Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday 6 January 2013

Juara AJL27

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Kemenangan lagu Terukir Dibintang selaku juara AJL27 memang sesuatu yang tidak disangka-sangka. Semua audiens baik di Stadium Putra Bukit Jalil mahupun yang mengikuti siaran langsung pakat melopong belaka. Padam muka, ramalan angpa tak mengena (termasuk la abg long juga)...HaHaHa....Jom gelak guling2 sebab frust...

Ternyata tuah AJL27 milik si gadis bertudung ala-ala kain basahan iaitu Yunalis Mat Zara’ai. Dan, beliau sebelum ini diberitakan telah menarik diri dari menyertai AJL27 kerana terpaksa memberi komitmen kepada kerjaya beliau di US yang sedang berkembang sekarang ni. 



Walau bagaimanapun, lagu Terukir Dibintang nyanyian dan nukilan Yuna telah dinyanyikan oleh Aizat and Patlozo (Betui ka ejaan 'group' Aizat tu? kalau salah sila betui ka na?). Hanya mengambil masa dua hari berlatih untuk membawa lagu tersebut benar-benar memberi tuah buat Aizat dan rakan-rakan. Ternyata Aizat punya aura untuk Terukir Dibintang pada AJL27 malam ini.

Well, (persoalan masih lagi berlegar-legar tang kepala) atas dasar apa kemenangan lagu Terukir Dibintang ini? Adakah kerana Yuna sedang mengharumkan 'seni' Malaysia dipersada antarabangsa sehingga tidak berkesempatan balik utk AJL27? Mungkinkah kemenangan lagu Terukir Di bintang ini BONUS buat beliau atas usaha membawa seni negara ke persada dunia? Atau sememangnya lagu ini punyai melodi yang klasik? Atau nukilan liriknya yang mendalam?Atau para juri telah terpegun dengan kesmartan misai Aizat pada nmalam ini? Atau sebenarnya juri-juri semua sudah buta mata hati? Atau, adakah 'orang luar' boleh iktiraf karya beliau maka kemenangan harus dimutlakan buat beliau? OMG!

Ternyata, ramalan dan firasat abg long untuk AJL27 ini mengena walaupun sedikit sipi. Walaupun sipi lebih elok dari tak mengena langsung bukan.....boleh haru pankreas wei....HaHaHa.... 


Keputusan penuh perlawanan AJL27.

  1. Juara – Terukir Di Bintang [Aizat/Yuna]
  2. Naib Juara – Idola [Azlan & The TypeWriter, ciptaan Audi Mok]
  3. Tempat Ketiga – Ku Akui [ciptaan Ajai, nyanyian Hafiz]
  4. Vokal Terbaik – Ku Akui [Hafiz]
  5. Persembahan Terbaik – Teman Pengganti [Black & RJ]
[**sebarang bantahan, surat menyurat, emel, sms, mms. watsapp dan surat layang tidak akan dilayan. -juri pro]


Abg long kat bilik tengah mengadap laptop masa pengacara umumkan pemenang time tu. Memang kat bilik study pun sepanjang AJL27 bersiaran, just pasang volume home theater kuat2. Namun, Abg long sedikit terkasima bila tang pengacara mengumumkan Juara AJL27-Terukir Di Bintang. Dalam hati, "Terukir Dibintang? OMG!". Tapi kan, Ok la dari lagu Ombak Rindu yang menang....law tak mau hangus terbako Stadium Putra Bukit Jalil...HaHaHa...Tapi kan, abg long rasa juara AJL27 tadi patut bagi kat uncle Ramli Sarip...Otai gak yang best.....HiHiHi...


Angpa macam mana? Puas hati dak dengan keputusan AJL27 kali ni? Ok la, abg long nak tidur  ketat2 dan mimpi comei2 sampai terukir dibintang.

Kita jumpa lagi di AJL28 tahun hadapan. Mudah-mudahan, juri2 tahun depan celik-celik belaka. In shaa Allah


Barakallah fiikum.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”

1 comment:

  1. Tak tengok sampai habis.. tapi tau hafiz menang. hehe..

    Btw, jom komen cerpen pertama MD.
    http://holeintheeyes.blogspot.com/2013/01/cerpen-kisah-kita.html

    tq. :)

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.