Worrior juga hangat membahaskan isu ini. Angpa boleh klik SINI, SINI dan SINI


Klik untuk tumbesaran

Isu berkaitan bola sepak Malaysia belum sejuk suhunya. Malah semakin panas dengan aksi balas membalas di pesbuk. Ini menambahkan lagi warna-warni dalam arena bola sepak tempatan setelah beberapa hari yang lalu penyokong dan peminat sukan bola sepak negara telah mendesak agar presiden FAM meletak jawatan. Sehingga ke saat entri ini ditulis, fanpages FAM telah dibanjiri dengan komen dan post agar Presiden FAM meletak jawatan.

Ntah siapalah yang buat fanpages Kami Anti Sultan & Kerabat Terdekat Terlibat Dalam Bola Sepak Malaysia. Khabarnya pages ini terbit dari tanah selatan. Ekoran ketidakpuasan hati peminat dan penyokongnya terhadap perkosaan terhadap pasukan Sang Lebah oleh tangan yang rakus.  Ntah ya, ntah idak....wallahualam.

Sayang sekali bila sukan hak milik rakyat ini telah dijadikan sukan berprofil tinggi untuk orang-orang besar disinggahsana sahaja.

Sesungguhnya rakyat sudah letih melihat drama king yang ada selama ini. Rakyat yang sayangkan sukan bola sepak ini siang malam bermimpi agar ada perubahan dalam sukan bola sepak negara. Namun, adakah mimpi rakyat ini akan menjadi nyata? Atau rakyat akan terus bermimpi lagi sehingga bumi ini tergelincir dari orbitnya.

Jazakallah fiikum

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.