Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 10 January 2013

Kelantan Berhak Bergembira

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Perlawanan yang boleh di kira dramatik juga untuk malam ini antara The Red Warrior vs PKNS. Walaupun ketinggalan 1-0 pada awal permainan, akhirnya permain-pemain TRW bangkit untuk memburu tiga mata penuh.

Pemain-pemain TRW seperti telah melupakan kekecewaan mereka ketika kalah kepada ATM dalam perlawanan Piala Sumbangsih tempohari dengan memberikan aksi yang bermutu dan bertenaga malam ini. 

Ternyata, TRW mengikut jejak langkah Tok Gajah (Pahang) yang ketinggalan ketika menentang sebuah team Malaysia bertaraf Manchester City, pasukan yang penuh dengan gemerlapan starnya. Pada mulanya pahang ketinggalan 2-0 pantas  mereka bangkit memenangi perlawanan dengan jumlah jaringan 3-2. 


Antara senarai penjaring pada perlawanan antara TRW vs PKNS.
# Helmi Rameli (PKNS) 14'
# Badhri Radzi (KEL) 18'
# Zairul Fitree (KEL) 90+2'

Kelantan berhak untuk berasa lega dan bergembira malam ini dengan kemenangan tipis tersebut. Walaupun hanya membezakan satu gol namun itu telah memungkin mereka beroleh tiga mata penuh.

Di saat TRW dan penyokongnya bergumbira malam ini sudah tentu ada yang berduka hiba. Sudah tentu status pasukan bertaraf bintang terasa tercabar dan malu alah dengan pencapaian pasukan TRW pada malam ini.

Keputusan Liga Super 2013 untuk perlawanan lain malam ini.
ATM 0 - 1 Lions XII.

Kemungkinan permainan akan bertambah menarik bila aksi menuju ke pertengahan musim. Selamat berentap buat semua pasukan yang bertanding. Semoga team 'itu' belajar dari pengalaman dan kesilapan. Kata bicara adalah maruah kita....Jangan takbur dan riak. Bersederhana itu kan cantik.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Jazakallah


Nota;
Entri kali ni malas nak sentuh pasal Sultan dan sekutu bolanya. Buang karan ja layan selalu. Kasi rehat sementara. 


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. Aummmm. Pahlawan merah kembali mengganas. Hikhik

    ReplyDelete
  2. hehe tahniah kelantan.. even ena bukan ena berasal dari org kelantan, namun ena tetap tumpang gembira

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.